Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Tuesday, November 27, 2012

Najib kena tipu?

Kan dan cembeng muka dia.

Apalah korang ni. Benda kecik macam tu pun korang nak songlap. Nak tipu. Tak baik tau! Mentang-mentanglah dia tak mintak salinan slip gaji atau salinan borang "J", korang suka-suka jer letak gaji korang ye?

Dalam borang tu kan dah sebut terang-terang "Berpendapatan RM3000 sebulan dan ke bawah"?

Sunday, November 25, 2012

Artis Wanita Akil Baligh Bila Sudah Jadi Janda?

Korang pernah dengar tak kata-kata ini:
"Apabila kita mengaku kita ini beragama Islam, untuk wanita yang sudah akil baligh memang dah tak ada pilihan untuk tidak menutup aurat."

Nak tahu sapa yang cakap? Pergi ke SINI

Aku teringat kata-kata Ustaz Yazid satu masa dahulu di Markas PAS, Kampung Bharu, Kuala Lumpur di awal-awal tahun 80an dahulu:

"Orang bandar akhil baligh ketika berumur 55 tahun."

Maksudnya bila dah pencenlah. Kalau ikut sekarang maknanya umur 60 tahun kot sebab had umur persaraan dan dinaikkan.

Ni bukan akhil baligh namanya tapi AKHIR BALIGH. hehehehe

Jadi kepada semua yang BARU akil baligh tu belajarlah dahulu untuk menambah ilmu. Beribadahlah dahulu untuk menguatkan keimanan. Bagi yang mempunyai zuriat, didiklah anak-anak sebaik-baiknya. Jangan nanti sampai menyalahkan orang lain bila anak-anak pun ikut jejak langkah anda. Akhil baligh selepas menjanda.

Terutama yang perempuan tu. Jangan buka lebih banyak pintu neraka dengan menDEDAHkan diri kepada umum walaupun bertudung. Dan yang baru menjanda itu pasrah dan muhasabah diri mengapa Allah memberi dugaan sebegitu. Jangan rasa diri itu hebat kerana baru 2-3 bulan bertudung sedangkan berpuluh tahun bergelumang dosa dan tiba-tiba ingin mengajar orang lain insaf. Niatnya mungkin betul tetapi caranya saja yang perlu diperbetulkan.

Jangan nanti anda menjadi IDOLA songsang kepada orang lain. Macam mana pula tu?
Bila orang lain ikut perangai anda semasa muda dan bertaubat masa dah menjanda! hehehehehe

Bakat bukan datang dari keturunan atau sejak dilahirkan tetapi dari hasil usaha. Yang lawa, yang ayu, yang manja, yang seksi pun kena berusaha untuk mencapai bakat. Begitu juga yang bertudung perlu berusaha dan belajar seperti artis ini:

Gambar Hiasan

Wednesday, November 21, 2012

TPM Nombor 2?

Dalam dok baca kisah politik ni aku buat congak-congak bangang gak. Nampaknya rebutan kawasan meletakkan calun pilihanraya tidak sepanas jawatan Perdana Menteri. Pilihanraya belum tentu lagi bila (kalau qiamat tak datang sehari dua ni laa..) Kenapa? hehehe

Kerana Perdana Menteri berhak mencadangkan nama Timbalannya dan Menteri-menteri kabinetnya. Selain daripada itu PM berhak mewujudkan atau menghapuskan atau menggabungkan kementerian-kementeriannya. Besar kuasa dan tanggungjawab tu kan?

Dan bila melihat hebatnya kempen-kempen yang dijalankan walaupun SPR belum mengisytiharkan PRU13 maka ternyata masing-masing merasa yakin dengan kekuatan masing-masing untuk memenangi PRU13. Bagi BN rasanya tidak ada masaalah untuk menubuhkan pentadbiran sekiranya diberi peluang sekali lagi. Yang aku dok congak ni kalau PR ditakdirkan ALLAH SWT menang. Macam mana agaknya? PKR, PAS atau DAP?

Kalau ikut kehendak PAS, mereka mahu Presidennya menjadi PM. Bagi aku memang sesuailah sebab lazimnya PM tu orang Islam/Melayu kerana memimpin majoriti rakyat yang beragama Islam dan dari keturunan Melayu di samping mengesahkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam di mana Agama Islam adalah AGAMA RASMInya. Siapa pula akan jadi Timbalan?

Kalau ikut amalan dalam BN, PM dan TPM tu lazimnya datang dari UMNO kerana TPM adalah orang yang akan mengambil alih jawatan PM apabila tiba masanya (kalau tak kena tendang lebih awal laa..). Apakah PR akan mengikut formula yang sama? Kalau sama maka siapakah Timbalannya? Timbalan Presiden PAS atau salah seorang Naib Presidennya?

Atau mungkinkah PR akan menggunakan formula perkongsian kuasa bersyarat? PM dari PAS dan timbalannya dari PKR? Kalau dari PKR sudah tentu bukannya Penasihat Parti atau Presidennya. Penasihat Parti tak kan nak duduk nombor dua? Presidennya pula tak mungkin pegang kerana tidak layak menjadi calun untuk PRU13 selepas melepaskan jawatan Ahli Parlimen sebelum ini. Jadi, siapa? Timbalannya? Atau Naib Presidennya yang beragama Islam? Apakah DAP tidak mempunyai calun-calun yang sesuai di kalangan orang Islam di dalam parti tersebut?

Atau mungkinkah akan diadakan Timbalan Perdana Menteri yang Kedua? oppppsss.... Macam mana pula parti dari Malaysia Timur? Timbalan Perdana Menteri yang Ketiga? Ke empat?

Memanglah aku Bingai @ Bangang.

Tuesday, November 20, 2012

Bakal-bakal yang akan murtad?

Dari Laman http://www.masjidsultanyussuf.com

Setahu aku apabila ibubapa mereka murtad maka anak-anak yang berada dalam tanggungan mereka akan menjadi murtad juga. Kalau UMNO itu murtad maka semakin ramailah orang Melayu/Islam yang murtad. Berapa juta ye? hehehe

Dan ditambah pula mereka-mereka yang mencapai umur 18 tahun yang berhak untuk memilih agama masing-masing. Bagi ibubapa yang mampu menghantar anak-anak mereka ditarbiyahkan di sekolah-sekolah hebat seperti Assunta, Convent, St John, St Paul dan sewaktu dengannya sudah tentu tidak merasa bimbang sekiranya Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memberikan kebebasan beragama kepada semua kaum termasuk Orang Melayu yang Islam.

Tak mampu bayar saman atau undang-undang ni dia yang punya?

Kereta-keretanya hebat belaka:
Model : VOLVO XC90 2.5 T
Harga  : RM 355,000.00
Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 AT
Harga: RM 99,000.00
Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 AT
Harga: RM 107,000.00
Model : Mercedes Benz E240
Harga: RMxxx,xxx.00

Jumlah saman yang belum dibayar = RM3350.00?

Nak tahu kisah lanjut klik di SINI

Saturday, November 17, 2012

Apa sedapnya bini orang?


Bila cerita bab beromen dengan bini orang ni selalunya memang mendapat perhatian. Kisah laki keluar pintu depan, bini keluar pintu belakang. Atau laki tak balik, jantan lain yang balik. Atau, bini buat kerja "Outstation", jantan lain jadi peneman. Malahan ada juga yang bini layan jantan, laki makan hasil lendir.

Apa hebatnya bini orang ni?

Mungkinkah kerana dia pandai pujuk rayu macam:
  1. Tak puas dengan laki sendiri kerana lemah tenaga?
  2. Tak puas dengan laki sendiri kerana laki kurang di rumah?
  3. Tak puas dengan laki sendiri yang beromen sepesen je?
  4. Jantan lain boleh bagi duit atau macam-macam?
 Tetapi yang paling hebatnya ialah bila bini orang tu dah cerai, jantan jalang tadi sanggup berkahwin dengannya.

Kalau berzina dengan perempuan bujang (gadis/janda) hukumnya 100 rotan. Lepas tu nak menikah ke tidak terpulang kerana azab dunia dah lepas (itupun kalau mengaku dosa dan sedia terima hukuman tersebut). Azab akhirat pula yang menunggu kalau masih tidak bertaubat lagi. TETAPI

Mengikut hukum kalau berzina dengan isteri orang maka kedua-duanya dihukum REJAM SAMPAI MATI! (Kalau ikut cerita Semerah Padi disula sampai mati.Cucuk PINTU BELAKANG LA.). Maknanya pasangan berzina tersebut sudah tidak ada tempat di dunia ini. Kalau tidak dihukum samalah tarafnya dengan BANGKAI BERNYAWA. Apakah tarafnya pernikahan mereka? Apakah tarafnya anak-anak mereka yang akan lahir? Apakah taraf mereka sebagai pemimpin di dunia ini?
Astagha.......

Jadi, kepada kaum lelaki yang suka berlagak jantan ingatlah bila seseorang perempuan itu masuk neraka, dia akan heret:
  1. Bapanya kerana gagal memberikan didikan yang sempurna
  2. Saudara lelakinya kerana gagal memberikan perlindungan
  3. Suaminya kerana gagal memberikan tunjuk ajar
  4. Lelaki yang melakukan dosa bersama dengannya.
Semuga kita sama-sama menjaga keturunan kita dan hidup diberkat Allah SWT.

Sunday, November 11, 2012

Tuan-tuan tidak boleh paksa saya untuk memeluk Agama Islam!

Tuan-tuan tidak boleh paksa saya memeluk Agama Islam. Kalau saya rela, ketika saya sudah rela saya menyatakan hasrat saya untuk memeluk Agama Islam barulah tuan-tuan boleh tolong saya untuk memudahkan saya untuk memeluk Agama Islam."

"Tetapi apabila saya telah memeluk Agama Islam atas kerelaan sendiri sudah tentu saya tidak boleh keluar dengan sewenang-wenangnya."

"Sebab itu Perlembagaan 160(2) mengatakan Orang Melayu itu beragama Islam, bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan Budaya Melayu."

"Perlindungan terhadap Islam dan Orang Melayu ini begitu besar. Kalau tuan-tuan tengok perlembagaan di negara-negara Arab, tidak ada perlindungan sebegitu besar. Tetapi di negara kita, Orang Melayu tidak boleh keluar daripada Islam. Kalau dia keluar daripada maka dianya tidak Melayu lagi."

Tuesday, November 6, 2012

Derma untuk tabung politik?

Bayangkan kalau duit derma untuk ke tabung kempen politik itu dimasukkan ke dalam akaun ini?


Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun