10/08/2010 - Aku ke Telco & Post Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Memang biasa aku ke sana untuk ambil stok ECPI kerana di situ jugalah Pusat Pengedaran ECPI.
Apa yang mengejutkan aku apabila diberitahu bahawa Poslaju tidak lagi membenarkan Telco & Post mengendalikan kutipan parcel postlaju bagi pihak mereka. Paling menyedihkan ialah berita tersebut diketahui hanya pada 09/10/2010. Itupun kerana kutipan harian tidak dilakukan pada hari itu. Pengusaha tersebut telah menghubungi PosLaju untuk bertanya dan diberitahu bahawa PosLaju tidak lagi mengutip bungkusan dari Telco & Post.
Kerana tidak berpuashati, pengusaha tersebut telah pergi menghantar sendiri bungkusan yang dikumpulkan untuk hari tersebut dan mendapatkan kepastian. Maklumat yang diterima bahawa kontrak tersebut telah dibatalkan!
Bayangkan sendiri. Telco & Post tersebut baru beroperasi sejak November 2009 dengan modal RM60,000.00 tidak termasuk modal mengubahsuai kedai yang melibatkan lebih daripada RM50,000.00. Ini juga tidak termasuk modal pusingan untuk gaji pekerja, sewa kedai, peralatan, letrik, air dan sebagainya.
Telco & Post ditubuhkan untuk membantu bumiputra memulakan perniagaan dan pengusaha tersebut adalah seorang pesara yang baru bersara tahun sudah.
Aku sendiri pernah menyertai FaraTech untuk cuba menjadi usahawan dengan dijanjikan pinjaman. Bermodalkan RM7,000.00 aku menunggu pinjaman yang dijanjikan untuk mencukupkan modal RM15,000.00 tetapi hampa. Sehingga hari ini, aku tak tau apa jadi dengan duit pelaburan aku kerana perniagaan tersebut telah diambil alih oleh Inteleca yang menguruskan Telco & Post (mungkinkah Inteleca juga sudah berkubur dan diambil alih oleh syarikat lain aku sendiri tidak pasti.)
Apa yang mengelirukan aku ketika bersama FaraTech ialah kami disyorkan mencari ejen bernaung dibawah kami tetapi FaraTech sendiri mendaftarkan ejen terus dengan mereka. Pernah seorang yang mendapat penerangan daripada aku berhubung terus dengan FaraTech dan FaraTech bersedia mendaftarkan beliau sebagai ejen. Jadi di mana yang dikatakan untuk menolong bumiputra.
Sekarang ini pengusaha Telco & Post pula menjadi mangsa. Walaupun terdapat beberapa cabang perniagaan yang terdapat di dalam Telco & Post tetapi PosLaju merupakan teras perniagaan tersebut. Kerana itu rekabentuk kedai lebih menjurus kepada PosLaju.
Abang Sado 1
-
T-Shirt Sempoi = Pesan baju ayah dan anak untuk hari raya ini. Jimatkan kos
penghantaran.
Dewasa
Kanak-kanak
*Harga*
*Jenis T-Shirt*
*Warna*
*Saiz Si...
7 years ago
4 comments:
PosLaju yang tidak membenarkan Telco & Post mengendalikan kutipan parcel poslaju? i.e. kontrak dibatalkan?
hmmm... apa kandungan kontrak?
Walau apapun, Poslaju ini dianggap sebagai salah satu organisasi yang berkait rapat dengan kerajaan, walaupun telah diswastakan. Siapa orang-orang dalam Poslaju ni?
kalaupun nak disuruh bersaing, biarlah dalam keadaan sama rata. Ini yang satu dah jauh kedepan, yang satu lagi masih terkial-kial kat belakang. Yang ada kuasa nak menolong pun berperangai apologetik. Mana adilnya?
Yang Faratech ni pula, kes tikam belakang ke? Atau kes songlap?
aku x paham sgt benda ni sebab aku x pakai poslaju..pos laju ni penipu..ada barang langsung x sampai..lepas tu siap bukak lagi barang yang dihantar.
ini semua masalah kroni.kena check sprm.
telco post dh lama diketahui scam..
rujuk:
http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=123819
Salam2all,
sya juga tidak berapa faham akan benda ni. Tpi sya faham nasib bumiputra yang mahu berniaga, birokrasi dan janji yang tak tertunai.
Post a Comment