Hebat sangatkah DS Najib sekiranya menghapuskan tol? Mengapa subsidi petrol & diesel perlu ditambah? Sudahkah rakyat marhaen terutama yang berada di luar bandar untuk menghadapi kemungkinan yang lebih burok?
Tahukah anda untuk menyelenggara jalanraya seluruh negara memerlukan jutaan ringgit? Dari manakah peruntukan ini datang?
35 tahun sudah semasa aku masih sekolah menengah pernah juga aku membaca akhbar tentang kenaikan cukai jalan hampir 3-4 tahun sekali. Cukai inilah yang digunakan untuk menampung penyelenggaraan dan pembinaan jalan-jalan baru. Semasa itu hanya kumpulan setaraf guru sekolah sahaja yang mampu memiliki motorsikal baru. kumpulan yang di bawah taraf tersebut termasuk kerani malah penyelia kilang sekalipun hanya menggunakan basikal atau bas untuk ke tempat kerja. Kalau yang menoreh getah terpaksa pikul baldi dengan pengandar macam orang jual sayur.
Dan apabila cukai jalan dinaikkan, orang kampung yang duduk jauh dari bandar juga TERPAKSA menanggungnya walaupun duit tersebut digunakan untuk membaikpulih atau meningkat taraf jalan-jalan di bandar besar yang digunakan oleh orang-orang yang sering menjerit apabila jalan berlobang. Adakah ini adil?
Apabila lebuhraya bertol diperkenalkan maka kita melihat keselesaan pengguna semakin meningkat. Siapakah pengguna yang beruntung? Golongan peniaga yang memerlukan mereka bergerak dengan lebih pantas. Sistem pengangkutan yang semakin lancar. Kerajaan membelanjakan berjuta ringgit untuk menampung keperluan ini dan ianya dilakukan dengan pinjaman luarnegara. Kutipan tol digunakan untuk membayar balik hutang tersebut dan membaikpulih atau menaiktaraf semula lebuhraya.
Bagaimana sekiranya tol dihapuskan? Sanggupkah rakyat jelata kehilangan begitu banyak subsidi kerana pendapatan kerajaan dari sumber-sumber lain terpaksa dikongsi untuk tujuan ini? Atau, sanggupkan rakyat terutama yang berada di luarbandar dan tidak selalu menggunakan lebuhraya menampung semula kenaikan cukai jalan hanya untuk memberi keselesaan kepada mereka yang tinggal di Kuala Lumpur dan makan nasi kandar di Penang hanya kerana mereka menggunakan BMW atau Mercedes?
Tidak cukup dengan berkongsi subsidi dengan lebuhraya, pendapatan kerajaan juga perlu dikongsi untuk menampung pertambahan subsidi yang diminta untuk menurunkan harga petrol RON97 yang juga hanya digunakan oleh kenderaan-kenderaan berprestasi tinggi sedangkan budjet tersebut lebih sesuai digunakan untuk mengawal harga RON95 yang diperlukan oleh kebanyakan rakyat dan diesel untuk mengekang kenaikan harga barang keperluan.
Oleh itu sekiranya orang-orang bingai seperti aku ni ingin menyokong usul-usul penghapusan TOL dan RON97, berfikirlah semula. Adakah anda menggunakan lebuhraya setiap hari? Adakah anda menggunakan kenderaan 2000 cc ke atas? Atau adakah anda hanya ingin menampilkan diri sebagai penyokong terhebat kepada pemimpin yang kononnya ingin berjuang untuk rakyat tetapi sebenarnya memperalatkan rakyat untuk kesenangan diri mereka dan kumpulan-kumpulan atas?
Pendapatan negara masih banyak diperlukan untuk kegunaan rakyat jelata seperti bantuan pendidikan, bencana alam, keperluan harian, perubatan, rakyat miskin dan berbagai lagi supaya segala bantuan ini akan menjana rakyat untuk lebih maju dalam kehidupan dan memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara. Bukannya untuk menyenangkan mereka-mereka yang sebenarnya sedang bersenang lenang.
Mahukah anda berguling di jalanraya hanya untuk menurunkan harga minyak kereta BOS anda sedangkan minyak untuk kereta anda masih kekal rendah? Relakah anda berjemur dijalan-jalan bersama anak-anak kerana BOS anda tak mahu bayar tol setiap hujung minggu untuk bercuti sedangkan anda menggunakan lebuhraya hanya ketika cuti sekolah?
Cukup-cukuplah membingaikan diri yang sememangnya bangang selama ini.
Komen khas: Politik baru memang membingaikan bloggers yang "Tidak Intelek" seperti Bloggers Nyamuk
Abang Sado 1
-
T-Shirt Sempoi = Pesan baju ayah dan anak untuk hari raya ini. Jimatkan kos
penghantaran.
Dewasa
Kanak-kanak
*Harga*
*Jenis T-Shirt*
*Warna*
*Saiz Si...
7 years ago
1 comment:
this is reality..
beginilah manusia
yg tamak akan sentiasa lapar
yg kaya akan sentiasa senang
yg miskin akan semakin susah
apa tidaknya.. mainan manusia sendiri
Post a Comment