Pages

Sunday, March 17, 2013

Gaji minimum?



Aku dah cakap dulu sejak zaman s46 lagi isu gaji minima ni hanya akan menyusahkan negara yang kemudian menyusahkan rakyat juga akihirnya. Baik rakyat tempatan maupun pekerja asing, kalau dah pemalas tu bagi gaji besar manapun tak akan meningkatkan produktiviti.

Aku lebih suka sistem gaji lama atau sistem gaji + komisen/insentif.

Kalau rasa gaji tu murah sangat dan awak tu rajin, jangan kerja kat situ. Tapi kalau rasa syarikat itu berpotensi untuk maju, boleh dipercayai untuk menjaga kebajikan pekerja dan korang nak maju bersama syarikat itu, TUNGGUUUUUU


 Kalau syarikat tu tak mampu elok dia buat kerja sendiri dengan anak beranak dia aje. Jangan nak berlagak boleh ada pekerja, kereta besar, rumah besar dan macam macam lagi bak kata perpatah "besar kerak dari nasi".

Kalau dia terlebih mampu biar dia bersaing tawarkan gaji lebih besar dan sapu semua pekerja.

Kalau rakyat Malaysia tak sanggup kerja gaji kecil, biarkan pendatang asing yang buat kerja tu. Orang kita elok belajar tinggi-tinggi can jangan asik berdemo sahaja. Memang sebenarnya rakyat Malaysia ni dah tak layak buat kerja buruh lagi kerana kerja macam tu sepatutnya dibuat oleh pekerja asing. Kita dah sepatutnya jadi bos atau tuan baru boleh bangga dengan Ketuanan Melayu/Ketuanan Malaysia

http://theflyingkick.blogspot.com/2013/03/nepal-merusuh-di-tengah-tengah-bandar.html

No comments:

Post a Comment

Harap jangan berselindung di sebalik nama ANONYMOUS. Bertanggungjawablah dengan komen yang anda berikan di samping memudahkan aku memberikan sambutan kepada blog anda juga (sekiranya ada).
Komen mencarut akan dipadamkan kerana blog ini dibaca oleh anak-anak juga.