Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Saturday, January 22, 2011

Jika inilah doa saudaraku yang Islam.....

 Pasrahlah aku padaMu, Ya Allah. Hanya Engkau yang maha mengetahui, adil dan maha penyayang. Semoga engkau memberikan taufik dan hidayah kepada kami semua. Sekiranya kehancuran yang engkau makbulkan dari doa-doa ini, maka aku berserah padamu. Tiada lagi dayaku untuk meraih kasih dan sayang saudara-saudaraku. Hanya kasih dan sayangMu sahaja yang aku dambakan. Amin.

Aku tertarik dengan entri yang dibuat oleh Jebat Berkokok di sini dan bermuhasabah diri. Betapa kerdilnya aku untuk meminta-minta kepada Allah SWT meletakkan hukum ke atas saudara-saudaraku sedangkan aku sendiri menanti hukumanNya.

"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :

"Ya Abu Ishaq, Allah berfirman bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan. Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".

Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".

1. Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.

2. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.

3. Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.

4. Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunnahnya.

5. Kamu mengatakan dirimu akan masuk Syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke Syurga.

6. Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.

7. Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.

8. Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.

9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepada-Nya.

10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka. "

Semoga Allah merahmati saudara-saudaraku!

5 comments:

Laksamana Bentan said...

Salam Tuan,
Mohon link ke blog Tuan.
T Kasih

Admin CCZ said...

B&B..mereka hanya ketawa melihat posting ini...kata mereka, orang yang sokong UMNO dan BN tak layak untuk berdakwah..jahil!

blogenstarz said...

Bernas bro.
Cantek anda mencantas mereka.

linkkan saya.


mohon copy

Cute Oven said...

Minta izin copy...
article yg baik untuk dikongsi

Bahtera Merdeka said...

Pas sekarang bukan memperjuangkan agama islam. Mereka memperlatkan agama untuk berpolitik.

DAP sangat mengasihi Pas kerana sanggup mengaku tidak membela kaum Melayu dlm matlamat perjuangannya.

p/s: http://bahteramerdeka53.blogspot.com

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun