Sebelum aku ulas kedudukan DAP, aku nak tanya juga samada pemimpin DAP yang menggunakan lambang PAS ini juga perlu berbai'ah? Kalau tak perlu rasanya macam tak adil pula bagi calun PAS sendiri yang terpaksa melakukannya. Begitu juga tidak adil kepada pengundi-pengundi PAS sendiri, kan? Dah la dulu mereka bagi Datuk Ibrahim Ali pinjam lambang untuk bertanding tanpa bai'ah yang kemudiannya beliau berpaling dan menghentam PAS semula. Kan sia-sia saja pengundi PAS mengundi nanti?
Bila sebut pasal berbai'ah ni, aku terjumpa pula komen Mufti Kelantan seperti di bawah ni:
Kemudian terdengar pula kisah rebutan kerusi antara PAS, DAP dan PKR.
Rebutan? hehehehe.......
Setahu aku kebanyakan yang dituntut oleh PAS dan DAP adalah kerusi mereka sebelum PRU12 malah ada diantaranya adalah kerusi tradisi yang mereka tandingi walaupun mereka kalah. Jadi, aku tak anggap PAS atau DAP tamak cuma PKR rasanya perlu mencari kerusi-kerusi di mana PAS dan DAP kurang mendapat sambutan. Adil bukan?
Berbalik kisah DAP yang mungkin akan dikenakan tindakan oleh ROS.
Sebagai seorang yang pernah bergerak aktif dalam pertubuhan dan kesatuan, aku rasa agensi kerajaan macam ROS dan RTU bukan suka-suka nak kenakan tindakan terhadap mana-mana pihak. Kalau diperhatikan cara mereka bekerja, terlalu banyak ruang dan kelonggaran yang mereka berikan. Dan selalunya mereka mula bertindak (bukan mengenakan tindakan) apabila terdapat lapuran. Amalan "No Complaint No Issues" ini sudah terlalu lama diamalkan oleh agensi-agensi tersebut. Kalau nak dikirakan pertubuhan yang perlu DIKENAKAN tindakan, mungkin hampir separuh NGO yang akan bungkus kerana melanggar Akta Pertubuhan atau Akta Kesatuan Sekerja.
Sekarang dah ada lapuran dari ahli. ROS perlu mengambil tindakan (masih belum mengenakan tindakan!).
Proses bermula dengan membuat siasatan terhadap sesuatu pertubuhan itu. Bila nak siasatan, orang yang pertama sekali yang kena menjawab ialah SETIAUSAHA AGUNG sesuatu pertubuhan. Dalam isu DAP ini sudah pastilah LGE yang kena jawab, kan? Minta penangguhan juga adalah SATU JAWAPAN! Jadi, tak payahlah kita nak pertikaikan tindakan LGE memberikan berbagai alasan kerana ianya terpulang kepada ROS samada nak terima alasan tersebut atau pun tidak. ROS juga tidak boleh mengambil tindakan menggantung sesuatu pertubuhan itu atau mengadakan mesyuarata agung semula secara terburu-buru kerana isu seperti ini melibatkan kepentingan ramai ahli KECUALI ahli sendiri (yang mencukupi korum berdasarkan perlembagaan mereka sendiri) menuntut Mesyuarat Agung sesuatu pertubuhan itu diadakan semula.
Daripada apa yang aku lihat, terdapat beberapa kemungkinan yang mungkin cuba dilakukan oleh pentadbiran DAP seperti:
- Membiarkan ia terbubar supaya mudah mereka memilih hanya orang yang mereka persetujui menyertai semula apabila parti itu dipulihkan semula?
- Membiarkan ia terbubar supaya mereka dapat mendaftar semula dengan perlembagaan dan nama baru tetapi hampir sama dan berpihak kepada mereka?
- Membiarkan ia terbubar supaya mudah mereka menggunakannya sebagai isu menyalahkan ROS dalam kempen PRU13 apabila mereka bertanding sebagai ahli bebas atau guna tiket parti komponen lain?
No comments:
Post a Comment