Sebenarnya terdapat dua keadaan di mana undi di dalam sesuatu pilihanraya.
Pertama:
Apabila berada di kawasan mengundi. Ini bermakna dari mula kita memasuki kawasan mengundi, beratur, daftar nama, memangkah, membuang undi sehingga kita sampai ke pintu pagar sesuatu tempat mengundi merupakan kawasan di mana undi kita harus dirahsiakan.
Anih, bukan? Bagi seseorang yang telah menjalankan tanggungjawabnya sudah pasti dia akan berbangga dengan keputusan yang dibuat tetapi mengapa seseorang pengundi itu perlu dikongkong daripada mengisytiharkan keputusannya di mana sahaja. Bagi aku, kalau dibenarkan aku malah bersedia mempamirkan kertas undi yang telah ditandakan sebelum dibuang ke dalam peti undi. Pasti hebat, bukan?
Tetapi, tahukan anda sekiranya aku melaksanakan hasrat tersebut maka undi aku akan dianggap batal? Mengapa?
Tindakan tersebut boleh dianggap sebagai tindakan berkempen di dalam kawasan membuang undi. Larangan ini diadakan supaya tidak mengganggu pengundi-pengundi lain. Sekiranya dibenarkan berkempen di dalam kawasan pembuangan undi maka ini akan menimbulkan kekecohan. Ini tidak bermakna mulut anda perlu disita terus menerus. Anda boleh berbangga bercerita siapa yang anda undi sebelum memasuki kawasan atau selepas keluar dari kawasan pembuangan undi cuma anda tidak boleh membuktikannya sahaja.
Kedua:
Rahsia undi anda hanya bertahan sehingga peti tersebut dibuka untuk pengiraan kerana kertas undi tersebut telah dilihat oleh orang lain. Mudah bukan?
Kemusykilan:
Di bawah peraturan baru, setiap kertas undi sudah tidak mempunyai nombor siri lagi. Apakah kertas undi tersebut boleh dianggap sah diperlakukan?
Isu yang timbul semasa kertas undi tersebut bernombor siri ialah, ada di antara pengundi yang tidak mahu pilihan mereka diketahui oleh sesiapa kerana setiap nombor siri kertas undi tersebut akan dicatitkan ke atas nama pemilih ketika mereka mengambilnya. Tetapi bagaimana kita mahu mengesahkan bahawa kertas tersebut datang dari sesuatu kawasan? Berapa jumlah kertas undi yang telah diedarkan? Dan berapa baki kertas yang tidak digunakan? Adakah kemungkinan kertas tersebut ditukarkan dengan kertas undi lain?
Sebaik-baiknya setiap kertas undi yang dicetak perlu mempunyai nombor siri. Nombor tersebut tidak perlu dicatitkan ke atas nama si pemilih tetapi dicatitkan di dalam daftar/senarai kertas undi yang telah diedarkan. Itu sahaja. Apakah cara ini juga akan menjadi isu?
1 comment:
Assalam Bro
Rasanya rakyat biasa tak kisah pun... yang rasa tergugat pihak parti politiklah... semuanya salah... kalau tak ada no siri lagi bahaya... kertas undi dibawa dari rumah...
Post a Comment