Pages

Monday, April 22, 2013

PRU13-Pengundi Hantu Naik Hantu!!!!

Memang sah dakwaan Nurul bahawa dia ada bukti terdapat lebih 4,000 pengundi hantu di Lembah Pantai. Nama dalam daftar ada tetapi alamatnya dah tak ada. Dan terkambus ditelah bumi dan dihimpit bangunan tinggi.

Selama bertahun-tahun beliau mencanangkan kehadiran pengundi hantu di kawasan tersebut tetapi tidak menunjukkan bukti seperti yang diminta oleh SPR. Dan akhirnya bukti tersebut dijelaskan selepas penamaan calun? Apakah tujuannya untuk menyalahkan SPR sekiranya beliau kalah?

Sekiranya kefahaman BEKAS PUTERI REFORMASI itu, beliau seharusnya memperjelaskan lebih awal kepada SPR supaya siasatan boleh dilakukan lebih awal. Sekiranya nama tersebut perlu dibuang dari daftar, maka SPR wajib berbuat demikian.

Tetapi sekarang telah terlambat! SPR tidak perlu lagi membuat sebarang penyesuaian malah tidak perlu membuat penjelasanan. Pengundi yang dianggap sebagai "Pengundi Hantu" itu sendiri telah bangkit dari persemadian mereka dan membuat penjelasan bagi pihak SPR.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas 



No comments:

Post a Comment

Harap jangan berselindung di sebalik nama ANONYMOUS. Bertanggungjawablah dengan komen yang anda berikan di samping memudahkan aku memberikan sambutan kepada blog anda juga (sekiranya ada).
Komen mencarut akan dipadamkan kerana blog ini dibaca oleh anak-anak juga.