Baru-baru ini aku adalah ikut mengiring kawan ke rumah pengantin perempuan. Kawan aku tu duda dah ada anak tapi kematian isteri 4-5 tahun. Jodohnya yang ini pula dicadangkan oleh kawan kami juga. Umur mereka berdua pun bukan jauh sangat. Beza 3-4 tahun rasa aku cuma yang perempuan tu masih lagi anak dara. Hehehe
Meriah juga majlis persandingan mereka. Bersanding juga ooiiiii!!! Naik pelamin siap pengantin nyanyi karaoke lagik. Gamat juga bila ramai kawan-kawan sekolah yang tak dapat hadir masa pertama kali dia kawin dulu dapat berkumpul.
Lepas kenduri, bini aku bukak cerita masa dalam perjalanan balik. Adalah terdengar sok sek sok sek di kalangan tetamu terutama yang perempuan.
"Untungnya dapat naik pelamin lagi, ya?" Dengan nada menyindir.
"Seronoklah dapat bantal baru. Anak-anak dah besar panjang tapi tak sedar diri lagi."
Dan beberapa lagi komen yang tak perlu aku tulis tapi membawa maksud yang sama.
Astagha......
Bawa-bawa mengucap dulu. Yang dibuatnya tu benda halal yang disyorkan agama bukannya dia main cinadoll. Kalau tak tahu cerita jangan nak komen dulu. Kalau tak suka toksah datang nak menambah dosa.
Sebelum dia kenal dengan calun isteri yang ni pun dah ada janda yang menaruh hati tetapi dia terpaksa menolak kerana janda tersebut pun dah ada anak. Takut nanti tak boleh nak adil pada anak-anak nanti. Apabila dikenalkan dengan calun yang ni, dia pun bawa jumpa dengan anak-anak dia dulu. Bila kedua-duanya dah setuju barulah dia masuk meminang mangikut cara adat.
Seminggu sebelum nikah dia buat kenduri arwah untuk arwah isterinya. Aku ada masa kenduri tu untuk bincang urusan hari langsung. Sempat juga aku tengok airmatanya walaupun dia berusaha untuk berselindung.
Sekali lagi dia menangis selepas selamat diijabkabulkan. Aku ada juga kat situ (makan pree lagi!) Kali ini dah tak boleh sembunyi kerana esakkannya tak boleh didiamkan. Anak-anaknya yang mampu menenangkan terutama anak dara sunti dia.
Cuma aku tertanya-tanya balik, masa dia mengadap arwah isterinya semasa nazak dulu ada ke yang mengumpat tu duduk sebelah?
Jangan mencemek pada kebahgiaan orang lain sedangkan kita tak mampu merasakan penderitaannya yang melayani arwah isterinya sepanjang sakit sehingga menghempuskan nafas terakhir di pangkuan. Allah hu akbar!
Abang Sado 1
-
T-Shirt Sempoi = Pesan baju ayah dan anak untuk hari raya ini. Jimatkan kos
penghantaran.
Dewasa
Kanak-kanak
*Harga*
*Jenis T-Shirt*
*Warna*
*Saiz Si...
7 years ago
No comments:
Post a Comment