Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Tuesday, February 28, 2012

18sx = Janganlah bodoh macam telor

Macam biasalah geng. Sebelum cerita isu semasa, aku nak bagi satu kisah untuk perbandingan.

Pada satu ketika tiga ekor mangkuk ayun dituduh merogol. Yang seko tu tak ngaku kerana katanya dipaksa melakukan perbuatan tersebut. Yang lagi dua ekor tu pun tak ngaku kerana kata mereka, mereka hanya duduk ditepi pintu saja. Apalah balanya bila yang seko tu sedap menujah, yang dua ekor lagi asik menghantuk pintu sampai senak. Silap-silap, mahu pecah. Akhirnya ketiga-tiga digantung sampai hari ini.

Gambar telor kat atas tu bukan gambar sebenar. Gambar sebenar lebih merupakan kerandut kecut. Cuma geli lak aku nak letak kat blog ni. hihihihi...

Berbalik kepada isu semasa, aku tertarik dengan kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Abu Zahrain dalam Utusan Malaysia keluaran hari ni. Baca DI SINI.

Apalah badigolnya bekas menteri (pun malas aku nak sebut nama) ni? Kalau dah sendiri mengaku bagi rasuah pada pengundi, jangan la pula tukar statement bila kena siasat dengan SPRM. Tiba-tiba pula kata bukan dia yang bagi tapi duit tu diberikan kepada macai-macai dia untuk diberikan kepada pengundi. hehehe...

Aku sokong keyataan Datuk Seri Abu Zahrain supaya kenyataan itu disiasat dan sekiranya benar berlaku, apa kata SPR mengisytiharkan kemenangan beliau pada ketika itu TIDAK SAH dan semua kemudahan pencen ahli parlimen beliau ditarikbalik.

Tapi, kalau dia kata duit itu disampaikan melalui macai-macai dia maka aku yakin duit tu tak sampai pun pada pengundi. Kah kah kah....... Bak kata YB Zul, mana nak cekau RM52.7juta (Baca DISINI)? Parlimen lain tak nak ungkit ke? 52.7 juta boleh bina lebih banyak masjid untuk ganti surau dan gelanggang futsal dalam sesuatu kawasan parlimen, bro. Banyak pak lebai dan orang muda boleh sokong calun kalau macam tu. Orang yang terima tapi tak mengundi calun pula macam mana? ish ish ish.........

Agak-agak laaa sikit. Kalau dah penghujung jalan tu, janganlah nak cari penyakit lagi. Kalau kerandut dah lisut tapi masih nak menghantuk pintu, nanti orang lain yang sedap awak pula yang kena burut (hernia). Tau burut kan? Macam Angin Pasang laaaa....

Monday, February 27, 2012

18sx = Bini orang tu Ostad!

Agak-agaklah kalau nak tolong orang, bro. Niatnya mungkin baik tapi caranya? hehehe

Sebelum aku huraikan kisah semasa, lebih dulu aku nak sorot kembali KISAH BENAR yang terjadi dalam diriku yang ada persamaannya malah lebih hebat kot.

Masa bujang dulu aku adala kenal satu awek ni kat HKL. Dia dirawat kerana telah ubat tido 10 biji tapi sempat disedut keluar 7 biji oleh doktor. Hubungan tak panjang sebab emak dia tak restu. (masakan tidak. masa tu rambut aku dah ler kerinting, panjang pulak melepasi  bahu. London Look tu bro. kih kihkih). Pendekkan cerita, dia pun kawin dengan kawan sepejabat (yang emak dia RESTU). Lepas kawin baru tahu yang laki dia ni jenis panas baran dan suka TENDANG TERAJANG (macam nama blog aku lak) bini.

Lepas 10 tahun (aku dah kawin dah) dia cari aku balik sebab tak tahan dengan perangai laki dia. Adalah tiga empat kali aku jumpa laki dia berborak-borak sambil bagi nasihat sebab mak (bapanya dah meninggal) dan adik beradik dia tak mahu campur hal rumahtangga.

Satu malam, dia lari dari rumah dan cari aku. Kerana dah tak ada pilihan, akupun bawak dia balik ke rumah dan bagitau bini aku. Lepas tu aku terus talipon laki dia untuk bagitau kat mana bininya. Mulanya laki dia nak datang ambik kerana (katanya) takut menyusahkan aku. Aku nasihatkan supaya biarkan bini dia di rumah aku dalam dua tiga hari untuk tenangkan keadaan. Kalau laki dia berkeras nak datang juga malam tu, malam tu juga aku bawak bini dia pergi repot polis. Kang kecoh kat rumah kang, habis sema jiran tetangga tau. Aku lak yang malu. Masa tu umo aku BARU dalam awal 30an. Muda lagi kan? (Sekarang ni hati tetap MUDA. hihihi). Kalau umur camtu pun boleh berfikir secara rasional, bagaimana seorang pemimpin bertaraf OSTAD tak dapat membuat pertimbangan.

Selepas beberapa kali kena syarah ngan aku (TAZKIRAH? perghhh.... hebat tuuuu....) sekarang ni awek lama aku tu dah bahagia dengan keluarga dia. Dah ada rumah sendiri dah sedangkan dulu asik kena pindah rumah sewa (tuanrumah tak tahan komplen jiran sebab mereka selalu bergaduh di rumah macam nak perang).

Berbalik kisah OSTAD yang tengah kecoh sekarang ni (tak yah sebut nama laa ye? buat semak jer kat blog aku ni..) sebaik-baiknya langkah-langkah berikut diambil:
  1. Nasihatkan perempuan tersebut membuat lapuran polis dulu sebelum jumpa dengannya sebab nak bawak balik rumah jauh ketika itu. Hotel pun hotel lah.
  2. Kalau perempuan tu tak sempat atau takut nak pegi report, temankan dia ke balai polis untuk buat lapuran ketika dia sampai ke hotel. Kalau ada nombor talipong Jabatan Agama tempatan, talipong laa. Minta dia orang datang ke Balai Polis. Dia orang bertugas 24 jam gak. Bukannya orang politik jer.
  3. Lepas tu baru carikan bilik hotel (sebaiknya hotel lain yang berhampiran). Kalau bawak bini masa tu, biarkan dia kongsi bilik dengan bini awak (tu sebabnya pergi memana lebih baik bawak bini. bukan bujang di luar). Awak tido laa kat lobby ker (nak EK tolong orang kenalah korban sikit. Kan lagi gempak bila cerita dalam ceramah. hihihi)
Sebagai orang yang juga seorang suami (bukan sorang pun), tentu sendiri dapat rasakan risau atau marah kalau bini lari tengahmalam. Jadi, kenalah paham macam mana perasaan laki perempuan tu semasa buat pertimbangan untuk menolong. Kalau perasaan macam itu pun tak ada dalam diri kita, maknanya kita sendiri tak tau tanggungjawab sebagai seorang suami yang pasti akan merayau mencari bini yang lari malam. Sekarang ni bukan setakat kredibiliti seorang suami yang tercalar tetapi seorang PEMIMPIN, (bakal) WAKIL RAKYAT dan OSTAD. Kat mana lak letaknya otak masa nak buat amal?

Aku tak nak burok sangka apa yang berlaku kat hotel atau apa tujuan dia nak tolong kerana niatnya MUNGKIN baik. Agak-agaklaaa... Bini orang tu, OSTAD! (kalau janda atau anak dara tak pa. Quota belum penuh lagi....) kah kah kah

Sunday, February 19, 2012

10SX: Best juga kalau hidup dengan kapir kan?


Tak ada pantang larang? Lagi best kalau dapat tibai bini orang? Agaknya sebab itulah ramai yang suka menyewa di penempatan bukan Melayu/Islam terutama di kawasan orang-orang Cina (Dolls?). hehehehe.........

Dah lama gak aku tak update blog ni. Tetiba lak sibuk nak sambung renovate rumah yang dah setahun terbengkalai. Nak buat camna kalau bertukang sendiri dan sorang-sorang. Daripada bagi duit kat Indon yang akan alirkan balik ke negara mereka, lebih baik duit itu aku beli barang lain. Bukannya aku ni pandai  bertukang kerana 20 tahun kerja pegang pen sebatang dan menyain Delivery Order sepanjang hari (jaga setor laaa) tapi pepatah MELAYU kan ada "Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih"...

Dua hari sudah sempat juga aku tengok cerita The Bridges Of Madison County. Best jugak ceritanya. Aku ringkaskan jer kat bawah ni.

Kisah seorang jurugambar yang datang ke kawasan pendalaman untuk mengambil gambar beberapa jambatan lama di situ. Bermula dengan bertanya arah tuju dengan seorang perempuan, mereka menjalinkan hubungan. Perempuan tersebut pula adalah isteri orang yang ditinggalkan suami kerana bertugas di tempat lain. Mungkin kerana dah lama kehausan, perempuan tersebut mudah berubah hati dan hanyut oleh godaan syaitan.

Baguskan kisah dia? Lagi hebat apabila si perempuan menulis kisah hubungan terlarang tersebut dan dibaca oleh anak-anaknya. Sebab itu aku letak kisah ini dalam kategori 10SX kerana umur akhil baligh lebih kurang masa tulah kan? hih hih hih.....

Mungkin ada di antara jantan-jantan yang menonton kisah ini terasa betapa bertuahnya jadi lelaki dalam kisah ini. Pergi mana pun boleh dapat Sex secara PERCUMA. Ayat je power-power.

Tetapi pernah ke korang terfikir kalau korang yang jadi suami kepada perempuan tersebut? Mau korang bunuh dua-duanya sekali kan? Sebab itu kalau dalam Islam hukumannya rejam sampai mati supaya si suami tidak menjadi seorang pembunuh. Lain kali, bila menonton cerita jangan selalu bayangkan diri korang tu jadi hero. Bayangkan juga kalau korang yang jadi mangsa.

Moral of the story:
  1. Jangan tinggalkan isteri tu lama-lama
  2. Berikan didikan agama kepada isteri sebaik-baiknya. Jangan asyik pergi ceramah atau ikut orang pergi cerama tapi isteri dan anak-anak sendiri tak diceramahkan.
  3. Jangan asyik dengan ubat kuat saja sampai tak terlayan nafsu sendiri. Kalau bini baru sorang je dah sibuk dengan ubat kuat, buat malu je. Orang lain bebini lebih sorang pun tak heran dengan ubat kuat.
  4. Jangan dok ingat/niat nak tunjuk hebat kat bini orang jer nanti berbalik pada diri sendiri. Bini awak lak nak tau hebat belalai jantan lain.

Lepas ini, mungkin ada yang menyalahkan pihak-pihak tertentu meluluskan tayangannya di Malaysia. Tengok je lah dah jadikan iktibar pada diri kita.

Rasanya masa muda dulu aku ni hensem juga macam hero antik ni. Memang zaman tu mesti pakai jambul supaya mata tu terlindung sikit dari matahari. Kah kah kah!

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun