Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Tuesday, December 18, 2012

Sapa kata DAP rasis adalah rasis

Nak ikut stail Din Turtle (sorry, bro. hehehe)
Apalah korang ni? Kalau stakat Melayu tak dipilih dalam AJK pusat DAP pun korang kata DAP rasis. Meh sini aku bagi tarbiah bingai aku: (macam terer sangat bab politik ni. kah kah kah)

DAP adalah satu pertubuhan berbilang kaum dan agama. Pemilihannya diadakan secara undi. Ini bermakna terdapat dua kriteria yang korang mesti ada ketika bertanding. POPULAR & KALIBER. Bukan macam persatuan kebudayaan. Kalau pandai dan ada sijil menari baru boleh mengajar menari. Begitu juga dalam drama, nyanyian dan sebagainya.

Dalam pertubuhan politik, suara majoriti adalah suara penentu (ikut prinsip laa... hehehe) kerana suara majoriti memerlukan seorang pemimpin yang akan berjuang untuk mereka. Jangan tengok keahlian DAP berdasarkan kaum! (korang memanglah rasis) tapi lihat dari budaya dan agama. Majoriti dalam DAP adalah mereka yang BUKAN beragama Islam dan tidak mengamalkan budaya Orang Melayu (yang ini terpaksa masukkan bukan kerana kaum tapi kerana sifat. hik hik hik)

Bagaimana cara untuk jadi popular?

  1. SENTIASA berada di kalangan mereka (be in the crowd). Kenalah buat ni supaya tahu kehendak akar umbi.
  2. SENTIASA ikut rentak mereka (play the same game). Kalau dia orang minum arak/todi, makan kerbau pendek, pergi tengok tarian tiang, layan China Doll, pasang lilin ngadap orang mati, gotongroyong kemas kuil/gereja/tokong atau surau/masjid (kalau dia orang nak buatlah), korang kena ikut jugalah. Bukan mesti tapi SENTIASA. Buat ke tak buat apa yang dia orang buat tu korang sendiri buat keputusan sendirilah. hehehehe...
  3. SENTIASA dengar masaalah kelompok majoriti supaya mereka tahu korang ni prihatin dan boleh diharap. Nak buat kaunseling jam 2-3 pagi kat niteclub ke, disko ke, dalam bilik hotel ke, tepok dada jangan sampai batuk berkokok.
Kalau korang boleh buat benda-benda macam yang aku sebut di atas ni, sure korang boleh undi majoriti! Bukankah DAP tu parti demoKERAT!  Tapi kalau orang-orang yang bukan macam di atas tu hanya beberapa kerat saja dalam DAP, memanglah undi korang kena KERAT. Tak kan nak tunggu kumpulan majoriti dalam DAP tu buat kenduri tahlil atau solat hajat baru korang nak bergaul dan memperkenalkan KEWIBAAN korang?

Jadi, kepada beberapa KERAT orang Melayu yang ada di dalam sana, aku nak bagi beberapa cadangan. Jangan nanti asyik dilantik untuk memenuhkan kuota atau untuk tutup lubang pekong:
  1. Buat macam yang aku bagitau kat atas tu, atau
  2. Kuatkan lagi usaha untuk membawa masuk orang-orang yang sehaluan dengan korang supaya korang ada suara majoriti, atau
  3. Duduk diam-diam macam biawak hidup kat situ (jangan pula nanti korang kata ada unsur perkauman, budaya politik wang dan menular laa, ada kronisma laa, parti anak beranak terberanaklah. Nanti naik darah Tokong-tokong dan Khalifah-khalipah kat situ), atau
  4. Keluar parti dan buka parti baru! Cara yang paling mudah untuk dapat jawatan termasuk jawatan PRESIDEN atau PENASIHAT PARTI! Anak bini korang pun boleh pegang jawatan.

2 comments:

saifulfromslim said...

Salam tuan, sy telah bloglist blog tuan tendang terajang ini di blog saya. Sy sangat kagum dengan coretan tuan yg begitu nyata dan bernas. Terima kasih.

saifulfromslim said...

Salam n HaPPy NeW YeaR 2013....moga masihi ini dunia tidak berterusan dicerobohi oleh pihak zionist khusus pada pelestine

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun