Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Sunday, May 29, 2011

Tuesday, May 24, 2011

Aku pun tak peduli! Janji RON95 dikekalkan!


Seperti entri Papagomo di SINI! Akupun tak setuju RON95 dinaikkan. Mengurangkan subsidi RON97 untuk menampung RON95 akan menyebabkan harga RON97 melambung dan pemilik kereta-kereta seperti di bawah ini juga akan melambung dan mula menghasut rakyat.


Mungkin cadangan aku dibawah ini menjadi cemuhan terutama dari Papagomo (berdasarkan dari gambar logo di bawah ini. hehehe).



Sebelum aku bercuti di Hongkong 2 minggu sudah, aku cuba membeli sekotak (carton)  rokok di kedai Bebas Cukai KLIA untuk dibawa ke sana. Aku dinasihatkan oleh pekerja kaunter (terima kasih kepada beliau) di kedai tersebut. Katanya kalau masuk Hongkong dengan sekotak rokok tersebut berkemungkinan aku dikenakan cukai sebanyak HK$2000.00 yang bersamaan dengan lebih kurang RM800.00. Pelawat hanya dibenarkan membawa sekotak rokok yang telah dibuka penutupnya dengan maksima 19 batang sahaja. Sememangnya semasa balikpun kotak rokok aku diperiksa yang memastikan kandungannya kurang dari 20 batang.

Terkejut dengan maklumat tersebut aku membatalkan niat aku.

Ketika berada di sana aku dapati bahawa harga sepeket rokok 20 batang bernilai HK$50.00 (RM39.00)! Bayangkan berapa banyak cukai yang boleh dikutip oleh kerajaan untuk menampung kenaikan RON95. Mungkin cukai arak juga boleh membantu. Walaupun aku bukan seorang yang minum arak tetapi aku juga seorang perokok tegar. (kat hongkong kena slo slo sikit hisap rokok tu... hehehe)

psst psst.... bila pesalah trafik yang mabuk arak akan dihukum mati ek? sebelum lebih banyak yang mati oleh mereka dan menggunakan alasan mabuk untuk mendapat hukuman ringan?

Blog Gerakan Anti PKR disekat?






Semalam aku berada di salah sebuah hospital swasta di Kajang, Selangor. Sambil-sambil menunggu isteriku yang dirawat di situ aku melawat blog kawan-kawan dengan menggunakan Wi-Fi yang disediakan disitu. Aktiviti aku diinternet agak berkurangan semenjak dua minggu sudah kerana bercuti seminggu di Hongkong kemudian pulangnya ke rahmatullah ibumertua aku ketika penghujung percutian aku.

Apa yang mengherankan aku, dalam banyak-banyak blog yang aku layari, aku gagal memasuki blog GAP! Blog lain seperti PapaGomo, Gerakan Timur dan blog-blog lain tidak disekat kecuali paparan Youtube sahaja tidak dapat digunakan kerana tapisan.

Hebat sangatkah blog GAP sehingga disekat sebegitu? Atau kerana nama penuhnya yang mengandungi perkataan PKR? hehehehe

Selamat berblog GAP!!!!!

Sunday, May 8, 2011

UUM-Penindasan ilmu atau rompakan yang sah di sisi undang-undang


Penyakit penindasan pendidikan yang bermula di IKYS kini menular ke Kedah. Kerajaan yang sepatutnya menyediakan lebih banyak kemudahan pendidikan untuk anak negeri semakin menekan institusi pendidikan itu sendiri.

Setelah penutupan IKYS yang dikatakan tidak memberi keuntungan kepada kerajaan negeri, pengurangan pelajar yang menuntut di UNISEL mungkin kerana pentadbiran yang masih mencari rentak, kini UUM pula menjadi mangsa.


Penubuhan UUM di Kedah adalah dari tawaran kerajaan negeri ketika itu yang ingin melihat pembangunan insan di samping merancakkan kemajuan pembangunan sekitar. Dengan nilai harga tanah yang rendah di samping tawaran rebat cukai tanah yang menarik membolehkan UUM memiliki tanah yang begitu luas untuk perancangan jangka panjang. Ini adalah perkara biasa bagi sesebuah kerajaan negeri apabila memberikan tawaran pelaburan termasuk kepada syarikat-syarikat swasta. Pengecualian cukai, rebat cukai, kemudahan infrastruktur seperti bekalan elektrik, air dan jalanraya adalah diantara tawaran untuk menarik minat pelaburan.


MB Kedah sepatutnya tidak membuat perbandingan dengan cukai tanah yang dikenakan di USM Pulau Pinang (RM2.50/kaki persegi) kerana nilai tanah di sana berbeza dengan negeri Kedah. Begitu juga dengan UITM Shah Alam (RM0.50/kaki persegi) kerana ketika UITM bermula sebagai ITM, kawasan tersebut adalah belantara tempat jin bertendang. Kerajaan Negeri Selangor berusaha menyediakan kemudahan infrastruktur sehingga menjadikan Shah Alam sebagai bandaraya dengan kehadiran ITM sebagai peneroka asal. Kerana itu, walaupun nilai tanah di Shah Alam tidak jauh berbeza daripada Pulau Pinang (mungkin lebih tinggi dari Pulau Pinang) maka cukainya masih lebih rendah di antara keduanya.


Pengurangan rebat cukai tanah boleh dilakukan dengan cara berperingkat-peringkat. Ianya bukan bermakna kerajaan negeri menaikkan cukai tanah tetapi mengurangkan rebat. Mungkin UUM masih mampu menampung tambahan RM50,000.00 setiap tahun. Ini kerana pembangunan UUM masih lagi belum menyeluruh. Lebih banyak tanah yang sedia ada masih lagi belum digunakan untuk pembangunan insan. Dengan cara ini UUM akan berusaha lebih kuat untuk mendapatkan lebih ramai pelajar dan menambah dana. Di samping tidak membebankan ianya juga mampu memajukan kawasan sekitar seiring dengan peningkatan UUM itu sendiri. Sekiranya rebat ini tidak diberikan maka kemungkinan yuran pengajian terpaksa dinaikkan bagi menampung keperluan yang masih belum dimaksimakan. Dan bebanan ini akan ditanggung oleh sekumpulan mahasiswa yang masih dalam satu kelompok kecil berbanding dengan keluasan UUM itu sendiri.

Mungkin contoh jadual di bawah ini boleh dijadikan cadangan.

TahunCukai SetahunPertambahan
sebelumRM150,000.00-
1RM200,000.00RM50,000.00
2RM250,000.00RM50,000.00
3RM300,000.00RM100,000.00
4RM400,000.00RM100,000,00
5RM500,000.00RM100,000.00
6RM700,000.00RM200,000.00
7RM900,000.00RM200,000.00
8RM1,100,000.00RM200,000.00
9RM1,300,000.00RM200,000.00
10RM1,500,000.00RM200,000.00
11RM1,700,000.00RM200,000.00


Dan selepas 11 tahun atau 15 tahun, nilai tanah tersebut akan meningkat dan membolehkan kerajaan negeri mengenakan cukai tanah yang lebih tinggi. Bukan lagi 20 sen/kaki persegi.

Perlu dingat bahawa di dalam sistem asas perakaunan, pengurangan rugi adalah satu keuntungan. Memandangkan kerugian yang diterangkan oleh kerajaan negeri bukannya kerugian modal tetapi kerugian pendapatan, ternyata kerajaan negeri tidak rugi secara dasarnya tetapi rugi secara teknikal. Sekiranya UUM tidak diujudkan disitu, tanah tersebut (mungkin) masih belum dimajukan. Sekiranya ini berlaku bermakna kerajaan negeri langsung tidak mendapat sebarang pendapatan termasuk RM150,000.00 setahun dari UUM dan kecairan ringgit di kawasan tersebut. Ini bermakna kerugian tersebut lebih merujuk kepada rugi keuntungan dari aset yang sedia ada tidak mendatangkan hasil sebelum ini.


Kenyataan MB Kedah yang mengatakan bahawa kerajaan negeri akan kerugian RM1.6 juta setahun mengesahkan ketidakupayaan kerajaan negeri mencari sumber pendapatan yang lain sehingga sanggup mengikis dari duit rakyat yang ingin melihat anak-anak mereka berjaya. Apakah sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan memberikan keuntungan tunai segera setiap tahun sedangkan yuran yang semakin kurang ditambah pula dengan bantuan buku teks. Ini tidak termasuk bantuan makan dan minuman sihat. Biasiswa-biasiswa yang tidak dibayar balik.

Semasa dan selepas zaman dharurat, kerajaan ketika itu terpaksa memindahkan atau menyediakan kem-kem askar di kawasan-kawasan yang ingin dibangunkan. Dengan cara ini, rakyat tidak berasa takut dengan ancaman kominis dan kawasan tersebut semakin membangun. Sebagai contoh, Sg Buloh yang satu ketika dulu adalah kawasan rimba kini menjadi begitu maju.

Zaman sekarang, terdapat tiga cara mudah untuk memajukan sesuatu kawasan
Pertama dengan menjadikan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan industri seperti di Senawang dan banyak lagi tempat lain.
Kedua dengan menjadikannya sebagai pusat pengajian tinggi seperti di Sri Iskandar, Perak
Ketiga ialah dengan menggabungkan kedua-duanya sekali seperti di SHAH ALAM.

Kalau dilihat secara SYAK WASANGKA, tindakan kerajaan negeri Kedah boleh menimbulkan persepsi songsang rakyat. Ini ditambah pula dengan ugutan seperti sekiranya UUM gagal maka denda sebanyak RM90,000.00 akan dikenakan. Bagaimana sekiranya UUM masih gagal? Apakah tanah tersebut akan dirampas semula?

Beberapa persoalan mungkin akan timbul seperti:
  1. Apakah kerajaan negeri ingin mencari keuntungan mudah dengan menindas rakyat?
  2. Apakah kerajaan negeri sengaja menindas UUM supaya UUM akan gulung tikar dan kerajaan negeri boleh menjadikannya sebagai kawasan BEBAS CUKAI dengan keuntungan berlipat kali ganda?
  3. Apakah kerajaan negeri sedia ada tidak yakin untuk terus memerintah dan mencari jalan pintas mencari keuntungan sebelum mereka terpaksa menyerahkan kuasa?

Friday, May 6, 2011

PapaGomo Baca Al-Quran sekerat dah cukup?

Makin hari makin seronoklak aku masuk blog PapaGomo. Bukan kerana entrinya yang sensasi tapi penyertaan ramai bijak pandai di dalam ruang komennya. Salah satu komen yang aku baca seperti berikut (sori laa Gomo sebab tajuk entri sensasikan nama anda. bagi up lagi ranking Aleza tu. blog aku tak kan masuk senarai pun. hehehe):


mutiara, April 29, 2011 2:44 PM

hukum apa dalam dalam islam yang menyuruh sumpah laknat?

tolong bagi rujukan hamba x paham

Ayat apa? surah apa?

ataupun ada hadis nabi tolong bagi tau....

yang hamba tau kalau tuduh zina kne
ada 4 org saksi.

Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik
(Surah An-Nur : 4)

Tlng bagi tau hamba ttng sumpah laknat? ayat mana surah mana


Selepas itu dijawab:


Anonymous, April 29, 2011 5:10 PM

(Surah 24 ayat 6 )
Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar

(Surah 24 ayat 7 )
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta.

(Surah 24 ayat 8 )
Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta

(Surah 24 ayat 9 )
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar.

(Surah 24 ayat 10 )
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi).

takkan baca sekerat jer yang menguntungkan pihak sendiri. tu belum lagi yang diriwayatkan dari contoh-contoh yang berlaku di zaman Rasullullah.

Dan aku ingin memaparkan entri oleh Gerakan Timur di sini untuk renungan kita bersama:


Islam mewajibkan umatnya menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang tidak baik antaranya ialah mengumpat . Mengumpat ialah menyebarkan keaiban atau keburukan orang melalui lidah.

Hukumnya adalah berdosa. Namun ianya harus pada enam keadaan iaitu :

1. Mengadu keburukan atau kejahatan seseorang kepada hakim supaya diadilinya.

2. Mendedahkan keburukan seseorang supaya dia berhenti daripada melakukan perbuatan jahatnya (selepas nasihat tidak berhasil)

3. Meminta fatwa daripada ulama tentang perbuatan keji seseorang

4. Menakutkan atau menghindarkan seseorang atau orang ramai daripada bersahabat dengan orang fasiq kerana bimbang terpengaruh dengan kefasiqannya (lebih-lebih lagi perbuatan fasiqnya itu boleh mengancam kedudukan agama dan negara)

5. Hendak memberi tahu nama seseorang dari satu golongan yang ramai mempunyai nama yang sama. Justeru disebutlah keaiban atau kecacatan pada dirinya.

6. Menyebut kejahatan orang yang masyhur dengan perbuatannya kerana dia tidak akan memarahinya bahkan berbangga dengan gelaran tersebut.

Persoalannya bagaimana pula sebaran keaiban dengan kaedah video klip ? Jawabannya samalah seperti mengumpat iaitu dosa besar kecuali bertepatan dengan salah satu daripada 6 keadaan yang diharuskan tersebut.

Rujukan : Kitab Hidayah al-Salikin , muka surat 172, Bab menjauhi maksiat zahir

Kesimpulan. Renung - renungkan.

Harapan GAP akan terlaksana?

Bermula dari luahan hati GAP (Gerakan Anti-PKR) dalam surat terbuka beliau kepada Tun Dr Mahathir seperti DI SINI, aku telah menemui beberapa orang teman di Shah Alam dan mereka juga bersetuju sekiranya diadakan perjumpaan tersebut di Shah Alam. InsyaAllah, kami dalam usaha untuk menjadikan harapan GAP dan blogger-blogger lain itu menjadi sebagai satu kenyataan. Wallahualam.

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun