Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Friday, April 29, 2011

Tun Dr Mahathir Naik Angin? Di Kemaskini

Cukup-cukuplah kita menyakiti hati TDM. Terlalu banyak yang telah beliau lalui sepanjang menjadi PM. Walaupun aku hidup sejak dari pentadbiran Tengku Abdul Rahman tetapi di bawah pentadbiran TDM aku melihat perubahan yang begitu ketara sehingga aku tidak menyangka masih sempat melihat segala pembangunan sekarang.

Sepanjang hidupku dalam politik, aku tidak pernah berpaling daripada UMNO walaupun ada sekor dua biawak yang menyakitkan hati aku semasa pentadbiran TDM. Namun, kerana kepimpinan beliaulah yang menyebabkan aku terus setia bersama UMNO. Dan kerana kepimpinan beliaulah ramai pemimpin-pemimpin yang sudah tidak diterima rakyat terselamat dalam pilihanraya. Hanya kerana inginkan pentadbiran  dan kepimpinan yang berterusan TUN DR MAHATHIR!

Entri ini aku buat berdasarkan dari surat terbuka GAP (Gerakan Anti-PKR) seperti dibawah ini:


BISMILLAHHIRAHMANNIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM WB AYAHANDA TUN DR MAHATHIR DAN KELUARGA.

saya, dengan nama pena blog gerakan anti pkr menyusun sepuluh jari memohon jutaan ampun dan maaf di atas kebiadapan saya melabel ayahanda tun dr mahathir dan keluarga sewaktu saya berada dalam pkr.( selama 12 tahun).

maaf kan saya . ayahanda tun ,segala cerita ayahanda mengenai anwar ibrahim akhirnya telah dipertontonkan oleh ALLAH SWT akan kebenarannya.

maaf kan saya. dosa saya selama ini cukup banyak kepada ayahanda tun.penyesalan ini luar biasa dalamnya.penyesalan ini takkan bisa padam selagi saya tak dapat cium tangan ayahanda tun dan melafazkan permohonan jutaan ampun dan maaf.tolonglah maafkan kesilapan saya wahai ayahanda tun..

dengan perasaan rendah diri, sudilah kiranya ayahanda tun memaafkan kesilapan dan keterlanjuran saya. sekali lagi ayahanda tun..maafkan saya.wasalam.
Posted by GAP KEMBALI at 2:30 PM 


Kisah penuhnya di SINI 
 

Apabila membaca nukilan GAP yang membuat pengakuan aktif dalam gerakan reformasi termasuk peristiwa di Lebuhraya KESAS membuat aku tersentak. Aku yang tergesa-gesa untuk pulang kerana anak aku mengalami demam yang amat panas dan hampir meragutnya nyawanya tersekat di dalam kesesakan tersebut. Habis segala perkataan mencarut, maki dan hamun di dalam kamus yang aku hamburkan. Alhamdulillah. Anak aku kembali pulih dan kini telah dewasa.

Atas keberanian GAP memohon maaf atas keterlanjurannya pada TDM, aku juga INGIN MEMOHON MAAF kepada semua yang terbabit pada hari tersebut atas niat dan doa dari seorang ayah yang terdesak ketika itu.


Dan dari komen-komen yang dihantar pada GAP, ingin aku titipkan beberapa di antaranya di sini:


Anonymous said...

saya pun nik name "NYO" dari Sarawak pun nak mintak maaf kepada Tun Mahathir...memang salah di fikir benar....itulah tahun 1998 dahulu. Maaf Tun Mahathir bersama2 GAP
April 29, 2011 2:46 PM

al said...

Anwar jijah dan izzah adalah melayu paling sial dalam negeri tercinta ini. Kita mesti hapuskan mereka.

TDM adalah negarawan terulung. Sebelum beliau meninggalkan kita baiklah kita memohon maaf. Agar lebeh ramai akan tampil. Kita buat satu majlis ramai ramai...
April 29, 2011 2:50 PM

Anonymous said...

Salam Dr.Mahathir,

Ingin sekali berjabat tangan menghulur salam mohon kemaafan. Saya juga telah banyak memaki hamun dengan perkataan yang hina terhadap Tun. Sesungguhnya Allah SWT telah menunjukkan kebenaran walaupun setelah 10 tahun lebih.

Rasa macam nak menitis air mata baca GAP punya pengakuan.

Kepada penyoking tegar BABI cuckup2lah.
April 29, 2011 2:52 PM

Anonymous said...

saya pun nik name "NYO" dari Sarawak pun nak mintak maaf kepada Tun Mahathir...memang salah di fikir benar....itulah tahun 1998 dahulu. Maaf Tun Mahathir bersama2 GAP
April 29, 2011 2:46 PM

??

Anonymous said...

Terkesan di hati saya bilamana membaca bahawa GAP tidak berpeluang mendekati Tun M atas faktor2 tertentu.
Kontrari untuk saya, kerana saya berpeluang berjabat tangan bila terserempak Tun M yang berseorang di sebuah kedai buku besar di ibukota. Rezeki saya :D
Pada waktu saya berdepan dengan Tun M, saya amat merasakan betapa Tun M sangat "disarming" dan real.
I left PKR in 2006. I have personally pohon maaf pada Tun M dan beliau hanya tersenyum dan kata "Tak pa lah....". I went home crying.
April 29, 2011 3:03 PM

Pergilah ke Blog GAP dan baca lebih banyak lagi komen hebat di situ.

Dan untuk komen terbaik aku memilih yang ini:


Silver hair said...

" Jujur memperagakan kekesalan kepada seseorang secara terbuka adalah satu nilai yg amat tinggi , mulia dan amat berani" sejarah membuktikan igo banyak menyebabkan orang membawa dosa dan kesilapannya keliang lahad. Selaku peminat GAP, secara ikhlas sy isytiharkan bahawa anda org hebat, berani dng secara terbuka memohon maaf kpd YABh Tun , sy yakin bila Tun yg berjiwa besar berkesempatan membaca tulisan anda insya Allah Tun akan memaafkan. Ya Allah alag kah bersyukurnya hamba kerana diberi peluang berkenalan dng nya. dan tenangkanlah jiwaanya dan kuatkan komitmennya untuk terus melakukan tugas menyelamat minda anak muda dari terperangkap dengan menyokong maknusia hg ketaraf meletakkan seseorang maksum dan bertaraf malaikat. ketahap tidak lagi dapat menggunakan lojik dan daya fikir.
April 29, 2011 3:58 PM

Dan yang ini benar-benar menyayat hati aku! Kemaskini terbaru 2/5/2011


Anonymous said...

Terkesan di hati saya bilamana membaca bahawa GAP tidak berpeluang mendekati Tun M atas faktor2 tertentu.
Kontrari untuk saya, kerana saya berpeluang berjabat tangan bila terserempak Tun M yang berseorang di sebuah kedai buku besar di ibukota. Rezeki saya :D
Pada waktu saya berdepan dengan Tun M, saya amat merasakan betapa Tun M sangat "disarming" dan real.
I left PKR in 2006. I have personally pohon maaf pada Tun M dan beliau hanya tersenyum dan kata "Tak pa lah....". I went home crying.

April 29, 2011 3:03 PM
===========================

MPH KLCC 2007 ? I remember you. Dr Mahathir was alone at one section, i was working there. I saw you went to him and shake and kiss his hands and you both hugged and you went away crying we all thought something bad happened.
Indeed Dr Mahathir is very down to earth. My supervisor refused to accept money from Dr Mahathir cos he wanted to pay for all the purchase. I remember my supervisor said that he has a job working in a building that Tun helped build, so the least he can do was belanja Dr Mahathir. But Dr Mahathir refused and made me accept the payment. My supervisor also cried.
This didnt hit me emotionally back then, but now i feel so stupid for not taking the chance to even say Thank You to Dr Mahathir.

- W
April 30, 2011 1:57 AM

Tuesday, April 26, 2011

MB N9 bagi tazkirah di Dewan Undangan?

Betulkah dia ni bekas seorang guru? Kalau benar dia ini bekas seorang guru, malang sekali bekas anak-anak muridnya.

Tahniah kepada MB N9. Jawapan tanpa teks yang bersahaja dan mantap!

Aku nak ulas tak boleh sebab aku ni BINGAI! Dapatkan ulasan selanjutnya di blog PANEH MIANG


Monday, April 25, 2011

Jom Bakar Akhbar Utusan Malaysia






Apa susah-susah nak boikot Utusan Malaysia. Kalau kita tak beli (boikot) orang tak tau. Apa kata kalau tiap-tiap hari kita beli setiap sorang satu naskah dan tiap hari kita BAKAR!





Yang aku menyampah tu ramai yang boikot beli tapi bila nampak akhbar Utusan Malaysia kat atas meja aku masa aku minum di kedai mamak, ramai yang nak pinjam. Baik lepas beli, baca dan bakar. Baru puashati. Tak da sapa yang dapat pinjam lepas tu kata dia boikot. hehehe

Saturday, April 16, 2011

Awek sapa laa ni?


Tolong sebarkan!

Kepada sesiapa yang mengenali dan mengetahui gadis seperti gambar di atas, sila hubungi:
Junniy bin Che Dak 0193679499. Remaja ini bersekolah di SMK Meru Klang. Jasa baik tuan puan amat diperlukan.

Sumber dari blog: Kedah Ke KL
Sumber terbaru! Adik Intan telah ditemui! Sila ke blog Gerakan Timur untuk berita lanjut!

Sunday, April 10, 2011

18SX: PDRM belum selesai siasatan!

Bagi yang bijak pandai tu cuba-cubalah baca cebisan entri dari blog YB Datuk Zul. Tahniah atas pengurniaan darjah kebesaran dari Paduka Tuanku Sultan Pahang.
Setakat ini, daripada 5 soalan diatas, pihak polis hanya baru menjawab soalan pertama, iaitu pihak polis hanya baru mengesahkan videoklip itu tulin!!! Ada 4 soalan lagi yang belum dijawab, termasuk siapa watak-watak dalam videoklip itu dan apa yang sedang mereka lakukan? Bermakna siasatan pihak polis belum selesai. Jadi dimana yang kepoh tak tantu pasal mengupas isu zina, qazaf, sampai kapir mengkapir pasik mempasik satu sama lain?

Sebenarnya tidak timbul langsung isu zina atau menuduh orang berzina pada peringkat ini! Jadi tak timbul isu qazaf, empat orang saksi, hudud dan lain-lain. Semuanya retorik, teoretikal, hypothesis, andaian, spekulasi dan putar-pusing yang sekadar membuang masa dan pikiran. Dan yang paling teruk, ada segelintir daripada pematwa-pematwa ni tengok videoklip tu pun belum, dah keluar pelbagai macam patwa dan hukum-hakam!

Pada teman, kita sepatutnya membenarkan pihak polis menyelesaikan siasatan dahulu. Sekarang baru masuk peringkat kedua; iaitu mengenal pasti watak-watak dalam videoklip yang sudah pun disahkan tulin. Semua pihak perlu berikan kerjasama kepada PDRM untuk menyelesaikan siasatan mereka. Hanya setelah selesai kesemua 5 soalan diatas, barulah boleh kita perbincangkan isu yang relevan berdasarkan hasil siasatan PDRM tersebut.

Bila dah selesai siasatan Bukit Aman nanti, bergantung pada hasil siasatan mereka, barulah kita tengok perlu atau tidak Suruhanjaya DiRaja, atau nak charge Datuk Eskay @ Trio itu, atau nak heret Jantan-X ke Mahkamah Syariah ke? Itu semua masih premature sehinggalah pihak PDRM selesai dengan penyiasatan mereka.

Sementara menunggu selesainya siasatan itu, yang sebenarnya diminta oleh Anwar sendiri berdasarkan lapuran polis yang beliau buat, eloklah semua pihak relax dulu. Nasihat teman, hentikanlah mempolitikkan semua isu. Kesian teman nengok habis anak bini dan kekawan diheret sama. Udah-udahlah tu yop. Biorlah pihak PDRM jalankan tugas mereka tanpa gangguan dan fitnah.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
05 Jamadil Awal 1432
Untuk entri penuh sila klik di SINI!

Monday, April 4, 2011

Jom Pancut Dan Minta Diskaun!

Sudah dua minggu kita digemparkan oleh kes pancut memancut dan akhirnya video pancut memancut yang telah disensor oleh Lembaga Penapisan Video 18SX untuk bloggers di siarkan seperti di sini:

 Dan banyak lagi blog-blog yang menayangkan video tersebut. Oleh kerana sudah ramai yang mendedahkan pasal video tersebut jadi tak perlulah aku nak membazirkan blog aku dengan kisah tersebut kerana aku sendiri menyampah nak buat entri macam tu. Apa yang ingin aku ceritakan di sini lain dari yang lain. hehehehe.. sori bro. Wa potong stim lu!

Kisah pancut ini ialah kisah yang sebenar dan lebih menjurus kepada kesejahteraan semua rakyat, bukannya sedap seorang rakyat. Semakin ramai yang telah tahu kuasa hebat yang dibawa oleh air tetapi masih ramai yang tidak menyedari bahawa kita juga boleh membantu persekitaran dengan menggunakan air.

Setiap kali berlaku jerebu dan pencemaran udara oleh pembakaran terbuka hutan maka setiap kali itulah kerajaan perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menangkisnya terutama dalam projek pembenihan hujan. Dengan menjadikan hujan tiruan, jerebu akan melekat pada hujan tersebut  dan dibersihkan daripada udara. Namun, pencemaran udara melalui asap kenderaan yang berlaku setiap hari masih seperti dahulu. Tiada tindakan yang sewajarnya untuk membantu membersihkan udara tersebut terutama di bandar-bandar besar.

Setelah melihat kejayan pencegahan jerebu melalui hujan tiruan, aku rasa sudah sampai masanya rakyat terutama sektor-sektor perniagaan berganding bahu membantu membersihkan udara persekitaran. Caranya mudah dan tidak memerlukan banyak modal. Malahan anda boleh membina sendiri hanya dengan menggunakan pam-pam yang digunakan oleh akuarium-akuarium ikan.

Di samping menjadikannya satu rekabentuk yang menarik untuk halaman anda, ianya juga mampu memerangkap debu-debu karbon monoksida yang dikeluarkan oleh kenderaan kita sendiri. Tak kisahlah sama ada ianya merupakan air pancut atau air terjun. Sebaik-baiknya ianya diletak di luar rumah kerana penjimatan air boleh dilakukan dengan menakung air hujan. Bayangkan berapa banyak jerebu yang dapat diperangkap sekiranya 90% rumah di sesuatu kawasan perumahan melakukan perkara yang sama.

Bagi premis-premis yang membina dalam skala yang lebih besar, mungkin anda boleh memohon TNB memberikan diskaun ke atas penggunaan elektrik untuk menjana pam-pam tersebut. Sekiranya TNB boleh memberikan diskaun/rebat ke atas lampu-lampu hiasan pada sesuatu malam keramaian mengapa tidak pemberian diskaun ini diperolehi untuk membantu pembersihan udara?


Hanya salah satu daripada idea Aku Yang Bingai!

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun