Sebentar tadi aku baru melawat semula blog Arwah "Aku Yang Gambi". Walaupun telah setahun beliau menghembuskan nafas terakhirnya namun blog-blog beliau masih lagi berada di dalam senarai bloglist kawan-kawan. Alhamdulillah. (Rujuk "
Aku Yang Gambi - Aku Yang Tidak Menyedari")
Tersenyum aku membaca beberapa komen terbaru di sana.Ternyata mereka yang ke sana tidak menyedari bahawa entri terakhir blog tersebut bertajuk
Karpal Singh Peguam dan Saksi Anwar Meliwat? masih kukuh berada disana semenjak Januari 2011. Walaupun terdapat beberapa komen sebelum itu yang menyampaikan salam takziah tetapi masih tidak dihiraukan oleh pengunjung.
Ternyata apabila hati telah tertutup maka entri beliau tidak dibaca. Malahan komen-komen yang ditulis oleh pengunjung-pengunjung beliau juga tidak dibaca sehingga memasukkan komen yang tidak ada kena mengena dengan entri beliau.
Untuk Saudara Tinta Merah, terimakasih kerana membaca entri tersebut dan juga komen-komen yang diberikan.
Kepada Alisha Residence, bagi pihak arwah, kami kawan-kawan yang ada mohon maaf kerana arwah tidak dapat membuat pautan (link) blog anda.
Kepada yang bertutup merah, bersamalah kita menghadiahkan fatihah untuk beliau sempena 1 tahun pemergian beliau. Al-fatihah.
1 comment:
Al Fatihah untuk arwah Gambi.. Lama sungguh tidak kesini dan ke blog arwah. Arwah rajin singgah di blog aku sblm pergi..
Post a Comment