Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Monday, March 21, 2011

Nilai antara ketukan Melayu dan Ketukan Cina

Kisah benar berlaku.
Kisah 1:
Bertempat di Genting Sepah.

Aku dan temanku (seorang mekanik kereta) tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan. Beberapa orang mekanik lain dan kereta tunda juga pun ada di situ. Sebuah BMW 5series tersadai di tepi jalan.

"Apa cerita, tuan?" Aku bertanya

"Tak taulah. Injin kereta ini tiba-tiba mati. Lepas tu tak boleh hidup." Dia berkata sambil memandang keliling. "Mekanik lain dah cuba tapi gagal. Mereka syorkan saya bawa ke bengkel sahaja dengan kereta tunda," sambungnya lagi.

Aku berpaling ke arah temanku sambil mengerutkan dahi.

"Kau cuba start injin tu," katanya.

Aku akur. Kuncinya kupulas dan injinnya bergegar beberapa kali.

"Cukup!" Laungnya dari belakang.

Aku beralih ke belakang dan melihat dia telah mula menanggalkan exhaust pipe kereta tersebut. Exhaust pipe itu dibawanya ke longkang berhampiran dan mengetuk-ngetuk beberapa kali. Berketulan karbon hitam yang keluar dari muncungnya. Dia mengetuk-ngetuk lagi dan membuang keluar karbon hitam sehingga dia berpuashati. Selepas tu dia memasang semula exhaust pipe tersebut ke kereta dan menyuruh aku menghidupkan semula injin.

VROOOOOMMMM!!!!!

"Kereta encik selsema sahaja. Hidungnya tersumbat." Kawan aku memberikan penerangan.

Tuan punya kereta BMW tersebut tersenyum lega. "Berapa?"

"Bagi upah ketuk sajalah, encik. RM50.00," jawab kawanku.

Duit dihulurkan dan masing masing beredar.

Kisah 2:
Bertempat di sebuah kilang percetakan di Jalan Puchong.

"Dah dua hari mesin aku tak jalan. Banyak aku rugi." Keluh si Rahim padaku.
"Apa yang rosak?"

"Motor dalam mesin nombor 3 tu. Empat orang mekanik dah cuba tapi tak mahu juga."

"Kenapa tak tukar yang baru?"

"Motor tu bukannya lama sangat. Baru tiga tahun. Bukan murah, bro. RM5,000.00"

Sebuah motorsikal burok berhenti. Cina separuh umur yang turun dari motorsikal tersebut terus mengekori temanku itu dan menuju ke arah mesin yang disebutkan. Setelah membelek-belek motor di mesin tersebut dia menekan suis untuk melihat reaksi. Masih tiada tindak balas. Kemudian dia mengetuk-ngetok dengan pemegang penukul yang dibawanya perlahan-lahan ke beberapa tempat di atas motor tersebut. Suis ditekan lagi dan motor tersebut berfungsi.

"Wah! Itu macam ka, apek?"
"Sulah. RM350.00" Si Apek meminta bayaran.

"Haaa?!! Tak kan ketuk itu macam pun RM350.00?" Protes si Rahim.

"Kalau incik tau mana tempat mahu ketuk incik boleh bagi tau sama saya. Upah ketuk RM50.00 sahaja." Dia tersenyum. "Itu RM300.00 upah cari tempat mau ketuk, incik. 30 tahun punya experience. Bukan mulah, kawan," Katanya tanpa memberitahu apa masaalah sebenar motor tersebut.

Si Rahim terdiam dan membuat pembayaran.

Moral of the stories:
Jangan rendahkan nilai ilmu dan pengalaman anda. Setiap pengalaman mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. hehehe

1 comment:

Sang Guna said...

Salam Bro,
Info yg sgt berguna, setiap sesuatu pasti ada jalannya, seharusnya kita tau tak byk sikit tentang sesuatu perkara, supaya jgn mudah2 kita diketuk, terutama dgn pengetuk cina.

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun