Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Monday, May 6, 2013

PRU13-Terimakasih PDRM

Alhamdulillah. Selesai sudah PRU13. Kepada yang menang aku ucapkan tahniah dan kepada yang tewas aku harapkan supaya tidak berputus asa untuk bersama membangunkan negara ini. Wallahualam.

Walaupun pilihanraya baru selesai semalam tetapi keadaan keamanan negara terkawal. Walaupun terdapat beberapa kejadian terpencil yang melibatkan keselamatan tetapi dengan kecekapan Pasukan Polis Di Raja Malaysia menanganinya telah dapat membendung kejadian yang lebih buruk daripada berlaku.

Perancangan, penelitian dan latihan yang telah dibuat bertahun-tahun ternyata membuahkan hasil yang begitu membanggakan. Bukanlah aku nak bodek sangat PDRM ni kerana aku pun ada banyak lagi saman yang belum berbayar tetapi apa yang nyata perlu dinyatakan juga.

Semalam, semasa berada di Bandar Baru Bangi (bukan kerana mengundi), aku sempat juga berbual dengan beberapa orang pegawai PDRM yang bertugas di sana. Ternyata mereka begitu tenang dalam menghadapi segala kemungkinan. Di Shah Alam pula walaupun dikatakan kerusi panas tetapi yang panas hanyalah cuaca kerana kebanyakan pengundi terpaksa beratur di tempat letak kereta. Nasib baik juga ada pegawai SPR yang mengangkat bangku-bangku untuk digunakan oleh pengundi berumur. Kemesraan di antara pengundi OTAI walaupun mereka berlainan parti ternyata masih jelas kelihatan. Alhamdulillah sekali lagi.


Di kawasan parlimen Hulu Langat pula walaupun keadaannya meriah tetapi tidak terdapat unsur-unsur provokasi di sana. Ketika melalui jalan-jalan berhampiran tempat mengundi kelihatan ramai ahli parti-parti yang bertanding bersorak di kiri kanan jalan sambil menunjukkan ibujari ke atas (tumbs up) dengan wajah gembira walaupun parti yang bertentangan juga berdiri bertentangan jalan.

Secara keseluruhannya aku merasa tenang dengan keadaan semasa. Tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan begitu baik sekali. Isu-isu yang timbul boleh diperlakukan sebaiknya berdasarkan kepada undang-undang yang ada walaupun terdapat banyak tomahan dan fitnah yang dilemparkan terhadap SPR itu sendiri.

Dan dari pemerhatian aku berdasarkan keputusan undi ternyata pilihanraya pada kali ini merupakan medan pertembungan untuk pengundi senyap (Silent Voter).

Semoga keamanan dan kesejahteraan ini dapat kita kekalkan bersama malah dapat kita perbaiki dari masa ke semasa.


No comments:

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun