Tindakan Parti DAP memecat keahlian Mohamed Razali Abdul Rahman adalah wajar. Sebagai sebuah parti yang mempunyai perlembagaan, peraturan dan polisinya sendiri, tindakan tersebut tidak perlu dipertikaikan. Ini disebabkan tindakan Mohamed Razali yang bersedia tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi ternyata bertentangan dengan kehendak parti di mana beliau sendiri menjadi ahlinya. UMNO juga mempunyai peraturan yang ketat terhadap ahlinya seperti apabila seseorang ahli membawa sesuatu pertikaian itu ke mahkamah tanpa merujuk kepada badan/biro atau pucuk pimpinan parti terlebih dahulu, maka secara otomatik keahliannya akan gugur.
Samada tindakah pucuk pimpinan parti DAP itu sah atau tidak terpulang kepada samada Mohamed Razali sendiri untuk mencabarnya. Sekiranya beliau enggan bermakna beliau sendiri telah merestui tindakan yang dikenakan ke atas beliau. Soal samada DAP mengamalkan sistem kukubesi dengan melarang ahlinya bertindak sendiri atau DAP mengamalkan penindasan terhadap ahlinya hanya akan terjawab sekiranya Mohamed Razali mencabar keputusan tersebut. ROS hanya akan mengambil tindakan sekiranya terdapat lapuran.
Tindakan Mohamed Razali pula yang merasakan terdapat pembohongan DAP perlu dilihat dari sudut positif. Sebagai seorang ahli yang merasakan tanggungjawab sebagai ahli yang jujur maka beliau cuba bertindak jujur walaupun tindakan tersebut tidak disenangi oleh pemimpin parti. Dan akhirnya beliau tersedar bahawa beliau tersilap memilih parti untuk dianggotai yang ternyata tidak sesuai dengan kemahuannya. Oleh itu, tindakan beliau bolehlah dianggap sebagai tindakan persendirian dan berharap ahli-ahli yang masih berada di dalam parti tersebut supaya menilai semula penglibatan mereka samada dasar perjuangan itu sesuai atau tidak dengan mereka.
Selanjutnya di
SINI!
No comments:
Post a Comment