Akibat kegagalan Kerajaan BN Sarawak mengadakan penempatan semula, 60 penduduk tetap di sepanjang Sungai Seblak, Kabong, Sarawak mengganas. Natijah dari keganasan tersebut ialah bahaya yang dihadapi oleh penduduk lain yang berhampiran. Ini menyebabkan Kerajaan BN Sarawak 30 anggota penguatkuasanya untuk memburu 60 penduduk tersebut yang mengamuk kerana menuntut hak asasi mereka.
Nasib mereka ini tidak pernah dihiraukan oleh NGO-NGO yang bersepah dan semakin banyak didaftarkan (walaupun tanpa ahli tetap) terutama NGO-NGO berasaskan alam sekitar. Nasib mereka yang semakin terbiar dan kekurangan makanan berbanding kawan-kawan mereka yang datang dari luarnegara tetapi mendapat layanan istimewa.
Adalah disarankan lebih banyak zoo-zoo dibina untuk menampung penempatan semula mereka-mereka ini. Berita selanjutnya boleh di perolehi di SINI.
3 comments:
knape hal ni x dihebohkan kt media?
Kerana LiverpoolFC episode 1
Kerana LiverpoolFC episode 2
Kerana LiverpoolFC episode 3
bro, yang dia maksudkan tu adalah buaya....sila klik kat berita harian untuk mengetahui cerita dengan lebih lanjut. apa lah buat cerita mengkonfiuskan org..berik malu org swak jak ko ya.....
buka berita harian untuk cerita yang betul k...
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Buru60buayadiSungaiSeblak/Article
anies,
dah heboh kat suratkabar dan juga TV maa... hehehe
fatlady,
Memanglah cerita pasal buaya sebab tu ada link dalam entry tu sendiri. Aku pun tak kata 60 orang tetapi PESERTA. hehehe
Itulah rupanya kalau manusia sendiri tak tahu undang-undang. hukum alam lebih penting bagi mereka sedangkan hukum alam kalau kita hidup sendiri tanpa masyarakat. Thats the moral of the entry. sorri aa kalau konpius. hihihi
Post a Comment