Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Thursday, June 30, 2011

DNA ganti Biometrik?


Salah satu daripada tuntutan Bersih 2.0 ialah penggunaan Sistem Dakwat Kekal dilaksanakan sedangkan SPR mencadangkan penggunaan Sistem Biometrik (Teknik Imbasan Cap Jari). Kenapa perlu menambah lebih banyak risiko sekiranya ia boleh diminimakan?

Penggunaan Sistem Dakwat Kekal tidak bermakna manupulasi tidak boleh dilakukan. Tidak ada yang kekal di dalam dunia ini hatta nyawa dan nama kita sendiri. Kalau ada artis yang boleh membangunkan makmal sendiri untuk memproses dadah melalui pembelajaran di internet, tidak mustahil campuran kimia tertentu boleh melunturkan dakwat kekal tersebut.

Di samping itu, pengundi juga terdedah kepada bahaya mereka yang tidak bertanggungjawab meletakkan dakwat tersebut di tangan mereka sebelum mengundi semasa dikerumuni dalam perjalanan ke tempat pembuangan undi. Apabila ini berlaku, pihak pemilih akan melakukan protes kerana mereka masih belum mengundi lagi.

Mungkin juga berlaku beberapa orang dari parti tertentu SENGAJA meletakkan Dakwat Kekal tersebut di tangan mereka dan melakukan protes apabila merasakan wakil mereka AKAN KALAH!

Penggunaan Sistem Biometrik telah digunapakai hampir di semua pintu keluar masuk negara-negara dalam dunia dan diiktrirafkan paling effisien dan merupakan teknik yang semakin dimajukan. Pergilah ke mana sahaja di dunia ini. Yang pertama sekali ialah setiap kali anda melalui kaunter imigresen di KLIA, anda akan diimbas menggunakan biometrik!

Jadi, mengapakah penggunaan biometrik ini ditolak oleh Bersih 2.0? Sedangkan setiap rakyat Malaysia yang mempunyai Kad Pengenalan telah diimbas jari-jari mereka dan rekod tersebut terdapat di Pejabat Pendaftaran Negara.

Penggunaan biometrik juga mampu mampu membuat semakan silang untuk memastikan pembawa kad pengenalan tersebut adalah tuanpunya yang sebenar. Bukankah ini lebih baik dan menjadikan sistem pilihanraya lebih diperakui?

Sekiranya isu terdapat mereka yang cacat tanpa jari dijadikan alasan, apakata kalau kita gunakan DNA sebagai pengesahan. Ini bermakna, setiap rakyat perlu didaftarkan dengan menggunakan DNA samada untuk daftar pemilih, kad pengenalan, passport, malah SIJIL KELAHIRAN? Nak bagi sampel airlior, peluh atau AIR KENCING?

Sumber: http://www.klpos.com/news/2011/06/30/2.html
Nota:
Tidak semua cadangan kita adalah yang terbaik. Sekiranya terdapat cadangan yang lebih baik (walaupun dari orang lain) ujud dalam perbincangan, mengapa kita terlalu angkuh untuk mempertahankan cadangan kita?

Wednesday, June 29, 2011

Kerajaan Pas Kelantan kaji tambah lesen arak?


Nak tambah lagi? Ini menunjukkan negeri Kelantan semakin maju. Kalau zaman aku sekolah dahulu, sesuatu tempat itu tidak boleh diiktiraf sebagai bandar sekiranya tiada gereja. Dengan adanya gereja bermakna bilangan penduduk bukan Islam semakin bertambah. Kalau nak kira masjid sebagai penanda aras, dekat kampung pun ada masjid.

Berita selanjutnya baca di SINI!

Yang kena rampas pula baca di SINI


Tuesday, June 28, 2011

Macam mana nak baca ni bang?

