Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Thursday, July 28, 2011

Pulau Pinang kini adalah SYURGA!

Jom layan video ni dulu:







lepas tu pegi ke Empayar Pemuda untuk cerita lanjut di SINI.

Wednesday, July 27, 2011

Undi itu Rahsia?


Sebenarnya terdapat dua keadaan di mana undi di dalam sesuatu pilihanraya.

Pertama:
Apabila berada di kawasan mengundi. Ini bermakna dari mula kita memasuki kawasan mengundi, beratur, daftar nama, memangkah, membuang undi sehingga kita sampai ke pintu pagar sesuatu tempat mengundi merupakan kawasan di mana undi kita harus dirahsiakan.

Anih, bukan? Bagi seseorang yang telah menjalankan tanggungjawabnya sudah pasti dia akan berbangga dengan keputusan yang dibuat tetapi mengapa seseorang pengundi itu perlu dikongkong daripada mengisytiharkan keputusannya di mana sahaja. Bagi aku, kalau dibenarkan aku malah bersedia mempamirkan kertas undi yang telah ditandakan sebelum dibuang ke dalam peti undi. Pasti hebat, bukan?

Tetapi, tahukan anda sekiranya aku melaksanakan hasrat tersebut maka undi aku akan dianggap batal? Mengapa?

Tindakan tersebut boleh dianggap sebagai tindakan berkempen di dalam kawasan membuang undi. Larangan ini diadakan supaya tidak mengganggu pengundi-pengundi lain. Sekiranya dibenarkan berkempen di dalam kawasan pembuangan undi maka ini akan menimbulkan kekecohan. Ini tidak bermakna mulut anda perlu disita terus menerus. Anda boleh berbangga bercerita siapa yang anda undi sebelum memasuki kawasan atau selepas keluar dari kawasan pembuangan undi cuma anda tidak boleh membuktikannya sahaja.

Kedua:
Rahsia undi anda hanya bertahan sehingga peti tersebut dibuka untuk pengiraan kerana kertas undi tersebut telah dilihat oleh orang lain. Mudah bukan?

Kemusykilan:
Di bawah peraturan baru, setiap kertas undi sudah tidak mempunyai nombor siri lagi. Apakah kertas undi tersebut boleh dianggap sah diperlakukan?

Isu yang timbul semasa kertas undi tersebut bernombor siri ialah, ada di antara pengundi yang tidak mahu pilihan mereka diketahui oleh sesiapa kerana setiap nombor siri kertas undi tersebut akan dicatitkan ke atas nama pemilih ketika mereka mengambilnya. Tetapi bagaimana kita mahu mengesahkan bahawa kertas tersebut datang dari sesuatu kawasan? Berapa jumlah kertas undi yang telah diedarkan? Dan berapa baki kertas yang tidak digunakan? Adakah kemungkinan kertas tersebut ditukarkan dengan kertas undi lain?

Sebaik-baiknya setiap kertas undi yang dicetak perlu mempunyai nombor siri. Nombor tersebut tidak perlu dicatitkan ke atas nama si pemilih tetapi dicatitkan di dalam daftar/senarai kertas undi yang telah diedarkan. Itu sahaja. Apakah cara ini juga akan menjadi isu?

Tuesday, July 26, 2011

Wirawati Kemerdekaan yang tidak didendang lagi!

Namanya Datuk Siti Rahmah Kasim. Aku ciluk entri ini dari Facebook Sang Merah (Jangan Marah ye, bro): Entri asalnya di SINI.

"Tunku bergelut cari dana ke London"

Menjadi orang pertama yang menyumbangkan dana bagi membantu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj ke London untuk menuntut kemerdekaan daripada Britain merupakan saat yang tidak dapat dilupakan oleh Datuk Siti Rahmah Kassim (gambar).

Bekas Ketua Pergerakan Kaum Ibu Bahagian Rembau itu berkata, detik tersebut merupakan peristiwa yang menjadi kenangan seumur hidup beliau sebagai srikandi wanita Melayu yang sanggup menyerahkan gelang emasnya untuk membiayai perjalanan Tunku ke London.

Katanya, peristiwa tersebut berlaku pada persidangan UMNO di Dewan Hang Tuah Bandar Hilir, Melaka pada tahun 1957.

“Mungkin ramai tidak mengetahui sebenarnya Tunku bergelut mencari dana untuk ke London bagi menuntut kemerdekaan.

“Saya menjadi insan pertama yang menyerahkan gelang emas pemberian bapa sebagai hadiah perkahwinan, semata-mata ingin melihat hasrat untuk mencapai kemerdekaan tercapai,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengkisahan Sejarah Wira Tidak Dicanang di Muzium Negara hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Muzium Negara, Datuk Ibrahim Ismail; Pengerusi Persatuan Sejarah, Datuk Omar Mohd. Hashim dan dua lagi Wira Tidak Dicanang, Datuk Seri Yuen Yuet Leng dan Datuk Rasammah Bhupalan.

Menurut Siti Rahmah, beliau sanggup menghulurkan gelangnya kepada Bapa Kemerdekaan itu dengan meletakkannya ke dalam selendang merah dan ia diikuti oleh anggota kaum ibu yang lain yang turut menyerahkan barang kemas mereka.

“Orang lelaki bagi tongkat berkepala emas, cincin, jam emas dan golongan ibu pula bukan sahaja menyerahkan barang kemas, tetapi kerongsang baju dan pin baju juga diserahkan.

“Memang saya tabik wanita ketika itu yang langsung tidak sayangkan harta, mereka buka rantai, subang, cincin dan ada seorang wanita itu sanggup buka kancing bajunya dan pegang baju sampai habis majlis,” kata Siti Rahmah menyambung cerita itu yang masih segar di dalam ingatannya.

Selain itu katanya, beliau masih ingat sehingga sekarang kata-kata loghat utara Tunku Abdul Rahman yang mendorong beliau bertindak sedemikian.

Kata Tunku: “Saya ni nak pi London bersama-sama Raja-Raja Melayu, UMNO tak dak duit, saya pun tak dak duit, saya jual istana ayahanda duk murka. Ayahanda suruh saya jadi Raja, saya tak mau, saya nak jadi Presiden UMNO, nak bagi Malaya merdeka.”

Menurut Siti Rahmah ketika sebut perkataan “tak dak duit”, Tunku menangis.

“Orang biasa menangis bergenang air mata, tapi Tunku menangis air mata bercucuran membasahi pipi. Saya duduk di depan ketika itu terus bangun sambil berkata, patik menyahut seruan Tunku, patik reda,” katanya semasa mengimbas kembali peristiwa itu.

Siti Rahmah yang masih aktif dalam UMNO dan beberapa pertubuhan sukarela termasuk Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) masih merasakan seperti hanya baru semalam negara menyambut kemerdekaan selepas dijajah bangsa asing.

Pada pilihan raya 1959, beliau bertanding bagi kawasan Terentang, Rembau atas tiket Perikatan dan menjadi wakil rakyat kawasan itu untuk dua penggal berturut-turut iaitu pada tahun 1959 dan 1969.

Sehingga kini, beliau masih aktif dalam UMNO Bahagian Terentang, Rembau dan tidak pernah ketinggalan mengikuti Perhimpunan Agung UMNO sejak 1946.

Menurut ibu kepada lima anak dan enam cucu itu, suami tercinta, Allahyarham Mohd. Majzud Yunus yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 1983 sentiasa memberi sokongan moral untuknya berjaya dalam bidang politik.

Monday, July 25, 2011

Tindakan DAP adalah wajar!


Tindakan Parti DAP memecat keahlian Mohamed Razali Abdul Rahman adalah wajar. Sebagai sebuah parti yang mempunyai perlembagaan, peraturan dan polisinya sendiri, tindakan tersebut tidak perlu dipertikaikan. Ini disebabkan tindakan Mohamed Razali yang bersedia tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi ternyata bertentangan dengan kehendak parti di mana beliau sendiri menjadi ahlinya. UMNO juga mempunyai peraturan yang ketat terhadap ahlinya seperti apabila seseorang ahli membawa sesuatu pertikaian itu ke mahkamah tanpa merujuk kepada badan/biro atau pucuk pimpinan parti terlebih dahulu, maka secara otomatik keahliannya akan gugur.

Samada tindakah pucuk pimpinan parti DAP itu sah atau tidak terpulang kepada samada Mohamed Razali sendiri untuk mencabarnya. Sekiranya beliau enggan bermakna beliau sendiri telah merestui tindakan yang dikenakan ke atas beliau. Soal samada DAP mengamalkan sistem kukubesi dengan melarang ahlinya bertindak sendiri atau DAP mengamalkan penindasan terhadap ahlinya hanya akan terjawab sekiranya Mohamed Razali mencabar keputusan tersebut. ROS hanya akan mengambil tindakan sekiranya terdapat lapuran.

Tindakan Mohamed Razali pula yang merasakan terdapat pembohongan DAP perlu dilihat dari sudut positif. Sebagai seorang ahli yang merasakan tanggungjawab sebagai ahli yang jujur maka beliau cuba bertindak jujur walaupun tindakan tersebut tidak disenangi oleh pemimpin parti. Dan akhirnya beliau tersedar bahawa beliau tersilap memilih parti untuk dianggotai yang ternyata tidak sesuai dengan kemahuannya. Oleh itu, tindakan beliau bolehlah dianggap sebagai tindakan persendirian dan berharap ahli-ahli yang masih berada di dalam parti tersebut supaya menilai semula penglibatan mereka samada dasar perjuangan itu sesuai atau tidak dengan mereka.

Selanjutnya di SINI!

Sunday, July 24, 2011

Rais Yatim perlu difitnah lagi!!!!

Bongkar! Jangan tak bongkar. Samada cerita itu betul atau tidak, bloggers & Tabloid perlu terus menerus menyerang untuk menjatuhkan kredibiliti DSU Rais Yatim. Dengan cara ini DSU Rais akan terus menyaman mereka yang membuat fitnah. Bila beliau menang, lebih banyak rumah kebajikan dan anak yatim akan mendapat faedahnya kerana DSU Rais kata dia akan dermakan duit saman tersebut (setelah ditolak kos) ke rumah-rumah kebajikan.

Apa tunggu lagi!! ??? Serang! Jangan Tak Serang!

sumber di SINI

Wednesday, July 20, 2011

Tangguh Bedah Mata Kerana Miskin

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN! Bukannya banyak. Perbelanjaan yang diperlukan hanya RM2700.00 sahaja. Kepada sesiapa yang ingin menderma untuk keperluan keluarga tersebut terutama untuk pemeriksaan dan perubatan lanjutan bolehlah bank-in ke akaun MBB ayahnya seperti berikut :-

164388741779 - Mohamizan bin Mahasan

Sebaik-baiknya telefon dulu untuk mendapatkan kepastian akaun tersebut.


Tuesday, July 19, 2011

Kerajaan BN Yang Gagal, 60 Peserta Pula Yang Diburu!



Akibat kegagalan Kerajaan BN Sarawak mengadakan penempatan semula, 60 penduduk tetap di sepanjang Sungai Seblak, Kabong, Sarawak mengganas. Natijah dari keganasan tersebut ialah bahaya yang dihadapi oleh penduduk lain yang berhampiran. Ini menyebabkan Kerajaan BN Sarawak 30 anggota penguatkuasanya untuk memburu 60 penduduk tersebut yang mengamuk kerana menuntut hak asasi mereka.

Nasib mereka ini tidak pernah dihiraukan oleh NGO-NGO yang bersepah dan semakin banyak didaftarkan (walaupun tanpa ahli tetap) terutama NGO-NGO berasaskan alam sekitar. Nasib mereka yang semakin terbiar dan kekurangan makanan berbanding kawan-kawan mereka yang datang dari luarnegara tetapi mendapat layanan istimewa.

Adalah disarankan lebih banyak zoo-zoo dibina untuk menampung penempatan semula mereka-mereka ini. Berita selanjutnya boleh di perolehi di SINI.

Tuesday, July 12, 2011

18SX: Dikir Panas dari Mek Kelantan?

Hehehehe
Macam ini punya dikir, China Doll pun cabut lari woo..... Mengeliat macam ular, bro. Berkat ajaran Tok Guru. kah kah kah








Sunday, July 10, 2011

Demo Baju Kuning Gelombang II Di Shah Alam Malam tadi!

Setelah kita dihidangkan dengan kisah-kisah Demo Bersih 2 di Kuala Lumpur siang tadi, di Seksyen 17, Shah Alam pula berlaku satu perhimpunan baju kuning tanpa permit pada sebelah malam. Jom lihat gambar-gambar di bawah ini:

Peserta demo mula berkumpul
 
Pemimpin utama sedang membincangkan strategi dan membaca doa mencari keberkatan

Peserta demo sedang menikmati juadah mengalas perut untuk meneruskan perjuangan.

Inilah dia peserta sebenar demo baju kuning yang diraikan dalam satu majlis tahlil beramai-ramai di 17/3, Seksyen 17, Shah Alam.




Daripada melalak tak keruan di jalanan lebih baik lakukan kerja-kerja amal seperti ini. Penduduk bergotong-royong mengadakan majlis tahlil/arwah beramai-ramai dan menjemput anak-anak dari Rumah Anak Yatim Rumah Aman Seksyen 2, Shah Alam.

Bersihkanlah hati masing-masing. Kalau nak jemput mereka datang kenduri atau majlis harijadi anak-anak anda pun boleh. Mereka ini lebih memerlukan sokongan anda kerana mereka adalah aset negara masa akan datang yang pasti BERSIH daripada menyokong pemimpin-pimimpin yang belum pasti lagi BERSIH hati nurani mereka.

Thursday, July 7, 2011

Monday, July 4, 2011

Yang Polis Menyibuk Ni Apa Pasal?


Hari ini sahaja aku baca beberapa kisah/tragedi yang melibatkan remaja di dalam Harian Metro. Apalah nak jadi dengan remaja sekarang?

Kisah yang pertama berlaku di Jasin, Melaka. Malas aku nak taip kat sini. Korang baca sendiri berita dibawah ini. Kalau rabun, klik saja pada imej tersebut untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas.


Yang polis sibuk-sibuk nak periksa budak tu ada lesen atau tak tu apasal? Lepas tu nak saman?
Budak-budak mana ada salahnya. Apa yang dibuat tak ada salah. Dah dia diajar begitu oleh ibubapa atau tak diajar tentang undang-undang.

Sebabnya:
Ada di kalangan ibubapa yang memberikan kunci motosikal kepada anak mereka yang dibawah umur untuk ke kedai. Ada pula yang ibubapanya tak peduli atau tak mahu tahu apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka kerana tugas mereka ialah BUAT ANAK dan BESARKAN ANAK (Kalau sempat besarlah).

Oleh itu, biarkan saja. Kalau eksiden pun biarkan sahaja kerana mereka tidak perlu dilindungi oleh undang-undang jalanraya. Dah bawah umur tu mana boleh ambil lesen dan terikat dengan undang-undang? Kalau eksiden luka parah, biarlah ibubapa mereka yang bawa ke hospital. Kalau eksiden bawa maut tu, bungkus saja dalam pelastik dan hantarkan ke rumah dia (Itu pun kalau tau alamat dia.) Kalau dibiarkan nanti membusuk dan mengganggu pengguna lain pula.

Sekarang ni, apa dah jadi? Wartawan tulis berita pun seolah-olah salah polis yang menyaman sehingga menyebabkan tekanan perasaan kepada remaja tersebut. Macam mana ibubapa dia marah anak dia yang juga menambah tekanan kepada anak tersebut tidak pula diceritakan sepenuhnya. Kena tarik telinga ke, kena pial ke, kene lempang ke atau mungkin hanya dialog seperti ini "Tak, sayang. Nanti mak/abah bayar saman. Kecik jer tu."

Pengawasan ibubapa ke atas anak-anak semakin berkurangan akhir-akhir ini. Contohnya, satu lagi berita mengenai remaja seperti di bawah ini:

HULU SELANGOR: Hanya kerana berebut teman wanita, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun cedera dibelasah dengan kayu oleh sekumpulan enam lelaki di sebuah padang permainan taman perumahan, Batang Kali, dekat sini, Khamis lalu.
Berita selanjutnya baca di SINI!

Takkan pasal perempuan pun nak bergaduh. Zaman aku dulu, mak bapak aku kenal girlfriend aku dan mak bapak dia. Kalau buat tak tentu, samada makbapak aku jumpa makbapak dia atau sebaliknya. Bila dah macam tu, orang lain nak masuk daun pun tak berani. Tak sampai jodoh pun. Kalau duduk jauh, mak bapak aku selalu pesan begini, "Berkawan tu mak tak larang. Tapi sekolah tu kena tumpukan. Bila dah dewasa nanti masing-masing mungkin berubah fikiran sebab dah jumpa lebih ramai orang kat sekolah lain ke, kat universiti ke atau kat tempat kerja ke." Lepas tu mak aku kata, "Dia tu pun ada sedara mara. Jangan nanti orang lain sewa lori sebab nak pindah rumah, dia sewa lori bawak sedara mara dia cari kau." kah kah kah!

Isu rebut awek macam ini pun polis nak campurtangan juga ke? Nanti samseng yang pukul remaja tersebut pula yang BUNUH DIRI bukankah haru jadinya? Kan tu salah polis juga kan? Tekanan perasaan?

Kisah remaja putus jari dilibas parang oleh samseng yang marah dengan bapa budak tu sebab tak nak bayar hutang pada bapa remaja tersebut adalah sesuatu yang malang. Belum lagi kemalangan kenderaan yang melibatkan remaja dan kanak-kanak. Berapa ramai lagi aset negara ini hendak kita sia-siakan?

Lu pikirlah sendiri!

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun