Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Monday, October 31, 2011

Undang-undang bukan milik mereka yang pakar sahaja!

Undang-undang bukan hanya dinikmati oleh mereka yang pakar undang-undang. Jangan terlalu yakin dengan pengalaman dan kelulusan akedemik yang ada pada diri anda. Kenyataan ini ditujukan kepada kenyataan yang dibuat oleh Professor Aziz Bahari terhadap Ustaz Rithuan Tee.

Bagi mereka yang merasakan diri mereka pakar dalam undang-undang jangan terlalu yakin dengan merendahkan orang lain. Ini pernah dibuktikan apabila Datok Shamsuddin Bardan (Pengerusi MEF) yang ketika itu adalah seorang panel peguam yang disegani tewas di Mahkamah Perusahaan kepada seorang pegawai Kesatuan Sekerja yang berkelulusan MCE (SPM) sahaja ketika pertikaian kes Non-Compliance (NC) yang merujuk kepada Akta Perhubungan Perusahaan. Bukan kerana Datok Shamsuddin Bardan seorang yang bodoh tetapi terlalai kerana begitu yakin.

Undang-undang di Malaysia diujudkan berdasarkan lojik keperluan pada ketika itu. Perlembagaan juga dibuat dari asas yang serupa. Oleh itu, undang-undang Malaysia akan sentiasa dinilai berdasarkan lojik sesuatu isu dan cara seseorang itu mentafsirkannya. Apabila tafsiran itu dapat meyakinkan mahkamah maka mahkamah akan berpihak kepadanya.

Undang-undang Islam pula juga mempunyai logik termasuk undang-undang Hudud. Sekirannya Ustaz Rithuan Tee merasakan undang-undang Hudud perlu dilaksanakan secara paksa, maka beliau tentu mempunyai logiknya. Penerapan Hudud di dalam Undang-undang Jenayah di Malaysia bukanlah sesuatu yang mustahil tetapi Hudud semata-mata tidak mencerminkan undang-undang Islam sekiranya tidak disertakan dengan Qisas dan Takzir.

Sekiranya ahli Parlimen membicangkan dan menerima undang-undang Hudud itu maka pelaksanaannya tidak boleh dianggap sebagai paksaan atau kekerasan. Tetapi apa yang ujud di Malaysia kini ialah Hudud itu sendiri tidak dicadangkan untuk dibincangkan secara terperinci di Dewan Parlimen. Sekiranya pihak kerajaan yang sedia ada meluluskan dan melaksanakan Hudud itu terhadap orang Islam sahaja maka Undang-undang Islam itu sendiri telah berlaku tidak adil kerana ianya dihidayahkan untuk keadilan semua rakyat tanpa mengira fahaman agama.

Sekiranya ayat seperti dibawah ini dijadikan landasan:
"agama Islam itu sendiri adalah mengenai kebebasan dan membuat pilihan bukannya mengenai kekerasan dan paksaan" maka seseorang yang memilih untuk menjadi seorang Islam itu wajib mematuhi undang-undang Islam. Malahan beliau DAN KETURUNAN beliau juga. Ini bermakna apabila ibubapa atau datuk nenek moyang kita yang terdahulu telah memilih Islam sebagai agamanya dengan rela maka kita juga WAJIB mematuhi. Begitu juga apabila ada dikalangan anda yang ingin MURTAD supaya tidak wajib lagi mematuhi hukum Agama Islam maka anda juga WAJIB melalui proses MURTAD termasuk menerima hukuman sebelum di isytiharkan seorang yang benar-benar MURTAD. Bukankah ianya satu kebebasan dalam membuat pilihan walaupun mendapat protes dari pihak umat Islam yang lain?

Perbandingannya mudah:
Anda tahu bahawa majoriti rakyat Malaysia tidak boleh menerima budaya berbogel dijalanan dan akan memprotes tetapi anda masih juga mahu berbogel dijalanan. Maka bersedialah untuk diprotes kerana itu adalah PILIHAN BERISIKO yang anda buat!

Rujuk Blog Malay Delima
Rujuk blog Ridhuan Tee

Saturday, October 29, 2011

BERSIH? RM50 di Perth Australia tak sama dengan di Indonesia!

Kalau nak upah orang buat protes pun kena kira bajet gak. Aduh! Kalau di Indonesia RM10,000.00 boleh dapat 200 orang atau lebih tapi kalau di Perth Australia boleh dapat 30 orang je kot. Dan mengikut komen Rocky's Bru dalam blognya tak seorang pun adalah MELAYU! hehehe

"p.s. I mentioned to a protester the obvious, that none of them were Malays! It's the same in London when the PM was there some months back but at least the Bersih protests in then had one or two Melayus. Perth is said to be home or second home to thousands of Malaysians, and one of the most favourite destinations for Melayu Malaysia to migrate." - Rocky's Bru.

Berita selanjutnya di Blog Rocky's Bru

Thursday, October 27, 2011

Cerita Bola: Maut selepas perlawanan.

Berita terbaru! Tiket untuk peminat Negeri Sembilan hanya RM30.00 sahaja!

Nak story-story sikit kisah main bola supaya menjadi pedoman kepada mereka yang berminat memandangkan pertandingan akhir Piala Malaysia akan berlangsung hujung minggu ini:

Kisah ini berlaku ketika aku masih bekerja di sebuah kilang di Sg. Besi. Seperti tahun-tahun sebelum, Kelab Sukan syarikat kami mengadakan pertandingan bolasepak antara jabatan. Gelanggangnya di Jalan Selatan off Imbi Road, Kuala Lumpur.

Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, pertandingan itu berlangsung dengan semangat kesukanan yang tinggi dan KEKASARAN. Al-maklumlah kerana kebanyakkan pemain-pemainnya terdiri di kalangan pekerja buruh. Maka acara tendang terajang pun bermulalah dengan gelak ketawa.

Kisah tragis ini bermula ketika seorang pemain yang sedang menyerang dibentes dengan keras oleh seorang pemain pertahanan. Pemain tersebut terjatuh berguling-guling dan tidak dapat bangun lagi menyebabkan beliau terpaksa diusung keluar. Memandangkan kecederaannya ditakuti serius setelah diperiksa oleh petugas kecemasan, maka beliau dihantar ke HKL untuk pemeriksaan lanjut.

Lebih kurang tiga jam selepas itu, pemain tersebut dengan kaki yang berbalut kembali di tepi padang sebagai penonton. Memandangkan pertandingan tersebut merupaka karnival maka, masih banyak lagi perlawanan yang perlu diadakan.

Mengikut keterangan doktor selepas di x-ray, kedudukan tulang lututnya telah beralih. Selepas dibetulkan dan disimen, beliau terus meminta untuk keluar hospital.

Pemain pertahanan yang menerjah kaki beliau datang menghampiri dan memohon maaf. Dan dengan ketawa beliau memaafkan dengan janji pada perlawanan tahun depan beliau pula akan menerjah kaki pemain pertahanan tersebut. Dan ketawa berderai.

Petang itu pula selepas pertandingan, si mangsa dibawa oleh keluarganya untuk berubah dikuil (kerana beliau seorang Hindu). Mungkin untuk membuang sial mengikut kepercayaan mereka. Tetapi sayang, sekembalinya mereka dari kuil, si mangsa jatuh pengsan dengan buih keluar dari mulutnya.

Dengan kadar segera, si mangsa dikejarkan ke HKL semula tetapi mati dalam perjalanan. Mengikut autopsi, terdapat bengkak di kepala dan gumpalan darah di bahagian otaknya. Mungkin terhantuk dengan objek keras seperti batu.

Jadi, ini adalah peringatan kepada mereka yang bersukan. Pastikan anda mendapat pemeriksaan menyeluruh sekiranya berlaku kemalangan terutama di bahagian kepala. JANGAN AMBIL RINGAN!!!

Sunday, October 16, 2011

Hudud - Jangan bincang gunakan logik semata-mata

Aku tertarik dengan komen Sdra Sabri Yaacob dan Sdra Arief Faizal di Facebooker 1Malaysia. Jadi sebelum topik tersebut tenggelam di masa-masa akan datang di dalam Facebook yang bergantung kepada topik yang terbaru dan masih dibincangkan maka aku nak simpan komen tu kat sini. Aku harap kedua-dua saudara tersebut tidak keberatan dengan tindakan aku ini:




Memerhati gelagat politik umat Islam di Malaysia... geng UMNO perleceh PAS sebab tak laksana hukum Islam dalam masa depa sendiri tak penah bincangpun nak laksana uqubat Islam, yang PAS pula sibuk menuduh semuanya sebab UMNO, salah UMNO sedangkan bila menang kat Kedah, Perak tak pula timbul isu nak laksanakan uqubat Islam.... Lu kata gua wa kata lu... lastly hukum Islam entah kemana, sekadar jadi modal politik nak saling menjatuhkan je.....
    • Arief Faizal UMNO dah buka pintu rundingan untuk mengubal perlembagaan bagi PAS melaksanakan Hudud di Kelantan... Apa cerita Hudud PAS? Sampai hari ni Haji Hadi x pi berunding pon? Hudud Modal Politik ja ka PAS?
    • Sabri Yaacob Erm... UMNO tunggu 50 tahun untuk "memulakan rundingan"? Apa UMNO tak ada ulama dah nak terus laksanakan?

      Hudud dalam versi PAS bukan hududullah... uqubat Islam terpakai kepada seluruh manusia, bukan hanya umat Islam sahaja. Macam mana kita faham uqubat sekular hari ni terpakai untuk seluruh rakyat, masakan hukum Allah pula kita boleh pecah-pecahkan?
    • Sabri Yaacob Uqubat terdiri dari empat jenis iaitu hudud, jinayat, ta’zir dan mukhalafat. Hudud adalah hukuman atas kemaksiatan yang telah ditetapkan had/kadarnya oleh syara’ dan terdapat hak Allah di dalamnya manakala jinayat adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas tindakan pembunuhan atau kecederaan terhadap badan yang mewajibkan qisas atau diyat dan terdapat hak manusia di dalamnya. Ta’zir pula adalah hukuman yang ditetapkan atas tindakan kemaksiatan yang di dalamnya tidak ada had (kadar) dan kifarat. Manakala mukhalafat adalah hukuman yang dijatuhkan kerana mengerjakan perkara yang dilarang oleh pemerintah (Negara) atau meninggalkan perkara yang diperintahkan oleh negara. ‘Pemerintah’ yang dimaksudkan adalah pemerintah yang memerintah berdasarkan Islam. Perlu difahami di sini bahawa hudud hanyalah merupakan salah satu (bukan satu-satunya) uqubat di dalam Islam. Kesemua jenis uqubat di dalam Islam, baik hudud, jinayat, ta’zir dan mukhalafat adalah wajib untuk dilaksanakan kesemuanya, bukannya hudud sahaja!!!
    • Arief Faizal UMNO melaksanakan Undang2 Syariah di Negara ni, dah lama dah ada Undang2 Syariah di Malaysia ni... Hudud x digunakan kerana ianya bukan perkara mudah untuk di laksanakan... Dlm negara Islam yg di bina Rasulullah S.A.W, Hudud adalah perkara terakhir sekali yg dilaksanakan oleh Beliau... Segala pintu maksia perlu di tutup, Disco, Pusat Urut, Karaoke dan sebagainya... Akidah Umat perlu dipulihkan terlebih dahulu dan umat perlu bersedia dari segi mental & fizikal barulah boleh buat Hudud ni... Bukan boleh main terus buat je... Sekarang ni pun PAS dah bersekongkol dgn DAP, mcm mana nk tutup segala pintu2 maksiat & laksanakan hudud? Negara ni berbilang Kaum, Bangsa & Agama, bukan senang untuk melaksanakanya... Apa2 pun Agama Islam adalah Agama rasmi Negara dan Islam tidak di sama tarafkan dengan mana2 Agama lain... Nik Aziz bagi penganut agama lain guna pakai Kalimah Allah korang x bising pulak ye? KUFUR jika benarkan penganut Agama lain gunakan Kalimah Allah S.W.T... Bukan aku yg kata KUFUR tu, Harun Din yg kata, bukan dia main sedap je nak kata, dia rujuk pada Al-Quran & Hadis......
    • Arief Faizal http://www.youtube.com/watch?v=J2wfweu7Lms
    • Sabri Yaacob Maksud arif uqubat Islam tak "realitik untuk dilaksanakan di Malaysia? Atau bahasa lainnya Allah itu salah sebab buat hukum yang tak sesuai dengan zaman?

      Letak tepi dulu bab PAS ke UMNO, dedua tak boleh pakai... kita bincang hukum Islam dulu...
    • Sabri Yaacob Hudud merupakan salah satu dan bukan satu-satunya uqubat di dalam Islam. Amat salah dan keliru sekiranya umat Islam itu hanya memperjuangkan hudud semata-mata tanpa berjuang untuk menegakkan uqubat lainnya seperti jinayat, takzir dan mukhalafat. Juga, adalah salah dan berdosa sekiranya umat Islam meninggalkan perjuangan Islam yang lain seperti kewajipan menerapkan sistem ekonomi Islam (Nidzamul Iqtisadi Fil Islam), sitem pergaulan Islam (Nizamul Ijtima’ie Fil Islam), polisi pendidikan Islam (Siyasah at-Ta’limiyyah Fil Islam), dasar luar negeri Islam (Siyasah al-Kharijiyah Fil Islam) dan sistem pemerintahan Islam (Nidzamul Hukmi Fil Islam) yakni sistem Khilafah. Sesungguhnya Islam itu merupakan sebuah ideologi (cara hidup) yang sempurna yang mengandungi semua sistem untuk mengatur kehidupan manusia. Pemerintah sekular pada hari ini sudah jelas lagi nyata tidak mahu kembali kepada Islam dengan memberikan pelbagai dalih dan alasan untuk tidak menerapkan sistem Islam. Manakala banyak gerakan Islam pula terperangkap dengan sistem demokrasi dan terkeliru di dalam perjuangan sehingga memperjuangkan aspek-aspek tertentu dari Islam dengan meninggalkan sebahagian besar aspek yang lain. Allah SWT mengingatkan kita,

      “Apakah kamu beriman dengan sebahagian dari Al-Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang melakukan demikian itu di antara kamu, kecuali kehinaan dalam kehidupan dunia dan pada hari Kiamat mereka akan dikembalikan kepada azab yang amat berat” [TMQ al-Baqarah (2):85].
    • Sabri Yaacob Kata putus tidak mungkin dicapat kalau kita berbahas perkara ini sekadar menurut logik akal, atau emosi atau lebih teruk lagi politik kepartian.

      Hukum Allah tetap wajib dilaksanakan dari hukum berkenaan basuh kencing dan berak, sampailah hukum untuk mengatur pemerintahan sebuah negara. Menggunakan hukum selainnya merupakan maksiat terhadap Allah.
    • Sabri Yaacob Realiti hari ini, umat Islam sendiri yang sekalipun bergelar ulama, masih mencari-cari dalih (bukan dalil) untuk tidak melaksanakan segala syariat Islam dan bukannya berusaha melaksanakannya.

      Hari ini, umat Islam mengutuk Amerika kerana perbuatan membunuh saudara2 kita di Iraq dan Afghan atas nama demokrasi tetapi umat Islam juga yang bermati-matian mempertahankan demokrasi seolah-olah ia dari Islam!!!

Tuesday, October 11, 2011

KJ bocor rahsia siapa kroni DSN!

Apalah punya mangkuk ayun si Khairy ni? Kalau nak bahas pasal belanjawan 2012 tu bahaslah. Kenapa nak sindir-sindir DSN dengan kumpulan kroni-kroninya? Kalau tak sebut tak boleh ke?

Memanglah Ketua Pembangkang tu bila berbahas asyik sebut pasal kroni mungkin kerana dia sendiri mengamalkan sistem kronisma sehinggakan dia begitu arif pasal ni. Sebab tu dia ulas bajet tu macam ni:

"..... mohon dewan menerima hakikat bahawa belanjawan 2012 tidak lebih dari senarai hadiah kepada kroni dan golongan berkepentingan"

Tak percaya? Cuba tengok video ini minit ke 14+++:

http://www.ustream.tv/recorded/17794306


Yang si Khairy ni sebut dan kias golongan kroni-kroni yang hampir kepada DSN tu satu hal (cuba lihat video tu minit 28+++). Sekarang semua orang dah dapat agak siapa  kroni-kroni yang mendapat habuan daripada badjet 2012:
  1. Rakyat yang pendapatan isi rumahnya kurang RM3000.00
  2. Pemandu teksi/kereta sewa budjet persendirian (limo & syarikat tak dapat)
  3. Ibubapa yang mempunyai anak-anak yang masih menuntut. (yang belum kawin atau tak ada anak tu cepat kawin! Jangan asik nak buat anak lepas tu buang dalam sungai)
  4. Warga emas umur 60 tahun ke atas. (yang bawah 60 tahun tu kerja dulu atau habiskan dulu duit EPF. Jangan asik ingat nak seronok jer terutama yang lelaki. Kalau main boleh lagi tak kan kerja tak boleh?)
  5. Pesara-pesara yang mendapat kenaikan pencen
  6. Wirawan-wirawati negara yang mendapat saguhati.
  7. Institut kemahiran (Kerajaan Selangor tak ada masa nak uruskan mereka yang minat kemahiran sebab itu dia tutup IKYS!)
  8. Pekerja yang dapat kenaikan epf lagi 1%
  9. Pekerja kerajaan yang dapat penyelerasan gaji.
  10. Ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak
Dan ramai lagilah yang DEKAT dengan DSN. Kalau diam-diam tak boleh ke? Pecah tembelang DSN la......

Nak baca bajet penuh baca kat SINI

Walau macam manapun aku makin tabek kat KJ ni walapun cara berhujah dia gabra gak mula-mula tetapi kerana isi yang mantap aku lihat semakin berkeyakinan. Syabas. Jangan salah langkah, ya? hehehe

Monday, October 10, 2011

Daulat Tuanku:

Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat   di atas tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis ‘Thanksgiving Dinner’ yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu.
Beta amat berharap agar rakyat Negeri Selangor tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS.
Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam Negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan Agama Islam dalam Negeri Selangor ini sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya tersebut dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS.  Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor ini.
Tindakan JAIS tersebut adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.
Agama Islam yang diamalkan dalam Negeri Selangor ini adalah sebuah agama yang penuh toleransi. Penganut agama Islam sentiasa dipupuk agar menghormati penganut-penganut agama lain. Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam. Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988  yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.
Selanjutnya baca di SINI!

LGE kena tindakan tatatertib?

kah kah kah kah

  1. Agenda Daily
  2. Utusan Malaysia 10/10/2011
  3. Utusan Malaysia 9/10/2011
  4. Utusan Malaysia 9/10/2011

Saturday, October 1, 2011

Aku kecik hati dengan pemimpin-pemimpin Johor.

Apabila mangkuk ayun ni mengutuk negeri Johor dan rakyatnya, di manakah pendirian pemimpin-pemimpin pembangkang mempertahankan maruah mereka sebagai rakyat Negeri Johor? Samada mereka berada di dalam parti yang sama atau tidak bukan alasan untuk tidak mempertahankan maruah diri. Samalah macam kalau abang/kakak mengutuk kita. "Datang rumah aku. Wangi. Jangan pegi rumah adik aku. Banyak taik kucing!" Tak kan kita nak duduk diam. Bangang!

Yang si mangkuk ayun ni pun tak sopan. Awak tu bukannya pentadbir sebuah negara tetapi sebuah negeri yang dipajakkan dari Kerajaan Kedah. Sebab itu aku syorkan supaya ditakhtakan seorang Raja/Sultan dari kalangan pewaris Negeri Kedah di sana supaya sesiapa yang mentadbir tidak boleh buat sesuka hati dia. Ada yang akan menegurnya nanti. Belajar macammana nak menghormati negeri-negeri jiran. Kalau nak menyindir pun cadangkan supaya pasukan polis negeri dia tu dipinjamkan ke Negeri Johor untuk membantu. (erks? Bukan dari pasukan yang sama ke? PDRM juga.) Kalau nak kutuk pun gunakan lah bahasa berkias seperti "Memandangkan Negeri Johor bersebelahan dengan Singapura maka berkemungkinan penjenayah antarabangsa mudah melintas." Ada berani ke nak sentuh Singapura tu? hehehe

Apabila Paduka Tuanku bersuara barulah si mangkuk ayun ni mintak maap (bacalah Utusan Malaysia hari ini di DISINI!). Semua pemimpin kerajaan nak si mangkuk ayun ni mintak maap kepada rakyat Johor. Meh sini aku nak ceciter sikit:
  1. Bagaimana dengan perasaan orang luar yang berkahwin dengan orang Johor?
  2. Bagaimana dengan perasaa orang luar yang akan berkahwin dengan orang Johor?
  3. Bagaimana dengan perasaan orang luar yang mempunyai keluarga yang kini menetap dan menjadi rakyat Johor?
  4. Bagaimana dengan perasaan orang luar yang berniaga di Johor?
  5. Bagaimana dengan perasaan orang luar yang mempunyai hubungan perniagaan dengan Johor?
  6. Bagaimana dengan perasaan pasukan keselamatan yang bertugas di sana dan kaum keluarga mereka?
  7. Bagaimana dengan perasaan pasukan keselamatan yang akan bertugas di sana dan kaum keluarga mereka?
  8. Bagaimana dengan perasaan pasukan keselamatan yang pernah bertugas di sana?
  9. Bagaimana dengan perasaan keseluruhan anggota pasukan keselamatan?
Kata pepatah berbunyi "Cubit peha kanan, peha kiri pun terasa." Oleh itu, kepada rakyat Johor keseluruhannya, apa yang anda semua rasakan kami yang berada diluar negeri Johor juga merasakan. Si mangkuk ayun perlu minta maaf kepada Paduka Tuanku khasnya, seluruh rakyat Johor dan seluruh rakyat Malaysia amnya (kecuali kepada mangkuk-mangkuk ayun yang bersekongkol dengan ketua mangkuk ayun ni.)

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun