Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Sunday, December 23, 2012

Bila lelaki berkain batik

Eeeeerrrrppppp. Alhamdulillah. Dah setahun juga aku tak pergi makan di Restoran Sri Melayu. Baru datang balik selera aku malam tadi selepas beberapa lama dah hilang selera.

Makanannya yang menyelerakan dan persembahan kebudayaannya yang menghiburkan. Walaupun kalau nak dikira memang tak berbaloi nilai RM80.00 untuk sepinggang nasi (Itupun dah kira banyak bila aku dapat habiskan) tapi persekitarannya memang selesa.

Anak aku berusia 10 tahun menambah dengan 5 keping roti canai mini. Aku dan isteri aku berkongsi pulut dengan kuah durian. Nasib baik sempat ulang tambah sekali lagi kerana kuah durian dah sampai ke dasar periok. hehehe....

Selang satu meja dari meja aku ialah sepasang pelancung timur. Mungkin dari Korea tapi aku lebih berat mengatakan mereka dari Jepun. Yang menarik perhatian aku ialah si lelaki kerana dia memakai kain batik paras betis dengan T-shirt tanpa kolar.

Tuesday, December 18, 2012

Sapa kata DAP rasis adalah rasis

Nak ikut stail Din Turtle (sorry, bro. hehehe)
Apalah korang ni? Kalau stakat Melayu tak dipilih dalam AJK pusat DAP pun korang kata DAP rasis. Meh sini aku bagi tarbiah bingai aku: (macam terer sangat bab politik ni. kah kah kah)

DAP adalah satu pertubuhan berbilang kaum dan agama. Pemilihannya diadakan secara undi. Ini bermakna terdapat dua kriteria yang korang mesti ada ketika bertanding. POPULAR & KALIBER. Bukan macam persatuan kebudayaan. Kalau pandai dan ada sijil menari baru boleh mengajar menari. Begitu juga dalam drama, nyanyian dan sebagainya.

Dalam pertubuhan politik, suara majoriti adalah suara penentu (ikut prinsip laa... hehehe) kerana suara majoriti memerlukan seorang pemimpin yang akan berjuang untuk mereka. Jangan tengok keahlian DAP berdasarkan kaum! (korang memanglah rasis) tapi lihat dari budaya dan agama. Majoriti dalam DAP adalah mereka yang BUKAN beragama Islam dan tidak mengamalkan budaya Orang Melayu (yang ini terpaksa masukkan bukan kerana kaum tapi kerana sifat. hik hik hik)

Bagaimana cara untuk jadi popular?

Tuesday, December 4, 2012

GEMPAR!: Hari Jumaat akan jadi cuti hujung minggu seluruh negara?

Aku dah cakap. Biarlah cuti hujung minggu tu hari Ahad. Hari Jumaat kekalkan hari bekerja cuma jadikan masa Solat Fardhu Jumaat itu sebagai waktu rombongan berjemaah.
  1. Pelajar sekolah boleh diketuai oleh guru-guru mereka pergi Solat Fardhu Jumaat macam zaman aku sekolah dulu. Pengawas sekolah masih lagi bertugas walaupun di masjid. hehehehe
  2. Ketua jabatan dengan staf-staf lelakinya. Bukan dengar kutbah kat Shopping Centre, Starbuck atau Bowling Alley. fuyooooo...
  3. Kilang mungkin ada masaalah sikit tapi kalau dijadualkan dalam bentuk giliran rasanya tidak akan mendatangkan masaalah. Lagipun kebanyakkan kilang pun bekerja mengikut shift. Yang shift pagi sahaja kena buat jadual giliran Solat Fardhu Jumaat. Yang petang dan malam tu tak payah (bukan tak payah pegi Solah Fardhu Jumaat!)
Bagaimana kalau sembahyang gereja pun ditukarkan kepada hari Jumaat? Pagi sembahyang gereja, tengahari Solat Fardhu Jumaat? Bukankah nanti Jumaat akan jadi cuti hujung minggu?

Saturday, December 1, 2012

PapaGomo memang patut kena saman?

Aku bukan nak menghasut korang tapi aku rasa komen si Anon kat atas ni memang ada kebenarannya. (Sila baca di SINI)

Komen macam ni pun selalu juga aku jumpa kat  blog-blog lain. Jadi, aku cadangkan begini sajalah.

Memandangkan Anon kat atas ni pun tak setuju dengan entri PapaGomo, apa kata Anon ni pun buat saman kat PapaGomo. Buat saman fitnah. Piket ramai2 buat report polis. Tu pon nak ajo ko?

Aku tak payah buat report saman fitnah kat Anon ni sebab aku SETUJUUUUUUU!!! dengan apa yang dia cuba nak ajo PapaGomo.

hehehehe

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun