Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Saturday, February 26, 2011

PAS Menghina Al-Azhar?

Membaca artikel yang dipaparkan di Agenda Daily: Isu Ijazah Calun BN membuatkan aku tertanya-tanya apakah sebuah universiti yang begitu dihormati di dunia hanyalah sebuah sindiket yang bertopengkan nama Universiti Islam?

Syed Ibrahim Syed Ahmad dituduh menipu berhubung kelulusan akademiknya.

Beliau didakwa tidak lulus semasa belajar di Universiti Al-Azhar dan dituduh membeli ijazah dari universiti berkenaan.

Baca entri selanjutnya di SINI.

Sebagai seorang ahli parti yang RESMI maka setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli tersebut boleh dianggap sebagai kenyataan RESMI parti. Oleh itu sekiranya tuduhan itu dilakukan oleh (walaupun hanya seorang) ahli parti maka ia boleh dianggap sebagai satu kenyataan resmi.

Adakah perkara seperti ini menjadi amalan mereka sendiri sehinggakan mereka tahu bahawa ianya berlaku?

Kalau nak dibandingkan dengan teknologi yang semakin mudah diperolehi, sijil boleh disalin menggunakan mana-mana mesin cetak samada inkjet ataupun laser yang akan kelihatan seperti asli. Oleh itu mengapa perlu menggunakan sindiket?

Aku nak tanya anak sedara aku yang juga seorang lulusan Al-Azhar dan kini mengajar di sekolah agama. Kalau benar berlaku pengsijilan HARAM seperti ini maka aku akan menjadi prasangka terhadap semua yang berkelulusan tersebut terutama dari mereka yang mewakili parti atau NGO yang mendabik dada bahawa mereka adalah ilmuan ISLAM. Tetapi kepada siapa nak aku bebankan prasangka yang boleh menjadi fitnah ini?

Friday, February 25, 2011

Inikah kasih? Inikah sayang?

Jangan bandingkan kisah Romeo & Juliet. Atau, Shah Jahan & Mumtaz Mahal. Atau, Tuah & Teja. Kerana inilah dia PERCINTAAN YANG SEBENAR!

Dalam aku merayau-rayau membaca entri blog kawan-kawan aku terjumpa entri yang ini. Mungkin agak terlambat kerana sambutan Maulidur Rasul telah seminggu berlalu tetapi aku ingin meneruskan kesinambungan luahan hati Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas ini supaya ianya terus berada di persada maya ini untuk selama yang mungkin.


SALAM MAULIDUL RASUL.... Itu sahaja ungkapan yang mampu kita perkatakan apabila tibanya tarikh 12 Rabiul Awal, 1 tarikh yang mengingatkan kepada kita tentang junjungan besar Nabi Muhammad saw. Selain dari itu? Mungkin akan bergema Selawat dan Puji-Pujian terhadap Baginda. Tapi bukan semua Umat Islam di Malaysia melaksanakannya. Melihat di Masjid-Masjid yang menganjurkan Sambutan ini, terbukti ramai sebenarnya di kalangan umat Islam yang lupa pada Kekasih Allah ini, yang berjaya menyebarkan Islam serata dunia. Tidak keterlaluan jika diperkatakan, tanpa Rasulullah, kita tidak akan lahir sebagai seorang Muslim. Baginda berjaya membentuk kita sebagai insan2 yang dijanjikan Syurga. Hanya perlu mengikut ajaran yang ditetapkan dengan sempurna.

Tapi, sedih apabila melihat Jasa2 dan Pengorbanan terbesar Baginda tidak dipandang serius oleh masyarakat kita. Tidak dinafikan bahawa ramai di kalangan umat Islam di Malaysia yang tidak sabar2 menunggu kedatangan Mulidul Rasul. Akan tetapi, bukan semuanya tidak sabar2 menunggu kerana dapat menyambut serta memperingati Beginda. Ada yang sekadar gembira kerana ianya merupakan cuti umum. Tidak perlu bekerja dan dapat berehat di rumah dengan tenang. Mereka tidak tahu betapa tenangnya hati dan jiwa manusia bergelar Muslim apabila mengenang jasa dan pengorbanan Baginda melalui berselawat ke atasnya.

Cuba renung dan selami jiwa kita. Rasulullah pernah menitiskan air mata apabila memikirkan nasib kita selepas ketiadaan beliau. Baginda jikalau boleh mahu hidup selama2 nya jika diberi peluang agar dapat melihat kita sentiasa terselamat dan dalam keadaan beriman. Baginda sendiri walaupun tidak sempat bersua dengan kita, namun boleh khuatir sehingga menitiskan air mata. Seolah2 Baginda mengenali kita sekian lama walaupun hakikatnya Baginda telah sekian lama tiada di muka bumi ini. Tidak rasa bersalahkah kita?

Rasulullah juga jikalau boleh mahu kita semua ditempatkan ke Syurga. Beliau amat sedih jika umatnya diseksa ke Neraka. Tapi sedih melihat umat Islam yang seolah2 terlupa dengan Rasulullah. Jika Malaysia tidak mengadakan Majlis Sambutan Maulidul Rasul, tarikh ini akan terus dilupakan. Malah ada juga umat Islam kini tertanya2, apa itu Maulidul Rasul? Kenapa mesti disambut? Agaknya inilah salah satu faktor Rasulullah menitiskan air mata dan sebak sebelum wafat. Kerana Baginda ketahui, umatnya akan semakin lupa padanya.

Hari ini hari Kelahiran seorang manusia pilihan Allah. Yang telah menjulang Islam di mata Dunia. Seorang Pemimpin Hebat. Tidak ada yang sehebat beliau. Di sini disertakan ucapan atau Khutbah terakhir sebelum Baginda meninggalkan kita semua. Baca dan hayati. Anda akan menitiskan air mata apabila membacanya. Inilah bukti betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kerana walaupun Baginda telah dijanjikan Allah akan ke Syurga tanpa bicara, hati dan jiwa Rasullullah masih mengingati kita. Hanya kita yang leka akan kasih sayang Baginda terhadap kita.

UCAPAN TERAKHIR NUKILAN RASULULLAH SAW.
Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Rasulullah.. Kami rindu padamu.


http://saadabiwaqqas.blogspot.com/2011/02/sebak-membaca-khutbah-terakhir.html

Saturday, February 19, 2011

DEB memperkayakan Orang Cina?

Entri ini aku salin semula komen yang aku buat di Blog Azli Shukir Today dengan tajuk "Menyanggah Nik Aziz: Saya Tiada Jawapan Itu!"

Kita selalu menilai keadaan melalui fakta seperti yang tercatit di dalam senarai 10 atau 40 orang terkaya di Malaysia. Dari situ kita mula membuat perbandingan di antara kaum. Memang hebat fakta yang menyebabkan DEB menjadi kecaman. Sebagai seorang yang celik mata dengan pelita kodok dari zaman PM Pertama, aku lebih melihat DEB dalam bentuk keseluruhan.

DEB bukan digarap untuk mengkayakan 40 orang Melayu supaya dapat duduk ditangga teratas senarai tetapi lebih ke arah memberikan keselesaan kepada rakyat keseluruhannya. Kejayaan DEB meningkatkan dayabeli rakyat yang menjadi pengguna. Dari sini, siapa saja yang berusaha akan mendapat labanya seperti mereka yang berniaga. Sekiranya rakyat kurang kuasa membeli, apakah anda fikir nama-nama cina tersebut akan ujud dalam senarai itu?

Pernah pada satu ketika dahulu Perayaan Tahun Baru Cina menjadi dilema bagi rakyat kerana takut banyak kedai yang mungkin tutup bercuti hingga timbul ungkapan "Cina raya Orang Melayu tak makan".

Tetapi ini tidak lagi berlaku kerana semua kaum telah pandai berniaga. Tahun Baru Cina ramai yang bercuti panjang dan pergi melancung tetapi pasar masih lagi meriah begitu juga dengan Deepavali. Ini juga adalah hasil dari DEB yang memberi kemudahan kepada rakyat untuk berniaga atau meningkatkan taraf kehidupan.

Jangan kerana sikap kita sendiri yang malas berusaha maka DEB menjadi mangsanya sehinggakan terdapat tiga set ungkapan yang pernah menjadi momokan satu ketika dahulu:

Set pertama (ketika membeli kereta):
Cina - Berapa laju boleh lari?
Melayu - Minyak berapa kilometer?
India - Berapa ramai boleh isi?

Set kedua (tafsiran bunyi gendang)
Cina - dung dung cei (untung-untung ye)
Melayu - tak tung tak tung (tak untung tak untung)
India - (tak boleh tulis gimik bunyi tabla) kadang-kadang untung, kadang-kadang untung

Set ketiga (dari segi sikap)
Tak berjudi bukan Cina
Tak berlagak bukan Melayu
Tak mabuk bukan India

Apakah kita masih melihat ketiga-tiga ungkapan ini masih relevan? Inilah hasil dari DASAR EKONOMI BARU.

Oleh itu, pada pandangan aku yang bingai bukan UMNO/BN yang mengkayakan orang Cina tetapi rakyat keseluruhan yang menjadi pemangkin kepada mereka yang benar-benar berusaha. Wallahualam

Badut Rakyat: POHON BANTUAN UNTUK ADIK UMAIRAH !!!

Badut Rakyat: POHON BANTUAN UNTUK ADIK UMAIRAH !!!

POHON JASA BAIK SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG PRIHATIN UNTUK MENGHEBAHKAN PENDERITAAN ADIK NUR UMAIRAH BINTI MOHD ZAIDI

Nama: Nur Umairah binti Mohd Zaidi
Umur: 1 tahun
Asal: Kampung Padang Kulim, Kedah
Penyakit: Hidrosefalus (kepala membesar)

Bantuan yang diperlukan:
1. Doktor pakar untuk tampil membantu
2. Hospital pakar tampil membantu dengan teknologi perubatan yang ada
3. Pengamal perubatan alternatif diminta tampil membantu
4. Pengamal perubatan tradisional juga dipelawa untuk tampil membantu
5. Bantuan kewangan
6. Semangat dan sokongan moral buat keluarga
7. Hebahan dalam online (Facebook, blog, forum dan lain-lain)

Sesiapa yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Norbaizura Dol (ibu adik Nur Umairah) yang bernombor 0711129000100633.

Doktor pakar, pihak hospital pakar swasta, pengamal perubatan alternatif dan tradisional yang ingin membantu boleh berhubung dengan saya seperti butiran di bawah:

Mohammad Rizan Hassan, Setiausaha ADUAN BELIA-MAJLIS BELIA MALAYSIA

+60137733676

Kerjasama semua amatlah kami hargai. Sama-sama kita berdoa agar ada jalan penyelesaian buat adik Nur Umairah. KEPADA ALLAH KITA BERSERAH !!!

SUMBER

KLIK DI SINI

Thursday, February 17, 2011

Hukum Zina Bukan Islam di Penang?

Sumber dan Gambar Utusan Malaysia 17/02/2011

PULAU PINANG 16 Feb. - Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengumumkan penubuhan portfolio baru untuk menjaga hal ehwal bukan Islam yang akan bertanggungjawab ke atas perkara membabitkan agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, ini merupakan pertama kali portfolio seumpama itu diperkenalkan di negeri ini yang mana beliau sendiri akan menjadi Exco. (berita selanjutnya DI SINI)


Sungguh menarik cadangan yang dikemukakan oleh LGE. Cuma aku nak tau  juga bagaimana dengan kepercayaan-kepercayaan lain.

Pada aku, ia adalah satu cadangan yang hebat. Mungkin kerana telah ditarbiahkan maka "Ustad" telah mula merasakan betapa perlunya pihak-pihak yang mahir dengan agama membantunya menangani masaalah sosial yang berlaku di PP.

Mungkin dengan pendekatan ini akan mampu menangani gejala-gejala seperti berikut:

  1. Vandalisma terhadap tempat-tempat ibadat kerana pasti mereka akan membincangkan bagaimana untuk mentarbiahkan pengikut agama masing-masing untuk menghormati agama-agama lain.
  2. Minum arak sampai mabuk walaupun ada agama yang membenarkan umatnya meminum arak tetapi bukan sampai mabuk dan membangangkan diri.
  3. Perjudian sehingga bangkrap yang menyebabkan ada di antaranya membunuh diri kerana tidak mampu membayar hutang dengan along kerana nak cepat kaya.
  4. Pertambahan anak-anak luarnikah di kalangan mereka yang bukan Islam kerana hampir semua agama menghalalkan dan menganjurkan perkahwinan (bukannya bersekedudukan)
  5. Pertambahan anak-anak luarnikah di kalangan pasangan bukan Islam dan Islam kerana biasanya hanya orang Islam yang berzina dengan orang bukan Islam sahaja yang didakwa dan dihukum.
  6. Pelacuran kerana semua agama (setahu akulah) yang mengharamkannya.
Usul ini bertepatan dengan Rukun Negara yang PERTAMA yang menyatakan:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Ini bermakna bagi mereka yang atheis atau yang tidak percaya kepada Tuhan maka mereka tiada tempat dan TIDAK LAYAK menjadi RAKYAT MALAYSIA. Walaupun pada dasarnya portfolio ini tidak perlu diadakan kerana agama-agama lain bukannya AGAMA RASMI negara ini berbanding dengan Agama Islam tetapi kewujudannya mungkin diperlukan bagi negeri seperti Pulau Pinang.

Cuma kerana di kalangan pembawa usul ini BINGAI SEDIKIT dari aku maka portfolio Hal- Ehwal Bukan Islam diberi nama. Memanglah nampak macam satu provokasi kepada portfolio Hal- Ehwal Agama Islam. Ianya kedengaran seperti satu portfolio yang bertentangan (oposite) portfolio Hal- Ehwal Agama Islam kerana perkataan BUKAN tersebut.

Rujuk:
  1. Awasi agenda tersirat DAP tubuh portfolio hal-ehwal bukan Islam
  2. Portfolio baru cuba tonjolkan Islam agama berkonfrontasi?

Oleh itu, sebagai orang yang BINGAI BANYAK dari mereka, aku ingin cadangkan supaya portfolio tersebut diberi nama Hal- Ehwal Pelbagai Agama yang lebih tepat kerana ianya sememangnya diperuntukkan untuk berbagai-bagai agama selain daripada Agama Islam yang telah mempunyai portfolio rasmi.

Kepada mereka-mereka yang mempertikaikannya aku rasa lebih baik memberikan nasihat yang berguna kepada LGE (terutama Mursyidul) bagaimana nak mengendalikan portfolio tersebut. Jangan asyik nak bangkang jer tetapi gunakan cadangan tersebut sebagai flatform untuk menambahbaikkan mentaliti rakyat (bukan Islam? ehehehe)

submited by my: China Made Strawberry Phone

Tuesday, February 8, 2011

Jemput diri anda sendiri?

Tawaran Istimewa! hehehehe. Takkan potongan 50% pun tak nak?

Apa yang anda perlu lakukan ialah
  1. Print kad jemputan di bawah ini.
  2. Isikan nama anda sebagai orang yang dijemput
  3. Datang pada majlis yang tersebut dengan yuran pendaftaran keahlian RM25.00
Tawaran terhad.
Kepada mereka yang tidak dapat hadir, sila daftar di SINI
Letakkan nombor ID 120664 (RM25.00) di ruangan ID Penaja (anda mungkin dikenakan bayaran poslaju RM7.00-Semenanjung/RM15/00-Sabah&Sarawak)
Tawaran ini hanya sah sehingga 28/02/2011

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun