Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Friday, January 21, 2011

Beraja Di Mata Bersultan Di Hati?

Ampun Tuanku,
Bukan niat patik mencampuri urusan Paduka Tuanku tetapi patik cuma ingin menyinggung sikap beberapa orang rakyat yang lupa diri dan buta sejarah. Ampun Tuanku.

Aku merujuk berita yang disiarkan Utusan Malaysia : Janganlah beta diseret...

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan harapan agar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin ini berlangsung dalam keadaan teratur.

Bagaimanapun dalam perutusan bertarikh 14 Januari lalu, Sultan Sharafuddin tidak mahu tindakan baginda menandatangani proklamasi untuk memanggil Sidang DUN disalah erti kononnya baginda menyokong mana-mana pihak.

“Proklamasi ini ditandatangani beta selaras dengan kuasa dan tanggungjawab yang diperuntukkan kepada beta di bawah Perkara LXX (1) dan LV(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

“Janganlah hendaknya perjalanan kuasa beta menandatangani proklamasi ini disalah ertikan bahawa beta menyokong mana-mana pihak dan janganlah beta diseret dan dilibatkan masuk dalam kancah politik oleh mana-man pihak berkepentingan yang tidak bertanggungjawab,” titah baginda.

Dalam keadaan sebegini pun Paduka tuanku masih mampu memberikan pertimbangan yang adil dan saksama. Masihkah lagi kita harus membiarkan baginda terus dipersenda?


Perlantikan tiga jawatan eksekutif sebelum ini sememangnya diserahkan kepada Sultan sesuatu negeri tetapi telah dipinda (bukan penarikan kuasa) untuk melicinkan pentadbiran. Jawatan seperti SUK selari dengan KSU yang mana pengurusan tersebut merupakan perkhidmatan awam. Untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh Sultan dan Raja-Raja maka perlantikan SUK telah dipindahkan kepada KSU dengan syarat MESTI mendapat perkenan Sultan. Sekiranya baginda tidak memberi perkenan maka nama-nama baru akan dicadangkan.

Seperti juga perlantikan Menteri Besar yang dicadangkan oleh parti/kumpulan parti yang menang juga MESTI mendapatkan perkenan baginda. Ini bermakna bukan kuasa yang dirampas tetapi beban tugas tersebut telah dipikul oleh KSU.

Sedangkan semua sedia maklum tarikh tamat perkhidmatan SUK sebelum ini telah menghampiri tetapi kerana terlalu sibuk berpolitik dan memerintah(?) negeri maka tugas untuk mencadangkan nama-nama pengganti telah terabai. Bayangkan sekiranya MB berkuasa mencadangkan nama dan Sultan MESTI memperkenankannya dan nama yang ingin dicadangkan masih tidak kelihatan? Bukankah tempang perjalanan pengurusan negeri dan dasar-dasar kerajaan tidak dapat dilaksanakan?

MB yang dilantik dari kalangan ADUN mempunyai tarikh luput selepas 5 tahun. Belum pasti ianya akan diperbaharui atau tidak tetapi SUK akan terus bertugas demi kepentingan rakyat dan meringankan beban paduka tuanku. Dan setiap kali berlaku pertukaran kerajaan negeri maka setiap kali itukah berlakunya pertukaran SUK?

Jadi, adakah kesaksamaan baginda sebegini masih dianggap membawa kezaliman sedangkan baginda ingin memerintah mengikut acuan UNDANG-UNDANG tubuh kerajaan negeri baginda sendiri?

No comments:

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun