Bagai telah diduga-duga apabila Video Sex Lelaki X yang dikatakan seorang pemimpin pembangkang menggemparkan negara, berturutanlah pula dakwaan-dakawan baru mengatakan terdapat beberapa video sex yang melibatkan beberapa pemimpin lain yang belum didedahkan.
Bermula dengan isu video sex Chua Soi Lek, dipaparkan pula video terhangit oleh Datuk "Trio" dan diikuti pula dengan pendedahan Ummi Hafilda yang menyatakan masih terdapat beberapa lagi video sex yang mungkin melibatkan pelaku yang sama. Kini, Shamsul AMK pula mendakwa beliau juga memiliki video sex yang melibatkan pemimpin BN (rujuk di mynewshub.my)senario politik tanahair dilihat semakin meriah dengan isu-isu panas.
Berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh Datuk "Trio" yang mungkin di anggap tidak bermoral (?), Shamsul AMK pula mengambil pendekatan lebih bermoral (?) untuk tidak menjatuhkan (kemaluan) darjat orang yang terlibat. Sikap tidak menghebahkan keaiban insan lain adalah sikap yang sangat terpuji dan dianggap sebagai seorang yang berhemah tinggi. Syabas kepada Shamsul AMK!
| “We too have those videos but we won’t be using them as it is immoral to do so,” he said here today. |
TETAPI!
Apakah hukumnya apabila seseorang itu BERSUBAHAT dengan kemungkaran yang dilakukan oleh insan lain yang se agama dengannya sedangkan beliau mempunyai bukti yang sahih (?) tentang perlakuan tersebut?
- Apakah dengan membiar orang lain bertanggapan baik terhadap iblis yang bertopengkan malaikat itu sedangkan anda mengetahui kebenarannya merupakan sikap yang terpuji?
- Apakah menyembunyikan bukti kemungkaran merupakan sikap yang berhemah?
- Apakah membiarkan orang lain berimamkan seorang yang munafik atau telah murtad itu HARUS dan bermoral?
Kenyataan Shamsul AMK merujuk kepada KECURIGAANnya terhadap Polis DI RAJA Malaysia bolehlah dianggap sebagai satu penghinaan yang bukan saja melibatkan polis malahan DYMM Yang di Pertuan Agung yang memperkenankan nama DI RAJA digunakan oleh jabatan tersebut.
| However, Shamsul did admit that the opposition do have doubts when it comes to police investigation as it could be slightly “biased” as there would be preassure made by the government especially cases that involves leaders of UMNO and BN. |
Kerana itu tindakan Datuk "Trio" boleh dianggap lebih tertib walaupun tidak bermoral(?). Pendedahan yang dibuat terhadap segelintir insan tertentu sebelum diserahkan kepada polis selepas keengganan si pelaku yang didakwa seorang pemimpin pembangkang tersebut enggan beralah akan menafikan sebarang spekulasi terhadap Jabatan Polis itu sendiri kerana setiap orang berhak mempunyai syak wasangka dan PDRM tidak terlepas daripada menjadi mangsa kesyakwasangkaan tersebut.
Sebelum ini kedengaran suara-suara sumbang yang membisikan pertuduhan Liwat 1 juga ditemani (accompanied) dengan video dan kononnya video tersebut dihapuskan bagi mengelakkan keaiban yang lebih parah terhadap keluarga dan keturunan yang dituduh. Berbagai versi bisikan sumbang dialunkan termasuk kononnya si isteri meminta jasa baik tangan-tangan ghaib untuk menghapuskan bukti tersebut atas nama maruah(?) keluarga yang telah calar-balar.
Mungkin Shamsul AMK boleh menggunakan cara pendekatan Datuk "Trio" untuk membuktikan kesahihan dakwaan beliau walaupun bukan dengan panel yang sama sebagai saksi. Rakyat semakin dahagakan pemimpin yang bermoral dan berhemah tinggi seperti Shamsul AMK untuk menghapuskan kemungkaran kerana kita masih punya tanggungjawab terhadap anak-anak kita yang akan menjadi generasi akan datang.
Oleh itu, lebih baik beliau sebagai seorang pemimpin generasi muda khasnya dan pemimpin rakyat amnya bertindak dengan cara lebih tertib, bermoral dan berhemah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat dan seorang penganut agama Islam yang suci sebelum beliau pula mungkin dianggap sebagai pendusta, pembohong, penfitnah dan bersubahat dengan kemungkaran. Wallahualam.
Aku yang Bingai masih menunggu video perbincangan (tawar-menawar?) di antara Datuk "Trio" dan Datuk Johari. pssstt... psssst.... ada ke? ehehehe























