Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Monday, April 4, 2011

Jom Pancut Dan Minta Diskaun!

Sudah dua minggu kita digemparkan oleh kes pancut memancut dan akhirnya video pancut memancut yang telah disensor oleh Lembaga Penapisan Video 18SX untuk bloggers di siarkan seperti di sini:

 Dan banyak lagi blog-blog yang menayangkan video tersebut. Oleh kerana sudah ramai yang mendedahkan pasal video tersebut jadi tak perlulah aku nak membazirkan blog aku dengan kisah tersebut kerana aku sendiri menyampah nak buat entri macam tu. Apa yang ingin aku ceritakan di sini lain dari yang lain. hehehehe.. sori bro. Wa potong stim lu!

Kisah pancut ini ialah kisah yang sebenar dan lebih menjurus kepada kesejahteraan semua rakyat, bukannya sedap seorang rakyat. Semakin ramai yang telah tahu kuasa hebat yang dibawa oleh air tetapi masih ramai yang tidak menyedari bahawa kita juga boleh membantu persekitaran dengan menggunakan air.

Setiap kali berlaku jerebu dan pencemaran udara oleh pembakaran terbuka hutan maka setiap kali itulah kerajaan perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menangkisnya terutama dalam projek pembenihan hujan. Dengan menjadikan hujan tiruan, jerebu akan melekat pada hujan tersebut  dan dibersihkan daripada udara. Namun, pencemaran udara melalui asap kenderaan yang berlaku setiap hari masih seperti dahulu. Tiada tindakan yang sewajarnya untuk membantu membersihkan udara tersebut terutama di bandar-bandar besar.

Setelah melihat kejayan pencegahan jerebu melalui hujan tiruan, aku rasa sudah sampai masanya rakyat terutama sektor-sektor perniagaan berganding bahu membantu membersihkan udara persekitaran. Caranya mudah dan tidak memerlukan banyak modal. Malahan anda boleh membina sendiri hanya dengan menggunakan pam-pam yang digunakan oleh akuarium-akuarium ikan.

Di samping menjadikannya satu rekabentuk yang menarik untuk halaman anda, ianya juga mampu memerangkap debu-debu karbon monoksida yang dikeluarkan oleh kenderaan kita sendiri. Tak kisahlah sama ada ianya merupakan air pancut atau air terjun. Sebaik-baiknya ianya diletak di luar rumah kerana penjimatan air boleh dilakukan dengan menakung air hujan. Bayangkan berapa banyak jerebu yang dapat diperangkap sekiranya 90% rumah di sesuatu kawasan perumahan melakukan perkara yang sama.

Bagi premis-premis yang membina dalam skala yang lebih besar, mungkin anda boleh memohon TNB memberikan diskaun ke atas penggunaan elektrik untuk menjana pam-pam tersebut. Sekiranya TNB boleh memberikan diskaun/rebat ke atas lampu-lampu hiasan pada sesuatu malam keramaian mengapa tidak pemberian diskaun ini diperolehi untuk membantu pembersihan udara?


Hanya salah satu daripada idea Aku Yang Bingai!

1 comment:

pacat said...

malu siot nak nak kasi member2 bangsa lain tengok! malu semalu2nya!!!... tapi apa boleh buat diorang pon pandai gak "pancut"!!!

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun