Eeeeerrrrppppp. Alhamdulillah. Dah setahun juga aku tak pergi makan di Restoran Sri Melayu. Baru datang balik selera aku malam tadi selepas beberapa lama dah hilang selera.
Makanannya yang menyelerakan dan persembahan kebudayaannya yang menghiburkan. Walaupun kalau nak dikira memang tak berbaloi nilai RM80.00 untuk sepinggang nasi (Itupun dah kira banyak bila aku dapat habiskan) tapi persekitarannya memang selesa.
Anak aku berusia 10 tahun menambah dengan 5 keping roti canai mini. Aku dan isteri aku berkongsi pulut dengan kuah durian. Nasib baik sempat ulang tambah sekali lagi kerana kuah durian dah sampai ke dasar periok. hehehe....
Selang satu meja dari meja aku ialah sepasang pelancung timur. Mungkin dari Korea tapi aku lebih berat mengatakan mereka dari Jepun. Yang menarik perhatian aku ialah si lelaki kerana dia memakai kain batik paras betis dengan T-shirt tanpa kolar.
Teringat aku di penghujung tahun 70an semasa kumpulan kebudayaan aku dijemput mengadakan Teater Drama Randai di Majlis Konvo Universiti Malaya. Kami di tempatkan di Wisma Belia yang merupakan sebuah hotel ketika itu. Malam pertama kami saja telah dikejutkan dengan berita penahanan dua ahli kumpulan kami yang sudah berusia oleh pasukan keselamatan kerana bersiar-siar dengan memakai kain pelikat dan baju Melayu. Memang ketika itu kita perlu berpakaian yang sesuai dan sopan ketika berada di tempat-tempat seperti itu. Kain pelikat, terompah, selipar Jepun, capal, singlet dan 'round collar t-shirt' tidak dibenarkan.
Ketika di lobby, aku terpandang pasangan Cina yang baru balik berjogging dengan memakai t-shirt berkolar, kasut sukan dan seluar pendek berehat. Lalu aku terfikir, di mana letaknya kesopanan yang diagung-agungkan oleh sistem penjajah.
Kini, setelah lebih 40 tahun kita boleh melihat sesiapa saja berhak memakai pakaian yang selesa kepada mereka kecuali yang menjolok mata di tempat-tempat awam. Budaya penjajah telah semakin terhapus. Malahan lelaki berkain batik macam orang Kelantan/Terengganu juga bukan sesuatu yang asing kalau dilihat di hotel-hotel 5 bintang.
Selepas makan, aku duduk di luar restoran tersebut untuk merokok. Terlihat aku pada pasangan Korea/Jepun yang baru keluar. Ketika sampai di pintu, si Lelaki tadi membuka kain batiknya dan memberikan kepada penyambut tetamu di situ dengan wajah yang gembira. Rupanya dia hanya memakai seluar pendek.
Ooooooo.... Baru aku tahu bahawa pelanggan tidak dibenarkan memakai seluar pendek menampakkan lutut ketika berada di Restoran tersebut. hehehehe..... Pelancung asing seronok bila diminta bersopan. Cuba kalau orang kita sendiri ditegur kerana memakai seluar pendek masuk restoran. Bagaimana agaknya? hehehehe
Inilah negaraku yang tercinta, Mal
aysia!
Abang Sado 1
-
T-Shirt Sempoi = Pesan baju ayah dan anak untuk hari raya ini. Jimatkan kos
penghantaran.
Dewasa
Kanak-kanak
*Harga*
*Jenis T-Shirt*
*Warna*
*Saiz Si...
7 years ago
4 comments:
Sri Melayu...CCZ pernah ke situ dulu..tapi dah lama dah...tahun 2004..sangat suka akan konsepnya dan pernah berangan-angan untuk menyerap konsep restoren bersekali dengan hotel yang menggunakan sepenuhnya tradisonal melayu di Kedah memandangkan Kedah adalah salah satu Kerajaan Melayu Lama..
Duit dalam bank berjumlah RM20 tetapi berangan macam ada RM20juta..hehehehehehe..minah jenin gak nih...
Takkan Melayu hilang adab...Kih kih kih...
Salam, sy baru baca...mmg hebat tulisan tuan pada pengertian erti kehidupan, kesopanan dan juga sifat rendah diri dalam kehidupan ini...salute u bro
Pernah berbaju Melayu, bersongkok dan bersampin di hari yang bukan hari Jumaat. Dijenakakan oleh rakan-rakan dengan soalan berseloroh kata saya nak pergi nikah kahwin isteri kedua!!
Salam ziarah
Lari sebentar dari dunia politik.
Post a Comment