Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Wednesday, March 16, 2011

Mahkamah di Malaysia sudah lama di HINA!



Jangan katakan mahkamah saja malahan hakim-hakim juga terkena tempiasnya sejak bertahun-tahun lamanya. Di manakah terletaknya kata-kata hikmat di dalam Rukunegara yang menyatakan:

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG?

Aku sebenarnya rasa nak muntah bila sentuh kes liwat ni tetapi bila ianya melibatkan mahkamah, hakim dan kredibilitinya maka aku pun nak sampaikan sakit hati aku. Kerana dah lama sangat aku simpan bisul yang semakin menanah ni.  Bila baca berita di Utusan Online (klik di sini) lagilah buat aku mendidih.

Sebenarnya sudah terlalu lama rakyat dihidangkan dengan sikap kurang adab beberapa individu yang tidak memperdulikan Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang sedangkan tidak ada kelemahan yang ketara dapat disabitkan untuk mempertikaikannya. Mereka terus menjerit dengan alasan HAK KEBEBASAN seorang rakyat tanpa memperdulikan hak orang lain yang mereka tindas.

Rakyat diajak berdemontrasi sambil memijak-mijak undang-undang yang ada dan apabila tindakan undang-undang diambil, mereka akan mencemoh dan mempertikaikannya. Mereka-mereka ini berceramah di seluruh negara mempertahankan diri mereka sedangkan kes tersebut masih lagi dalam perbicaraan dengan harapan dengan cara ini akan menekan peguam-peguam atau mahkamah itu sendiri. Bukankah ini penghinaan namanya.

Apabila mendapati pendakwaan begitu kukuh untuk di atasi, mereka mula mempertikaikan hakim-hakim yang mengadili kes tersebut sedangkan mereka tahu bahawa hakim hanya akan berpihak kepada pihak yang dapat meyakinkan mahkamah dalam pembuktian atau penafian kes tersebut. Ini bermakna mahkamah memberi peluang begitu luas untuk kedua-dua pihak membuktikan kebenaran masing-masing walaupun hakim mengetahui terdapat lowongan di dalam presentasi-presentasi mereka.

Apakah kerana seorang hakim itu pernah belajar dengan seseorang yang terlibat di dalam sesuatu kes itu maka hakim tersebut boleh dipertikaikan kewibawaannya? Bagaimana yang pernah satu asrama? Satu sekolah menengah? Satu tadika? Sekampung? Sepekan? Sebandar? Senegeri? Senegara? Bukankah ini juga merupakan suatu penghinaan kepada profesionalisma kehakiman itu sendiri?

Dan apabila rakyat mula berdemontrasi terhadap mereka-mereka yang mengajar demontrasi, hak kebebasan rakyat ini dinafikan oleh pak guru pak guru demontrasi dengan alasan penghinaan terhadap mahkamah? Bukankah lucu bila pejuang kebebasan ini menuntut Kehakiman menghalang kebebasan yang mereka sendiri perjuangkan?

Bila pihak-pihak ini memperlekehkan mahkamah termasuk melewat-lewatkan keadilan tidak diberikan label sebagai penghina mahkamah tetapi bila rakyat menuntut yang terlibat supaya BEKERJASAMA dengan mahkamah supaya proses keadilan dipercepatkan untuk membuktikan keberkesanan sistem kehakiman maka tuntutan ini dianggap menghina mahkamah?

Inikah sistem pentadbiran yang kita inginkan apabila manusia-manusia seperti ini diberi peluang mentadbir? Fikirkanlah sendiri apa nasib generasi kita akan datang sekira inilah yang akan kita wariskan untuk mereka.

Dari Utusan Online:

Anwar tak layak desak rakyat hentikan demonstrasi

SHAH ALAM 15 Mac - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menganggap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk mendesak mahkamah mengambil tindakan terhadap rakyat yang berhimpun secara aman di seluruh negara bagi mendesaknya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, sebelum ini Anwar adalah individu yang paling lantang kononnya memperjuangkan hak kebebasan bersuara untuk rakyat di negara ini.

"Bukankah budaya demonstrasi ini diamalkan oleh Anwar sejak beliau menuntut di Universiti Malaya (UM) lagi?" katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan peguam Anwar, Karpal Singh yang memohon kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mengendalikan perbicaraan liwatnya dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya mereka yang terlibat dalam demonstrasi berkaitan DNA dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Anwar juga memohon supaya dua media tempatan iaitu akhbar New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia dikenakan tindakan mahkamah kerana menyiarkan laporan tentang demonstrasi itu.

Sementara itu, Hamidzun berkata, sikap berat sebelah yang ditunjukkan Anwar itu membuktikan yang beliau telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ketua Pembangkang di negara ini.

"Apabila terkena batang hidungnya sendiri, beliau dengan angkuhnya memarahi rakyat yang bangkit menentangnya," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, tambah Hamidzun, GAPS bersedia untuk menganjurkan demonstrasi berskala besar untuk terus mendesak Anwar supaya beliau tunduk kepada proses perundangan negara.

1 comment:

StefaniLimZ said...

Kini hadir Permainan baru di Pianopoker.net ^_^
Bandar66
Bandar66 merupakan game terbaru yang paling diminati saat ini , buruan login dan rasakan permainan baru yang fantastis yaitu Bandar66 hanya di Pianopoker.net

Dan Dapatkan Jutaan Rupiah Dengan Mudah Hanya Di Pianopoker.net
Real Website, Real Player Vs Player, Real Winner
Buktikan Sekarang Juga Bersana kami hanya di PianoPoker

Raih Bonus Extra Jumbo :
- Bonus Extra Jumbo Rollingan ( dibagikan setiap 5 hari sekali )
- Bonus Refferal Seumur Hidup

CS Ramah & Profesional Siap Melayani 24 Jam
Proses Transaksi Di Jamin Super Cepat
Kartu Bagus (Easy To Winn)
Support 5 Bank Local :
- BCA
- MANDIRI
- BNI
- BRI
- DANAMON

Minimal Deposit & Withdraw Hanya 20Rb
Jangan Mikir Lagi Bos !!
Jalan dan Kesempatan Sudah Ada Di Depan Mata
Jangan Sia-Siakan Kesempatan Yang Ada bos !!
Ingat Bahwa Kemenangan Bergantung Kepada Pilihan Anda.
Jangan Sampai Salah Pilih Situs , Untuk Jadi Jutawan Pianopoker.net Solusimya !!
Untuk Informasi Lebih Lanjut Silahkan Hubungi Kontak kami :
BBM : DCB59F18
WA : +855968238303
LINE : piano.poker
IG : pianopoker99
Link : PianoPoker.Net

Join Sekarang Juga !! Kami Tunggu Kehadirannya Para Calon Jutawan ^_^

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun