Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Thursday, May 27, 2010

Punggong Gajah Jangan DiJolok! (18SX)

Al-kisah tersebutlah sebuah kisah yang dihikayatkan oleh si empunya kisah yang merupakan sahabat semeja dengan si Bingai dan meriwayatkannya kepada si Bingai untuk diriwayatkan di blog Tendang Terajang.
Maka diceritakanlah oleh si empunya kisah kepada si Bingai bahawa terdapatlah seekor gajah betina yang jambu tanpa jambul tetapi berekor kontot kerana pernah tersepit di celah rumpuh buluh yang terbelah. Meragutlah dia pada beberapa batang tebu di hujung sawah berhampiran dengan sebatang sungai yang mengalir dengan airnya yang begitu tenang dan jernih bagaikan air dari pancuran bertapis dengan penapis reverse osmosis.

Tiba-tiba terpacullah seekor monyet panjang ekor yang dari tadi bergayut dari dahan ke dahan sambil matanya yang asyik terjengil memandang liar keliling. Terpakulah ia seketika sehingga hampir terlepas akar yang digayutinya ketika memandang ke arah si gajah betina. Si monyet berekor panjang itu begitu terpesona melihatkan punggong si gajah betina yang meliok-liok ketika menarik batang-batang tebu yang kemudiannya dimamah-mamah lembut dengan dengusan yang manja.

Oleh kerana tidak dapat menahan gelora yang melanda hati dan perasaannya, maka si monyet berekor panjang pun bergayut dari pokok ke pokok lalu hinggap di punggong gajah betina yang masih asyik memamah batang-batang tebu muda yang mengeluarkan air yang begitu manis sekali. Lalu terjadilah kemungkaran dunia apabila si monyet berekor panjang tadi terhenjut-henjut di punggong si gajah betina berekor kontot dan menodainya.
Si gajah betina berekor kontot yang tidak menyedari perbuatan sumbang si monyet berekor panjang hanya merasakan gatal-gatal di punggongnya. Dia pun beredar ke arah pohon-pohon kepala yang meliar di tepi sungai yang jernih airnya itu peralahan-lahan. Apabila tiba berhampiran, si gajah betina berekor kontot itu pun menggosok-gosokkan punggongnya kepada batang kelapa sambil mengerang-ngerang kesedapan kerana dapat melegakan kegatalan di punggongnya.

Mendengarkan erangan manja si gajah betina berekor kontot itu membuatkan si monyet berekor panjang merasa megah dan hebat lalu meneruskan operasi nodanya dengan semakin rakus. Perbuatannya itu menyebabkan si gajah betina berekor kontot menggosokkan punggongnya dengan lebih kuat lagi ke batang kelapa sehingga pohon kelapa itu bergoyang-goyang dan bergegar-gegar bukan bagaikan ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Si monyet berekor panjang menjadi semakin gah kerana merasakan betapa hebat kejantanannya mampu menghiasi rasa dalaman si gajah betina berekor kontot itu.

Tiba-tiba sebiji kelapa komeng yang telah begitu lama menanti saat akhir kehidupannya di tangkai yang telah lama lisut itu gugur lalu menghempap kepala si gajah betina berekor kontot.
"Aduh!" Keluh si gajah betina berekor kontot perlahan-lahan.

Si Monyet berekor panjang dengan rasa simpati terus memujuk si gajah betina berekor kontot sambil berkata, "MAAF CIK JAH. TERKUAT SIKIT."

--TAMAT--

Moral of the story:Jangan angkuh dengan kehebatan kita kerana tidak semua perlakuan kita dapat meninggalkan kesan yang MENDALAM kepada orang lain.

3 comments:

Scud said...

mendalam maksudnya hehehehe

Anonymous said...

barua btul...klaka gile

Bingai @ Bangang said...

Tinta Emas
mendalam? tang mana tuu? hehehehe

Anon
gelak tu gelak gak tapi bagi aaa nick. takkan asik gan cik Anony jeer... hihihihi

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun