Pages

Tuesday, April 24, 2012

18SG/SX - Saja Nak War-Warkan berita ini.


Aku ni saja nak tolong sampaikan pesan kepada bekas pelajar SMDKP/SMKDP. Mana-mana yang berkenaan tu boleh lah baca. Yang tak berkenaan tu kalau nak baca pun tak kena bayar atau kena tangkap pun. kih kih kih.

ALUTRA (Alumni SMDKP) akan mengadakan mesyuarat agungnya pada 1 Mei (hari buruh tu!) jam 10 pagi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Klana Putra, Lenggeng, Negeri Sembilan.

Kepada semua yang telah menjadi ahli ALUTRA di KEHENDAKI PULANG! Sekarang ni dah tak buat kat hotel lagi sebab ramai yang segan nak cekik leher pakai Bow & Tie. (Aku suka pakai tuxedo- macam pelayan hotel lak rasanya. hihihihi)

Kepada yang belum mendaftar sebagai ahli DIJEMPUT HADIR dan pendaftaran boleh dilakukan pada hari tersebut. Bawaklah anak/isteri/suami untuk meriahkan suasana atau boleh duduk sebagai pemerhati. Jangan lupa tau!


No comments:

Post a Comment

Harap jangan berselindung di sebalik nama ANONYMOUS. Bertanggungjawablah dengan komen yang anda berikan di samping memudahkan aku memberikan sambutan kepada blog anda juga (sekiranya ada).
Komen mencarut akan dipadamkan kerana blog ini dibaca oleh anak-anak juga.