PULAU PINANG 16 Feb. - Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengumumkan penubuhan portfolio baru untuk menjaga hal ehwal bukan Islam yang akan bertanggungjawab ke atas perkara membabitkan agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, ini merupakan pertama kali portfolio seumpama itu diperkenalkan di negeri ini yang mana beliau sendiri akan menjadi Exco. (berita selanjutnya DI SINI)Sungguh menarik cadangan yang dikemukakan oleh LGE. Cuma aku nak tau juga bagaimana dengan kepercayaan-kepercayaan lain.
Pada aku, ia adalah satu cadangan yang hebat. Mungkin kerana telah ditarbiahkan maka "Ustad" telah mula merasakan betapa perlunya pihak-pihak yang mahir dengan agama membantunya menangani masaalah sosial yang berlaku di PP.
Mungkin dengan pendekatan ini akan mampu menangani gejala-gejala seperti berikut:
- Vandalisma terhadap tempat-tempat ibadat kerana pasti mereka akan membincangkan bagaimana untuk mentarbiahkan pengikut agama masing-masing untuk menghormati agama-agama lain.
- Minum arak sampai mabuk walaupun ada agama yang membenarkan umatnya meminum arak tetapi bukan sampai mabuk dan membangangkan diri.
- Perjudian sehingga bangkrap yang menyebabkan ada di antaranya membunuh diri kerana tidak mampu membayar hutang dengan along kerana nak cepat kaya.
- Pertambahan anak-anak luarnikah di kalangan mereka yang bukan Islam kerana hampir semua agama menghalalkan dan menganjurkan perkahwinan (bukannya bersekedudukan)
- Pertambahan anak-anak luarnikah di kalangan pasangan bukan Islam dan Islam kerana biasanya hanya orang Islam yang berzina dengan orang bukan Islam sahaja yang didakwa dan dihukum.
- Pelacuran kerana semua agama (setahu akulah) yang mengharamkannya.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Ini bermakna bagi mereka yang atheis atau yang tidak percaya kepada Tuhan maka mereka tiada tempat dan TIDAK LAYAK menjadi RAKYAT MALAYSIA. Walaupun pada dasarnya portfolio ini tidak perlu diadakan kerana agama-agama lain bukannya AGAMA RASMI negara ini berbanding dengan Agama Islam tetapi kewujudannya mungkin diperlukan bagi negeri seperti Pulau Pinang.Cuma kerana di kalangan pembawa usul ini BINGAI SEDIKIT dari aku maka portfolio Hal- Ehwal Bukan Islam diberi nama. Memanglah nampak macam satu provokasi kepada portfolio Hal- Ehwal Agama Islam. Ianya kedengaran seperti satu portfolio yang bertentangan (oposite) portfolio Hal- Ehwal Agama Islam kerana perkataan BUKAN tersebut.
Rujuk:
- Awasi agenda tersirat DAP tubuh portfolio hal-ehwal bukan Islam
- Portfolio baru cuba tonjolkan Islam agama berkonfrontasi?
Oleh itu, sebagai orang yang BINGAI BANYAK dari mereka, aku ingin cadangkan supaya portfolio tersebut diberi nama Hal- Ehwal Pelbagai Agama yang lebih tepat kerana ianya sememangnya diperuntukkan untuk berbagai-bagai agama selain daripada Agama Islam yang telah mempunyai portfolio rasmi.
Kepada mereka-mereka yang mempertikaikannya aku rasa lebih baik memberikan nasihat yang berguna kepada LGE (terutama Mursyidul) bagaimana nak mengendalikan portfolio tersebut. Jangan asyik nak bangkang jer tetapi gunakan cadangan tersebut sebagai flatform untuk menambahbaikkan mentaliti rakyat (bukan Islam? ehehehe)
submited by my: China Made Strawberry Phone
3 comments:
nampaknya semua sekali LGE nak control. Yg islam dah ada "kerbau" untuk dicucuk idung so tak perlu pening kepala just kasi arahan je!!!
layarilah www.freemalaysiakini.com percuma, sebarkan kepada pembaca blog anda....
jgn ckp je tp x laksana
Post a Comment