Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Saturday, February 19, 2011

DEB memperkayakan Orang Cina?

Entri ini aku salin semula komen yang aku buat di Blog Azli Shukir Today dengan tajuk "Menyanggah Nik Aziz: Saya Tiada Jawapan Itu!"

Kita selalu menilai keadaan melalui fakta seperti yang tercatit di dalam senarai 10 atau 40 orang terkaya di Malaysia. Dari situ kita mula membuat perbandingan di antara kaum. Memang hebat fakta yang menyebabkan DEB menjadi kecaman. Sebagai seorang yang celik mata dengan pelita kodok dari zaman PM Pertama, aku lebih melihat DEB dalam bentuk keseluruhan.

DEB bukan digarap untuk mengkayakan 40 orang Melayu supaya dapat duduk ditangga teratas senarai tetapi lebih ke arah memberikan keselesaan kepada rakyat keseluruhannya. Kejayaan DEB meningkatkan dayabeli rakyat yang menjadi pengguna. Dari sini, siapa saja yang berusaha akan mendapat labanya seperti mereka yang berniaga. Sekiranya rakyat kurang kuasa membeli, apakah anda fikir nama-nama cina tersebut akan ujud dalam senarai itu?

Pernah pada satu ketika dahulu Perayaan Tahun Baru Cina menjadi dilema bagi rakyat kerana takut banyak kedai yang mungkin tutup bercuti hingga timbul ungkapan "Cina raya Orang Melayu tak makan".

Tetapi ini tidak lagi berlaku kerana semua kaum telah pandai berniaga. Tahun Baru Cina ramai yang bercuti panjang dan pergi melancung tetapi pasar masih lagi meriah begitu juga dengan Deepavali. Ini juga adalah hasil dari DEB yang memberi kemudahan kepada rakyat untuk berniaga atau meningkatkan taraf kehidupan.

Jangan kerana sikap kita sendiri yang malas berusaha maka DEB menjadi mangsanya sehinggakan terdapat tiga set ungkapan yang pernah menjadi momokan satu ketika dahulu:

Set pertama (ketika membeli kereta):
Cina - Berapa laju boleh lari?
Melayu - Minyak berapa kilometer?
India - Berapa ramai boleh isi?

Set kedua (tafsiran bunyi gendang)
Cina - dung dung cei (untung-untung ye)
Melayu - tak tung tak tung (tak untung tak untung)
India - (tak boleh tulis gimik bunyi tabla) kadang-kadang untung, kadang-kadang untung

Set ketiga (dari segi sikap)
Tak berjudi bukan Cina
Tak berlagak bukan Melayu
Tak mabuk bukan India

Apakah kita masih melihat ketiga-tiga ungkapan ini masih relevan? Inilah hasil dari DASAR EKONOMI BARU.

Oleh itu, pada pandangan aku yang bingai bukan UMNO/BN yang mengkayakan orang Cina tetapi rakyat keseluruhan yang menjadi pemangkin kepada mereka yang benar-benar berusaha. Wallahualam

1 comment:

chenerong ular said...

Salam tuan, blog tuan telah saya pautkan di blog pilihan saya,tq

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun