Hari ini sahaja aku baca beberapa kisah/tragedi yang melibatkan remaja di dalam Harian Metro. Apalah nak jadi dengan remaja sekarang?
Kisah yang pertama berlaku di Jasin, Melaka. Malas aku nak taip kat sini. Korang baca sendiri berita dibawah ini. Kalau rabun, klik saja pada imej tersebut untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas.
Yang polis sibuk-sibuk nak periksa budak tu ada lesen atau tak tu apasal? Lepas tu nak saman?
Budak-budak mana ada salahnya. Apa yang dibuat tak ada salah. Dah dia diajar begitu oleh ibubapa atau tak diajar tentang undang-undang.
Sebabnya:
Ada di kalangan ibubapa yang memberikan kunci motosikal kepada anak mereka yang dibawah umur untuk ke kedai. Ada pula yang ibubapanya tak peduli atau tak mahu tahu apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka kerana tugas mereka ialah BUAT ANAK dan BESARKAN ANAK (Kalau sempat besarlah).
Oleh itu, biarkan saja. Kalau eksiden pun biarkan sahaja kerana mereka tidak perlu dilindungi oleh undang-undang jalanraya. Dah bawah umur tu mana boleh ambil lesen dan terikat dengan undang-undang? Kalau eksiden luka parah, biarlah ibubapa mereka yang bawa ke hospital. Kalau eksiden bawa maut tu, bungkus saja dalam pelastik dan hantarkan ke rumah dia (Itu pun kalau tau alamat dia.) Kalau dibiarkan nanti membusuk dan mengganggu pengguna lain pula.
Sekarang ni, apa dah jadi? Wartawan tulis berita pun seolah-olah salah polis yang menyaman sehingga menyebabkan tekanan perasaan kepada remaja tersebut. Macam mana ibubapa dia marah anak dia yang juga menambah tekanan kepada anak tersebut tidak pula diceritakan sepenuhnya. Kena tarik telinga ke, kena pial ke, kene lempang ke atau mungkin hanya dialog seperti ini "Tak, sayang. Nanti mak/abah bayar saman. Kecik jer tu."
Pengawasan ibubapa ke atas anak-anak semakin berkurangan akhir-akhir ini. Contohnya, satu lagi berita mengenai remaja seperti di bawah ini:
HULU SELANGOR: Hanya kerana berebut teman wanita, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun cedera dibelasah dengan kayu oleh sekumpulan enam lelaki di sebuah padang permainan taman perumahan, Batang Kali, dekat sini, Khamis lalu. Berita selanjutnya baca di SINI! |
Takkan pasal perempuan pun nak bergaduh. Zaman aku dulu, mak bapak aku kenal girlfriend aku dan mak bapak dia. Kalau buat tak tentu, samada makbapak aku jumpa makbapak dia atau sebaliknya. Bila dah macam tu, orang lain nak masuk daun pun tak berani. Tak sampai jodoh pun. Kalau duduk jauh, mak bapak aku selalu pesan begini, "Berkawan tu mak tak larang. Tapi sekolah tu kena tumpukan. Bila dah dewasa nanti masing-masing mungkin berubah fikiran sebab dah jumpa lebih ramai orang kat sekolah lain ke, kat universiti ke atau kat tempat kerja ke." Lepas tu mak aku kata, "Dia tu pun ada sedara mara. Jangan nanti orang lain sewa lori sebab nak pindah rumah, dia sewa lori bawak sedara mara dia cari kau." kah kah kah!
Isu rebut awek macam ini pun polis nak campurtangan juga ke? Nanti samseng yang pukul remaja tersebut pula yang BUNUH DIRI bukankah haru jadinya? Kan tu salah polis juga kan? Tekanan perasaan?
Kisah remaja putus jari dilibas parang oleh samseng yang marah dengan bapa budak tu sebab tak nak bayar hutang pada bapa remaja tersebut adalah sesuatu yang malang. Belum lagi kemalangan kenderaan yang melibatkan remaja dan kanak-kanak. Berapa ramai lagi aset negara ini hendak kita sia-siakan?
Lu pikirlah sendiri!
2 comments:
wartawan wat cite yg hot snn nk lakukan paper.diorg mn kisah psl2 mcm ni
Pengakuan yang tulus dan jujur
tlgla para wartawan tulis dgn jujur & biar jelas mesej yg disampaikan. jgn berat sebelah...jgn terjebak dgn fitnah mahupun mengumpat
Post a Comment