Gambar-gambar ini aku ambil di Jalan Kuching menuju ke Lebuhraya Duke (klik imej untuk paparan lebih jelas):










Yang ini pula di selekoh sebelum simpang ke Taman Melawati dan Jalan Setapak. Kedudukannya betul-betul di selekoh. Bila masa nak baca dan bila masa nak kawal kenderaan?:


Dan yang ini pula dari persimpangan Duke ke Ampang: Takkan letak tindih-tindih je bang. Dah tak de tempat lagi untuk jarakkan ke? hehehe:


Diharap kepada mereka yang mempunyai bidang kuasa terhadap jalan-jalan tersebut supaya dapat melakukan sesuatu.

Friday, June 24, 2011

Kedai 1Malaysia DISERANG????

Macam ni pun boleh berlaku di tengah-tengah bandar?






Kalau nak tau lebih lanjut pegi ke blog Nota Kanan

Thursday, June 23, 2011

Ambil Berkat Sedekah Tokong Ke?

Apa dah jadi ni? Dah sampai ke Shah Alam pulak?

Semalam aku terimalah majallah iklan percuma yang diedarkan di majallah. Dah lebih 20 tahun jadi warga Shah Alam, inilah kali pertama aku terima. Mengekek-ngekek isteri aku ketawa.

Korang sendiri bacalah benda kat bawah ni. Kalau kurang jelas. Klik aja kat imej tu. hehehe



Tuesday, June 21, 2011

Kek Lapis ada DNA babi? Tolong sebarkan!

Gempar! Aku baru dapat emel dari kawan yang memberikan maklumat tentang "mentega" dari New Zealand. Mengikut daripada Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor, terdapat DNA Babi dalam mentega yang diimpot dari negara tersebut!

Lebih hebat lagi mentega ini banyak digunakan di dalam Kek Lapis Sarawak (bukan kek lapis dari Sarawak). Sila rujuk isi kandungan/ramuan yang ditulis pada kek-kek tersebut kerana kebanyakan resipi kek lapis ini merujuk kepada mentega berjenama yang dinyatakan.

Kemaskini: Sila baca komen fatlady, seorang pengusaha kek lapis dari Sarawak!


Nota: Kehebatan anak tempatan dan Jabatan Agama Islam Johor menyelidiki DNA telah terbukti! Ilmu yang diizinkan Allah ini adakah diharamkan untuk digunapakai sebagai mencari bukti dalam sesuatu kes?

Saturday, June 18, 2011

18SX: Tips untuk yang nak kawin, baru kawin dan yang dah berkarat!

Korang ingat tak TAKLIK yang korang baca masa nikah dulu? Bagi yang nak kawin tolong ambil perhatian sebab aku dah temui dua kes kawan aku.


Kes 1:
Kawan aku (lelaki) ni bercerai sebab selalu gaduh dengan mak mertua. Isterinya pula lebih berpihak kepada maknya. Akhirnya dia lafaz cerai depan mak mertua, bapa mertua dan adik beradik lelakinya.

Semasa dalam edah, dia pergi melawat anaknya. Tak ada orang di rumah kecuali (bekas) isteri dia. Entah macammana tiba-tiba syok dah naik, mereka pun lepaskan gian. Bila gian dan lepas, kawan aku ni pun termenung.

Besoknya dia pergi ke Jabatan Agama dan bertanya selepas membuat pengakuan. Pegawai di Jabatan Agama kalau dua-dua dah setuju maka talak tersebut terbatal. Kawan aku menung lagi macam berok hilang pisang. Dia pun tanya kat aku sebab dia tak faham.

Aku tanya dia ingat tak lafaz taklik masa nikah dulu. Dia kata "Tak." hehehe

Aku tanya dia lagi "Nikah kat mana?"

"Perak." jawabnya.

Lalu aku terangkan. Kalau di Perak, taklik untuk talak Raj'ie iaitu talak boleh rujuk dalam edah tanpa perlu lafaz nikah tetapi TALAK TETAP DIKIRA. Maknanya, talak pertama tadi terbatal dan mereka masih boleh bersama semula sekiranya merujuk di dalam edah. TAPI, talak pertama tetap dikira sebagai SATU TALAK yang bermakna, sekiranya berlaku sekali lagi lafaz talak maka ianya dikira sebagai TALAK KE DUA dan seterusnya. Baru dia faham.


Kes 2:
Kawan aku (perempuan) yang ini pun nikah di Perak. Dia bercerai kali kedua dengan suami yang sama. Suami dia minta rujuk balik dalam edah. Dia kata tunggu dulu. Dia pun tanya kat aku sebab dia memang nak balik dengan suami dia cuma bukan sekarang. Dia nak tenangkan fikiran lagi 5-6 bulan.

Aku kata dengan dia, kalau dia tolak permohonan rujuk suami dia kali ini, dia dah tak boleh nikah balik sebab dah jatuh TALAK TIGA! Berkerut dahi kawan tu. hehehe

Aku tanya dia, masa nikah dulu, dengar tak taklik yang dilafazkan oleh suami?

Dia kata "Tidak."

Dalam taklik tu ada sebut, kalau apabila suami merujuk kembali dalam edah dan isteri tidak bersetuju maka JATUH LAGI SATU TALAK.

Kesimpulannya:
  1. Rujuk dulu taklik yang anda lafaskan kerana taklik berbeda mengikut negeri. Kemungkinan juga taklik-taklik ini telah diubah mengikut peredaran masa.
    Ada taklik yang membawa kepada talak Raj'ie (boleh rujuk tanpa nikah semula dalam edah)
    Ada taklik yang membawa kepada talak Bain Sughra seperti di Kedah (kena tunggu habis edah dan nikah semula)
    (cuba tengok perbezaan taklik di blog "Senja Selalu Cerah")
  2. Rujuk dulu dengan yang AHLI atau terus ke Jabatan Agama.
  3. Kepada suami dan bakal suami, jangan nak lafaz talak sesuka hati. Fahami taklik sendiri masa nikah
  4. Kepada isteri dan bakal isteri, jangan minta talak kerana sakit hati. Dengar taklik suami masa nikah.


rujukan :
  1. Perceraian - Taklik
  2.  e-Fatwa
  3. Laman Soal Jawab Agama
  4. Senja Selalu Cerah

Thursday, June 16, 2011

Berita Dari Bank Negara Malaysia: AWAS!!! Tolong sebarkan!

Aku baru terima emel dari kengkawan kat Bank Negara ari ini. Patut disebarkan kepada semua. Walaupun peringatan ini pernah diberikan tetapi haruslah kita beringat terutama kepada mereka yang selalu membuat urusan atas-talian


  Beware of Email Scam Requesting for Banking Information

Bank Negara Malaysia would like to caution members of the public of the phishing attempts by fraudsters using Bank Negara Malaysia's name to deceive members of the public in disclosing their personal banking details.

The modus operandi of the fraudsters to deceive the victims is as follows:
 Intended victims receive emails purportedly from Bank Negara Malaysia informing them that Bank Negara Malaysia is now collecting personal banking information to update its database.  They will be prompted to either click on a link or reply to the email directly. Once the person clicks on the link provided in the email, they would then be directed to a fake website requesting disclosure of personal financial details such as credit or debit cards details including card code verification (CCV) or other personal identification numbers (PIN).

Members of the public are reminded to ignore those emails and to refrain from giving personal banking information to anyone under any circumstances. Financial institutions, including credit card issuers and Bank Negara Malaysia and all banking institutions will never request for personal banking information when contacting customers, be it via telephone calls, SMS or emails.

Bank Negara Malaysia would like to advise members of the public to take the following preventive measures:-
1.    Use web browsers that are up-to-date with built-in phishing filters.
2.    DO NOT trust emails, calls or SMS claiming cash wins or refunds and requesting for personal banking information.
3.    Contact your respective banks or contact the Associations of Banks in Malaysia (ABM) toll-free service called ABMConnect at 1-300-88-9980 when in doubt of the email, SMS or calls.

For more information on financial scams activities, visit the financial fraud alert site at:
http://fraudalert.bnm.gov.my. Members of the public can contact or visit:

BNMTELELINK (Customer Contact Centre)
Tel: 1-300-88-5465
Fax: (03)2174 1515
Email: bnmtelelink@bnm.gov.my

To submit enquiries or complaints, type 15888
BNM TANYA [your enquiry/complaint]

BNMLINK (Walk-in Customer Service Centre)
Block D, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(Business hours: Monday - Friday, 9:00 am - 5:00 pm)

Or Visit BNMLINK branches in Bank Negara Malaysia Johor Bahru, Penang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu and Kuching
or
Call ABMConnect (Hotline to Association of Banks in Malaysia)
Tel: 1-300-88-9980

Bank Negara Malaysia
16 June 2011                      

Monday, June 13, 2011

Tol Shah Alam: Mimpi jadi nyata?


Aku bukanlah pro sangat pasal mansuhkan bayaran tol tetapi aku tetap menyokong usul pengurangan tol. kalau tol dimansuhkan maka peruntukan untuk penjagaan, baikpulih dan menaiktaraf jalan-jalan tersebut akan diambil dari peruntukan lain yang melibatkan kemudahan untuk lebih ramai rakyat termasuk yang tidak menggunakan jalan-jalan bertol.

Sebagai penduduk Shah Alam, bebannya tidak begitu terasa kerana sekiranya kita ke Kuala Lumpur melibatkan kos RM1.10 x 2. Dan kalau ke Kelang maka kosnya RM1.00 x 2. tetapi bagi mereka dari PJ ke Kelang dan sebaliknya pula, kos yang ditanggung ialah RM2.10 x 2.  Memang membebankan.

Sekiranya tol-tol tersebut tidak dapat dimansuhkan, pemansuhan tol keluar dari Shah Alam sahaja cukup untuk mengurangkan beban pengguna. Ini bermakna bagi mereka yang ke kelang dari Pj hanya perlu membayar RM1.10 dan dari Kelang ke PJ pula RM1.00. Mungkin kadar tol ke dua-dua tempat tadi diselaraskan kepada RM1.00.

Walau macam manapun, TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dato' Ahmad Nawawi kerana penyampaian MEMO tanpa perlu berDEMO!!!!!!

Saturday, June 11, 2011

Pakaian Seksi Untuk Pelacur Kelas Pertama






Baru-baru ini kita dikejutkan oleh kenyataan Presiden Kelab Taat Suami (Fauziah Ariffin). Mungkin ramai yang dah baca tentang berita tersebut. Oleh itu, tak perlulah aku nak copy and paste benda tu. Bagi sesiapa yang belum baca, bolehlah baca kat blog paapaadaa.

Aku teringat satu kisah yang pernah diwar-warkan dahulu. Bagi yang dah dengar, senyum sajalah. hehehehe

Kisahnya lebih kurang begini:

Seorang ibu bertanya kepada anak perempuannya yang menyambut ulangtahun kedua perkahwinan mereka, "Apakah hadiah ulangtahun perkahwinan kamu kepada suami kamu?"

"Baju seksi," jawab si anak.

Selang 15 minit kedengaran kereta menantunya memasuk ruang rumah. Siibu pun bangun dan berkata, "Suami kamu dah pulang. Pergilah pakai baju seksi kamu. Ibu nak pulang."

Si anak bangun dan terus membuka pakaiannya. Si ibu yang tercengang melihat anaknya berbogel lalu bertanya "mana baju seksi yang kau katakan?"

"Inilah dia, bu!" Dia tersenyum.

Si ibu juga tersenyum lalu kembali ke rumahnya di seberang jalan.

Sesampai di rumah si ibu pun menunggu suaminya pulang pula. Apabila tiba masanya si suami masuk ke rumah, dia terkejut dengan penampilan isterinya lalu bertanya, "Buang tebiat ke berbogel dalam rumah?"

Si ibu tadi berkata sambil tersenyum "Inilah hadiah saya untuk abang selama perkawinan kita. Pakaian paling seksi untuk tatapan abang."


Sang suami pun tersenyum. "Kalau iapun nak pakai baju seksi tu, sterika lah dulu."




hehehehe

Thursday, June 9, 2011

Video Inside: Mungkinkah anak mereka ini layak berstatus Bangsa Malaysia?

Kalau berdasarkan kumpulan benih, bukan setakat status Bangsa Malaysia tetapi boleh mencakupi Bangsa Asia malahan Bangsa Dunia! Boleh tuntut hak di mana-mana sahaja.

Tapi mana nak jadi anak kalau benihpun dibungkus dalam belon getah? hehehe.... jom layan video di bawah ini:

Wednesday, June 8, 2011

Anak 1Malaysia? Ramai bapak dia tu... hehehe

Dalam baca blog-blog dalam senarai bloglist aku, terbaca pula entri YB Zul. Kelakar pun ada, panas ati pun ada dengan orang tak reti bahasa (tak faham terma dalam bahasa). Di bawah ni petikan dari blog tersebut:


Hannah bukan tak tahu tidak ada bangsa bernama bangsa Malaysia. Malaysia adalah nama sebuah negara yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. Sebarang rujukan kepada rakyat sesebuah negara disebut "warganegara", bukannya bangsa. Adakah Hannah mahu anaknya dilabel sebagai bangsa keturunan "Anak Tanah Melayu?"

Dan Malaysia terdiri daripada gabungan etnik besar bangsa Melayu-Cina-India-Iban-Dayak-Kadazan dan banyak lagi. Jadi kalau Hannah nak main wayang kata anaknya "anak Malaysia" juga tidak boleh - kerana tidak cukup syarat. Campuran benih India dan Cina sahaja tidak cukup untuk melayakkan anaknya dipanggil "anak Malaysia". Kalau betul mahukan anaknya dilabel dengan label "anak Malaysia", maka Hannah perlu dapatkan benih semua bangsa yang ada dalam Malaysia, dan setelah disahkan campuran DNA semua bangsa itu, barulah boleh dipertimbangkan samada layak atau tidak anak Hannah dilabel "anak Malaysia". Atau lebih canggih lagi, teman boleh cadangkan kepada Parlimen anak campuran benih semua kaum dan bangsa ini dilabel sebagai keturunan "Anak 1-Malaysia"!!!

Kalau setakat campuran benih "Cina-India", bolehlah Hannah memohon untuk melabelkan anaknya sebagai "anak Cindia". Itupun kalau mahu. Mungkin boleh minta wakil rakyat biaDAP yang ada untuk usulkan dalam Parlimen untuk label baru "Cindia" tersebut.

Satu persoalan besar yang timbul daripada keengganan Hannah meletakkan label keturunan anaknya itu ialah adakah Hannah ini sendiri bersikap cauvinis, prejudis dan rasis: sebab kalau mengikut amalan pendaftaran anak negara ini anak tersebut wajar mengikut keturunan bapanya - iaitu Tamil, atau India. Adakah Hannah tidak mahu anaknya dikenali sebagai keturunan Tamil atau India? Kalau ini benar, maka sikap Hannah Yeoh ini sudah pasti memberi persepsi yang sangat rasis dan cauvinis!!! Apatah lagi didalam amalan masyarakat Cina, nama keluarga sang isteri akan hilang sebaik sahaja berkahwin. Bukankah ini juga satu bentuk diskrimanasi?

Teringat pula nama blogger CINDIA. sori bro. hehehe

Selanjutnya korang baca sendiri kat blog YB Zul. Baca slow-slow dan fahamkan setiap satu ayat yang diungkapkannya kat SINI

Al-Fatihah


Hari ini telah kembali ke rahmatullah seorang saudara kita bernama Per Mohamed Bin Naina Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Pir kerana kemalangan kereta. Bagi mereka yang sering berkunjung ke UpTown Seksyen 24 Shah Alam mungkin mengenali beliau kerana beliau sering berada di sana membantu anaknya yang berniaga.

Beralamat di No: 2, Jalan 17/6, Seksyen 17 Shah Alam, almarhum juga dikenali kerana menjual kereta baru dan terpakai di sekitar Shah Alam dan Kelang. Kemalangan berlaku pada malam tadi 7/06/2011 berhampiran dengan Kompleks PKNS. Mengikut cerita, kereta almarhum dirempuh oleh sebuah pacuan 4 roda (pajero) di persimpangan yang mengakibatkan beliau mengalami kecederaan teruk, seperti patah tengkuk, bahu dan rusuk. Dua orang lagi yang bersama beliau masih dirawat.

Semasa berita ini ditulis, jenazah almarhum masih lagi menjalani bedah siasat di hospital. Jangkaan jenazah beliau akan dikebumikan pada petang ini. Kepada saudara dan kenalan yang ingin melawat masih boleh berbuat demikian di alamat yang tersebut di atas.

Almarhum bukanlah seorang yang ternama dan berpangkat tetapi dengan kemudahan maya yang ada maka berita almarhum juga layak diwar-warkan.

ALFATIHAH.

Di antara gambar kenangan terakhir beliau bersama keluarga.


Kemaskini terbaru:
Jenazah tiba lebih kurang jam 2.40 petang. Gambar-gambar kenalan dan saudara-mara di bawah ini









Facebooker 1 Malaysia





Facebooker 1Malaysia dilancarkan pada 6hb Jun 2011 oleh Panglima Perang Siber. Penyertaan terbuka kepada semua tanpa mengira fahaman politik. Klik pada imej di atas untuk ke sana sekarang.

Untuk maklumat lanjut sila ke blog Panglima Perang Siber atau klik pada imej di bawah ini!

Monday, June 6, 2011

Cuti Bidan Terjun Ke US? Lupakan saja

Aku bercerita berdasarkan pengalaman. Aku harap anda tidak akan melalui pengalaman pahit ini.

Baru-baru ini, isteri aku menghadiri seminar di Amerika. Mungkin ini peluang bagi aku dan anak aku bercuti di sana dengan penjimatan belanja tiket kapalterbang kerana aku hanya perlu membayar untuk aku dan anak aku sahaja. Penjimatan tambahan pula ialah penginapan kerana kos penginapan isteriku ditanggung maka aku dan anak aku berpeluang untuk menumpang.

Mengikut perancangan awal, kami akan ke Disneyland di Los Angeles. Maka dengan harapan yang menggunung akupun melalui prosidur untuk mendapatkan visa seperti berikut:

  1. Membuat pembayaran visa di Standard Chattered Bank
  2. Membuat permohonan secara atas talian di laman sesawang Kedutaan USA
  3. Menempah tarikh temuduga
Sungguh mengecewakan juga kerana tarikh temuduga yang aku perlukan seminggu kemudian sedangkan aku perlu bergerak pantas. Setiap detik aku dan isteri aku menyemak jadual tersebut kalau-kalau ada yang membatalkan temuduga mereka dan menyebabkan ada kekosongan. Alhamdulillah, aku berjaya menukar tarikh tersebut 3 hari selepas pendaftaran.

Proses temuduga bukan lama. Ianya hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja tetapi tempoh menunggunya memerlukan hampir setengah hari.

Selepas di temuduga, anak aku terus mendapat keputusan bahawa permohonan untuk dirinya telah diluluskan. Malang sekali bagi aku yang terpaksa menunggu keputusan yang akan diberitahu melalui sms ataupun emel. Dan akupun menunggu.

Sehingga isteri aku balik dari US, aku masih belum memperolehi keputusan. Kami menukar rancangan dan terbang ke Hongkong supaya anak aku dapat mengunjungi Disneyland di Hongkong pula.

Sehingga lebih kurang duabulan, baru aku mendapat keputusan bahawa permohonan visa aku telah diluluskan. Oleh itu, sekirannya anda merancang untuk ke US, rancanglah lebih awal. Pastikan anda telah memperolehi visa sebelum membuat sebarang tempahan.

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun