Baru-baru ini, isteri aku menghadiri seminar di Amerika. Mungkin ini peluang bagi aku dan anak aku bercuti di sana dengan penjimatan belanja tiket kapalterbang kerana aku hanya perlu membayar untuk aku dan anak aku sahaja. Penjimatan tambahan pula ialah penginapan kerana kos penginapan isteriku ditanggung maka aku dan anak aku berpeluang untuk menumpang.
Mengikut perancangan awal, kami akan ke Disneyland di Los Angeles. Maka dengan harapan yang menggunung akupun melalui prosidur untuk mendapatkan visa seperti berikut:
- Membuat pembayaran visa di Standard Chattered Bank
- Membuat permohonan secara atas talian di laman sesawang Kedutaan USA
- Menempah tarikh temuduga
Proses temuduga bukan lama. Ianya hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja tetapi tempoh menunggunya memerlukan hampir setengah hari.
Selepas di temuduga, anak aku terus mendapat keputusan bahawa permohonan untuk dirinya telah diluluskan. Malang sekali bagi aku yang terpaksa menunggu keputusan yang akan diberitahu melalui sms ataupun emel. Dan akupun menunggu.
Sehingga isteri aku balik dari US, aku masih belum memperolehi keputusan. Kami menukar rancangan dan terbang ke Hongkong supaya anak aku dapat mengunjungi Disneyland di Hongkong pula.
Sehingga lebih kurang duabulan, baru aku mendapat keputusan bahawa permohonan visa aku telah diluluskan. Oleh itu, sekirannya anda merancang untuk ke US, rancanglah lebih awal. Pastikan anda telah memperolehi visa sebelum membuat sebarang tempahan.
1 comment:
lama nyerrr
Cincin tunang
Post a Comment