Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Saturday, June 18, 2011

18SX: Tips untuk yang nak kawin, baru kawin dan yang dah berkarat!

Korang ingat tak TAKLIK yang korang baca masa nikah dulu? Bagi yang nak kawin tolong ambil perhatian sebab aku dah temui dua kes kawan aku.


Kes 1:
Kawan aku (lelaki) ni bercerai sebab selalu gaduh dengan mak mertua. Isterinya pula lebih berpihak kepada maknya. Akhirnya dia lafaz cerai depan mak mertua, bapa mertua dan adik beradik lelakinya.

Semasa dalam edah, dia pergi melawat anaknya. Tak ada orang di rumah kecuali (bekas) isteri dia. Entah macammana tiba-tiba syok dah naik, mereka pun lepaskan gian. Bila gian dan lepas, kawan aku ni pun termenung.

Besoknya dia pergi ke Jabatan Agama dan bertanya selepas membuat pengakuan. Pegawai di Jabatan Agama kalau dua-dua dah setuju maka talak tersebut terbatal. Kawan aku menung lagi macam berok hilang pisang. Dia pun tanya kat aku sebab dia tak faham.

Aku tanya dia ingat tak lafaz taklik masa nikah dulu. Dia kata "Tak." hehehe

Aku tanya dia lagi "Nikah kat mana?"

"Perak." jawabnya.

Lalu aku terangkan. Kalau di Perak, taklik untuk talak Raj'ie iaitu talak boleh rujuk dalam edah tanpa perlu lafaz nikah tetapi TALAK TETAP DIKIRA. Maknanya, talak pertama tadi terbatal dan mereka masih boleh bersama semula sekiranya merujuk di dalam edah. TAPI, talak pertama tetap dikira sebagai SATU TALAK yang bermakna, sekiranya berlaku sekali lagi lafaz talak maka ianya dikira sebagai TALAK KE DUA dan seterusnya. Baru dia faham.


Kes 2:
Kawan aku (perempuan) yang ini pun nikah di Perak. Dia bercerai kali kedua dengan suami yang sama. Suami dia minta rujuk balik dalam edah. Dia kata tunggu dulu. Dia pun tanya kat aku sebab dia memang nak balik dengan suami dia cuma bukan sekarang. Dia nak tenangkan fikiran lagi 5-6 bulan.

Aku kata dengan dia, kalau dia tolak permohonan rujuk suami dia kali ini, dia dah tak boleh nikah balik sebab dah jatuh TALAK TIGA! Berkerut dahi kawan tu. hehehe

Aku tanya dia, masa nikah dulu, dengar tak taklik yang dilafazkan oleh suami?

Dia kata "Tidak."

Dalam taklik tu ada sebut, kalau apabila suami merujuk kembali dalam edah dan isteri tidak bersetuju maka JATUH LAGI SATU TALAK.

Kesimpulannya:
  1. Rujuk dulu taklik yang anda lafaskan kerana taklik berbeda mengikut negeri. Kemungkinan juga taklik-taklik ini telah diubah mengikut peredaran masa.
    Ada taklik yang membawa kepada talak Raj'ie (boleh rujuk tanpa nikah semula dalam edah)
    Ada taklik yang membawa kepada talak Bain Sughra seperti di Kedah (kena tunggu habis edah dan nikah semula)
    (cuba tengok perbezaan taklik di blog "Senja Selalu Cerah")
  2. Rujuk dulu dengan yang AHLI atau terus ke Jabatan Agama.
  3. Kepada suami dan bakal suami, jangan nak lafaz talak sesuka hati. Fahami taklik sendiri masa nikah
  4. Kepada isteri dan bakal isteri, jangan minta talak kerana sakit hati. Dengar taklik suami masa nikah.


rujukan :
  1. Perceraian - Taklik
  2.  e-Fatwa
  3. Laman Soal Jawab Agama
  4. Senja Selalu Cerah

2 comments:

ABDULLAH said...

Salam,

Bro,ubah la widget gambar perempuan bikini kat bawah tu.Tiap kali orang tengok,tiap kali tu la dosa tu tempiasnya kena kat hang..nampak kecik bro,tapi kalau dah hari-hari ada kat website hang..hang sendiri agak la..sekadar mengingatkan.ALLAH MAHA MENGETAHUI DAN ALLAH jua YANG MAHA PENGAMPUN.

Terima-kasih

Bingai @ Bangang said...

Wokey, bro.
Aku ingat dah lama orang lalu jer kat blog ni. Aku pun dah nyampah benda tu buat berat blog aku. Terima kasih kerana teguran.

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun