Bekas Pengarah Pelajaran Perak, Dato' Adnan Ibrahim menyamakan pelajar-pelajar dengan "kambing sekandang" atau "lembu feedlot" dalam Harakah Bil 1691, 18-20 November 2011. Tak pecaya? Tengok bawah ni:
Kalau marahkan kerajaan BN sekalipun janganlah menghina anak-anak kami (mungkin anak dia belajar di luarnegeri) dengan menyamakan mereka dengan kambing atau lembu! Memang la bela kambing atau lembu sekandang lebih mudah dari mengawasi murid-murid sebab kambing dan lembu tu bingai! Anak murid tu ada otak dan boleh didik. Sebab itulah gaji guru-guru lebih tinggi dari gaji gembala lembu!
Secara tak langsung, beliau juga menyamakan guru-guru sekarang bagaikan gembala lembu bergaji tinggi?
Tolonglah, Dato'. Guru sekarang pun bukan macam dulu. Guru dulu kalau pelajar tak datang sekolah dua hari dah tentu datang ke rumah sambil mengayoh basikal untuk bertanya kabar. Selain itu mereka mengadakan kelas-kelas tambahan secara percuma samada di sekolah, di rumah atau di balairaya. Itu tak termasuk mengadakan kelas untuk orang dewasa atau aktif dengan pertubuhan setempat. Sebab itulah guru-guru dulu lebih dihormati dalam masyarakat dan menjadi golongan TERPANDANG. Mungkin perkataan pelajar perlu ditukar semula kepada perkataan ANAK MURID supaya guru-guru lebih merasakan mereka mendidik anak-anak mereka.
Guru-guru sekarang, kalau nak buat kelas tambahan kena hulur sikit. Maklumlah. Nak datang sekolah pun pakai kenderaan. Minyak nak isi juga. Yang ini, ibu bapa faham. Bagi yang aku pernah tengok pagi-pagi buka boot kereta jual kain atau barangan direct-selling pun kami tak nak komplen sebab itu rezeki mereka. Cuma aku heran ada guru-guru yang pernah aku lihat ambil kerja parttime kat Restoran Keluarga dan Klinik-Klinik terutamanya shift malam. Bila masanya mereka rehat? Bolehpun kerja lebih masa?
Yang kerajaan suruh kerja 9 jam sehari tu memang sepatutnya dalam masa kerja mereka. 45 jam seminggu sama dengan penjawat-penjawat awam yang lain. Cuti tu toksah kiralah kerana memang mereka lebih kerana anak-anak murid bukannya pekerja. Cuti penggal mereka cutilah guru-guru. Ditambah pula dengan cuti hari kantin, cuti jualan amal, cuti hari sukan dan segala macam cuti lagi. Tolak cuti umum, cuti sakit, cuti hospital, cuti bersalin (bagi guru-guru perempuan), cuti belas ihsan, cuti bencana alam, cuti kursus dan entah apa lagi cuti.
Jadi, Sekali lagi aku mintak pada Dato'.
Jangan samakan babi dengan rusa!
Jangan samakan arak dengan air telaga!
Janganlah pukul anak sindir Pak Mertua!
Jangan samakan binatang dengan anak manusia!
Berpantang Maut Sebelum Ajal
-
Sering kita mendengar ungkapan seperti yang disebut di atas. Memang hebat
malah menggerunkan apabila difikirkan balik selepas melontarkan kata-kata
terseb...
2 days ago










