Aku bukanlah pro sangat pasal mansuhkan bayaran tol tetapi aku tetap menyokong usul pengurangan tol. kalau tol dimansuhkan maka peruntukan untuk penjagaan, baikpulih dan menaiktaraf jalan-jalan tersebut akan diambil dari peruntukan lain yang melibatkan kemudahan untuk lebih ramai rakyat termasuk yang tidak menggunakan jalan-jalan bertol.
Sebagai penduduk Shah Alam, bebannya tidak begitu terasa kerana sekiranya kita ke Kuala Lumpur melibatkan kos RM1.10 x 2. Dan kalau ke Kelang maka kosnya RM1.00 x 2. tetapi bagi mereka dari PJ ke Kelang dan sebaliknya pula, kos yang ditanggung ialah RM2.10 x 2. Memang membebankan.
Sekiranya tol-tol tersebut tidak dapat dimansuhkan, pemansuhan tol keluar dari Shah Alam sahaja cukup untuk mengurangkan beban pengguna. Ini bermakna bagi mereka yang ke kelang dari Pj hanya perlu membayar RM1.10 dan dari Kelang ke PJ pula RM1.00. Mungkin kadar tol ke dua-dua tempat tadi diselaraskan kepada RM1.00.
Walau macam manapun, TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dato' Ahmad Nawawi kerana penyampaian MEMO tanpa perlu berDEMO!!!!!!
2 comments:
lg bgs kalu mansuh seme tol
Yang best tentang Julai 2011
Penyelenggaraan jalan raya perlu. Modal dari kutipan tol masih diperlukan.. Tidak boleh dimansuhkan terus 100%.. Tetapi boleh dikurangkan..kenapa? Jualan kereta di msia meningkat setiap tahun..lihat saja kenderaan yg lalu di tol sg rasa dan tol batu 3.. Ada saja nombor pendaftaran baru yg lalu disitu setiap hari..
Post a Comment