Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Saturday, January 22, 2011

Jika inilah doa saudaraku yang Islam.....

 Pasrahlah aku padaMu, Ya Allah. Hanya Engkau yang maha mengetahui, adil dan maha penyayang. Semoga engkau memberikan taufik dan hidayah kepada kami semua. Sekiranya kehancuran yang engkau makbulkan dari doa-doa ini, maka aku berserah padamu. Tiada lagi dayaku untuk meraih kasih dan sayang saudara-saudaraku. Hanya kasih dan sayangMu sahaja yang aku dambakan. Amin.

Aku tertarik dengan entri yang dibuat oleh Jebat Berkokok di sini dan bermuhasabah diri. Betapa kerdilnya aku untuk meminta-minta kepada Allah SWT meletakkan hukum ke atas saudara-saudaraku sedangkan aku sendiri menanti hukumanNya.

"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :

"Ya Abu Ishaq, Allah berfirman bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan. Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".

Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".

1. Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.

2. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.

3. Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.

4. Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunnahnya.

5. Kamu mengatakan dirimu akan masuk Syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke Syurga.

6. Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.

7. Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.

8. Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.

9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepada-Nya.

10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka. "

Semoga Allah merahmati saudara-saudaraku!

Friday, January 21, 2011

Selamat Hari Lahir PAPA GOMO!


Semoga Allah SWT terus memberikan anda kekuatan dalam perjuangan anda yang murni!
Berita ini aku dapat dari Gelombang Rakyat! hehehe

Beraja Di Mata Bersultan Di Hati?

Ampun Tuanku,
Bukan niat patik mencampuri urusan Paduka Tuanku tetapi patik cuma ingin menyinggung sikap beberapa orang rakyat yang lupa diri dan buta sejarah. Ampun Tuanku.

Aku merujuk berita yang disiarkan Utusan Malaysia : Janganlah beta diseret...

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan harapan agar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin ini berlangsung dalam keadaan teratur.

Bagaimanapun dalam perutusan bertarikh 14 Januari lalu, Sultan Sharafuddin tidak mahu tindakan baginda menandatangani proklamasi untuk memanggil Sidang DUN disalah erti kononnya baginda menyokong mana-mana pihak.

“Proklamasi ini ditandatangani beta selaras dengan kuasa dan tanggungjawab yang diperuntukkan kepada beta di bawah Perkara LXX (1) dan LV(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

“Janganlah hendaknya perjalanan kuasa beta menandatangani proklamasi ini disalah ertikan bahawa beta menyokong mana-mana pihak dan janganlah beta diseret dan dilibatkan masuk dalam kancah politik oleh mana-man pihak berkepentingan yang tidak bertanggungjawab,” titah baginda.

Dalam keadaan sebegini pun Paduka tuanku masih mampu memberikan pertimbangan yang adil dan saksama. Masihkah lagi kita harus membiarkan baginda terus dipersenda?


Perlantikan tiga jawatan eksekutif sebelum ini sememangnya diserahkan kepada Sultan sesuatu negeri tetapi telah dipinda (bukan penarikan kuasa) untuk melicinkan pentadbiran. Jawatan seperti SUK selari dengan KSU yang mana pengurusan tersebut merupakan perkhidmatan awam. Untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh Sultan dan Raja-Raja maka perlantikan SUK telah dipindahkan kepada KSU dengan syarat MESTI mendapat perkenan Sultan. Sekiranya baginda tidak memberi perkenan maka nama-nama baru akan dicadangkan.

Seperti juga perlantikan Menteri Besar yang dicadangkan oleh parti/kumpulan parti yang menang juga MESTI mendapatkan perkenan baginda. Ini bermakna bukan kuasa yang dirampas tetapi beban tugas tersebut telah dipikul oleh KSU.

Sedangkan semua sedia maklum tarikh tamat perkhidmatan SUK sebelum ini telah menghampiri tetapi kerana terlalu sibuk berpolitik dan memerintah(?) negeri maka tugas untuk mencadangkan nama-nama pengganti telah terabai. Bayangkan sekiranya MB berkuasa mencadangkan nama dan Sultan MESTI memperkenankannya dan nama yang ingin dicadangkan masih tidak kelihatan? Bukankah tempang perjalanan pengurusan negeri dan dasar-dasar kerajaan tidak dapat dilaksanakan?

MB yang dilantik dari kalangan ADUN mempunyai tarikh luput selepas 5 tahun. Belum pasti ianya akan diperbaharui atau tidak tetapi SUK akan terus bertugas demi kepentingan rakyat dan meringankan beban paduka tuanku. Dan setiap kali berlaku pertukaran kerajaan negeri maka setiap kali itukah berlakunya pertukaran SUK?

Jadi, adakah kesaksamaan baginda sebegini masih dianggap membawa kezaliman sedangkan baginda ingin memerintah mengikut acuan UNDANG-UNDANG tubuh kerajaan negeri baginda sendiri?

Thursday, January 20, 2011

Wednesday, January 19, 2011

Berat mata memandang......

Tak mampu untuk dipandang. Tak mampu dirasakan. Tak tercapai akalku!

Andai ada sesiapa yang berkemampuan, hulurkan tangan peri kemanusiaan anda atas nama keakraban sejagat untuk membantu insan ini.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI!

Monday, January 17, 2011

Siapa Kata Saman Ummi Hafilda Tak Laku?

Gambar dari Blog Srikandi 7

Ummi Hafilda masih lagi berpeluang meneruskan niat beliau menyaman tokoh-tokoh politik walaupun diberitakan tarikh luput sesuatu kes tersebut ialah enam (6) tahun. Haknya sebagai seorang rakyat masih lagi terpelihara walaupun selama ini diperkotak-katikkan oleh mereka yang hebat dengan undang-undang.

Ketika aku melayari blog-blog Malaysia yang dianggapkan sebagai pengguna blog Kedua terbanyak di dunia, aku terjumpa satu entri di blog OutSyed The Box dengan tajuk Karpal Bulsh**tting Again yang menarik minat aku.

Kata-kata Karpal dalam The Star Online

Karpal: Time for Ummi to file suit has long passed.

GEORGE TOWN: The time limit for businesswoman Ummi Hafilda Ali to file a suit against several members of the Opposition has long passed, DAP chairman Karpal Singh said. . . He said the suit that she was reported to be planning related to “something that happened more than 13 years ago”, which meant that the statute of limitations had long expired. . . . “When a case exceeds six years – the limit is six years – the court can strike it out without it being heard. I advise her lawyer to study the law carefully,” Karpal said yesterday.

Hasil kajian Tuan Syed Akhbar Ali bahawa walaupun anda tidak boleh menyaman seseorang itu selepas enam tahun kesalahan itu berlaku tetapi terdapat pengecualian di dalam undang-undang:

I have raised the same point in my Blog. The statute of limitations is generally six years – meaning you cannot sue someone six years after the wrong took place. However there are exceptions (there always are) in the law. Here is one :

“Where there has been a fraud or concealment however, the Limitation Act 1953 provides for an exception. Section 29 of the Act states that where an action is based upon the fraud of the defendant or his agent or where any fact relevant to the plaintiff’s cause of action was delibrately concealed or where such an action is based on mistake, the time of six years does not run until the discovery of the fraud, concealment or mistake by the plaintiff. The effect of this section is plainly seen in the case of Lim Yoke Kong v Sivapiran s/o Sabapathy [1992] 2 MLJ 571 ..”

Di samping itu Tuan Syed Akbar Ali juga menambah beberapa tips lagi untuk Ummi Hafilda mendapatkan keadilan bagi dirinya seperti yang disebutkan dibawah ini:

There is another angle to support Ummi Hafilda’s rights under the Law to sue for justice. Anwar Ibrahim’s last appeals (to the Appeals Court, Federal Court, World Court, Badminton Court etc) over all those cases that sent him to jail (including the cases where Ummi’s name was mentioned or involved) took place circa 2004.

Meaning that although the events happened in 1997, the issue was still current in the Courts (the final appeals) up to 2004. So for the purposes of the same Court, the period of the Statute of Limitations should run from 2004, not from 1997 – so the argument goes. It still does put Ummi a little short, it is January 2011 now, so Ummi better hurry. But the Court will have its own views. Karpal Singh would know things like this. Mr Singh, apa punya pusing?


Ini bermakna Ummi Hafilda perlu segera mengfailkan samannya kerana masa sudah begitu suntuk sekiranya tempoh enam tahun itu diambil kira dari 2004 yang masih dipertikaikan.

Komen Si Bingai:
Seperti perjanjian pemajakan Pulau Pinang dari Kerajaan Kedah, perjanjian yang berdasarkan "Selagi ada matahari" maka begitulah keadilan dunia yang boleh kita gapai. Dan sebagai rakyat Malaysia sebenarnya kita sentiasa dilindungi undang-undang secara sedar atau tidak. Oleh itu jangan biarkan diri kita diperbodohkan macam AKU YANG BINGAI!

Sunday, January 16, 2011

Nak Buang Emak atau Buang Anak?

Perlu dibaca oleh semua terutamanya golongan perempuan!

Entri ini aku cilok dari blog B'Jue Corner tanpa kebenaran beliau. Kalau kau nak marah pun marahlah tapi setahu aku sesuatu berita yang baik tu elok diwar-warkan kepada semua. Kalau kau tak nak marahpun kena marah gak sebab ada alasan aku nak cilok lagi entri kau, Bro! hehehe

Kepada mereka-mereka yang nak buang anak atau emak, baca entri ini sampai habis. Lepas tu bacalah komen Si Bingai yang Bangang di hujung entri ini.

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA:
Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat:

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Sekian, semoga dapat sikit sebanyak manfaat daripada coretan ini.

Komen Si Bingai:
  1. Untuk Kaum Ibu:
    Ketahuilah bahawa anda adalah malaikat untuk anak-anak anda yang memerlukan kasihsayang, perlindungan dan menjadi matahati mereka dalam menempuh hidup ini.
    Usah dilalaikan amanah yang diberikan oleh Allah itu walau dalam keadaan apa sekalipun kehadirannya.
    Halalkan susu dan jerit pelohmu walau sederhaka mana anak itu.
  2. Untuk Anak-Anak:
    Jangan disia-siakan malaikat yang menjagamu sejak dari dalam kandungan lagi kerana anda hanya mendatangkan kemurkaan Allah.
    Sentiasa memohon keampunan dari mereka kerana sememangnya kita adalah manusia yang berdosa.

Thursday, January 13, 2011

Aku Yang Gambi - Aku Yang Tidak Menyedari


Kepada bloggers yang pernah dikunjungi oleh Aku Yang Gambi  sepanjang Januari 2011 dan meninggalkan komennya, sila tinggalkan link tersebut di ruangan komen aku!

Mungkin selama ini aku terlalu sibuk dengan beberapa website dan blog aku sendiri menyebabkan mata ini berpinar-pinar sendiri.Jam 4 pagi tadi aku terjumpa beberapa blog yang mengisahkan pemergian Allahyarham Saudara Abdul Aziz Baharum (56 tahun) 12/01/2011 jam 11.10 malam. Takziah untuk keluarga  dan Alfatihah untuk Allahyarham. 

 
Dalam dunia blogging ini sebenarnya aku bersendirian tetapi aku mula mengenali berberapa bloggers hebat secara online sahaja dan blog Allahyarham adalah di antara blog yang menarik minat aku. Beliau juga adalah di antara bloggers terawal yang mempamerkan logo e-Direktori Bloggers Malaysia yang aku usahakan.


Tanpa aku sedari rupanya beliau telah menyenaraikan blog aku di dalam senarai Blog Pejuang Kebenaran di bloglist beliau. Sesuatu yang tidak pernah aku jangkakan kerana selama ini aku hanya berkunjung ke blog beliau hanya untuk membaca nukilan penanya tanpa menyemak blog-blog yang tersenarai di situ. Tidak sempat aku berterimakasih lagi dengannya atas penghargaan itu namun ternyata beliau terlebih dahulu telah mengadap Allah SWT.

Ternyata beliau adalah blogger sebenar yang gagah berjuang sehingga ke akhir hayatnya kerana entri terakhir beliau ialah dua (2) hari sebelum pemergiannya. Malahan masih baru lagi beliau meninggalkan komen beliau di blog aku ini. Bacalah PESANAN TERAKHIR DARI YANG GAMBI DI SINI.

Ternyata Allah SWT lebih menyayangi beliau kerana begitu awal dipanggil dari kekotoran dunia ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang soleh dan diberkatiNya.

Allahyarham Dalam Kenangan (Sumber Gambar - Panglima Perang Cyber)

Sumber maklumat:
  1. Bumiyang.
  2. Gerakan Timur 
  3. Kata Kama 
  4. Papa Gomo 
  5. Gelombang Rakyat 
  6. Sekupangdua 
  7. Panglima Perang Cyber.

Monday, January 10, 2011

Disula ketika berumur 12 tahun?

Bantuan diperlukan. Harap sebarkan:

Dipetik dari blog Pejuang Maya.

KULAIJAYA 6 Jan. - Peristiwa malang disula dengan sebatang kayu oleh seorang bekas banduan 11 tahun lalu, masih menjadi igauan buruk kepada Mohd. Shah Abdul Razak.

Akibat kejadian itu, Mohd. Shah, 23, mengalami kecacatan kekal pada dubur dan pundi kencingnya yang menyebabkan keluarganya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan bagi membeli ubat dan peralatan berkaitan.

Bagaimanapun, ibu Mohd. Shah, Jamilah Daud, 49, semakin terhimpit dengan masalah kewangan menampung perbelanjaan sekeluarga termasuk lima anaknya yang masih belajar.

Ini kerana suaminya, Abdul Razak Ahmad, yang menjadi tempat bergantung meninggal dunia tiga tahun lalu.

Jamilah memberitahu, sebelum ini dia terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 sebulan bagi membiayai rawatan selain pelbagai jenis ubat yang diperlukan bagi memulihkan kecederaan Mohd. Shah.

Bagaimanapun, gaji RM550 sebulan sebagai pembantu di sebuah stesen minyak berdekatan masih tidak cukup memandangkan Mohd. Shah memerlukan makanan khas dan penjagaan rapi.

“Perbelanjaan yang agak mahal ialah bagi membeli ‘tapak’ untuk menyambung saluran usus ke beg takungan najis bernilai RM62.60 yang perlu digantikan setiap hari bagi memastikan tiada jangkitan kuman. Beg najis berharga RM60 bagi setiap 10 unit juga perlu ditukar apabila penuh.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana segala kos bagi peralatan tersebut ditanggung pihak hospital. Terima kasih kepada pihak kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya semasa ditemui di sini.

Kejadian yang menimpa Mohd. Shah pada 1 Jun 1999 semasa dia berada dalam darjah enam di Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara ll itu menyebabkan duburnya cedera dan pundi kencing pecah.

Ia akibat nafsu songsang Roslan Imun yang menyula Mohd. Shah dengan sebatang kayu sepanjang 0.51 meter hingga ke paras halkum.

Walaupun Mahkamah Tinggi Johor Bahru menambah hukuman 20 kali sebatan dan mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas Roslan, namun perbuatannya itu telah memberi kecacatan kekal kepada Mohd. Shah.

Sementara itu, Jamilah berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat mempertimbangkan menyambung kembali bantuan yang dihentikan pada 2002 bagi meringankan bebannya sekeluarga.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan, Jamilah menetap di alamat No. 9, Jalan Pahlawan 12, Bandar Tenggara, Kulaijaya atau boleh dihubungi melalui talian telefon 07-8966970 dan 017-7893200. - UtusanOnline

Friday, January 7, 2011

Wahai Anak Selangor! Cukup-cukuplah Sultan dihina!

Menitik airmata aku membaca artikel ini. Kepada rakyat Selangor: Jangan dibela kaduk kerana ia tidak memberi makna kecuali merosakkan junjung. Jangan dibela dedalu kerana dedalu merosakkan pokok. Jangan biarkan payung negeri disiat-rabak oleh orang yang datang menumpang. Adat orang bertamu, bila cukup masa dia akan berlalu bukan mengangkang dirumah orang tanpa tau malu.

Aku ambil entry ini dari blog Melayu Pasir Gudang yang memuatkan artikel yang di tulis oleh Dr.Sharifudin Lubis - Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Daulat Tuanku,
Inilah yang berlaku bila Ke bawah Duli berjiwa rakyat, maka ada pula rakyat (yang bukan berasal dari negeri ini pula patik dengar) yang berjiwa raja. Siapakah yang zalim sekarang?

Inilah tulisan Dr. Sharifudin.


Daulat Tuanku! Patik mohon berbicara dengan pacal-pacal anak Selangor. Masih adakah Melayu di Selangor ini?

Buat kesekian kalinya daulat Tuanku dicabar. Sudah acap kali waadat Sang Sapurba dengan Deman Lebar Daun dimungkiri. Walaupun kononnya rakyat metropolitan ini tidak sangat percaya kepada sumpah tetapi Penasihat Ekonomi Negeri sendiri nampaknya takut untuk membalas sumpah Saiful.

Justeru, adalah diyakini bahawa segelintir rakyat derhaka itu yang kononnya tidak percaya dengan waadat, ternyata masih takut untuk melanggarnya! Jika benar demikian, bermakna masih ada Melayu di Selangor. Namun begitu, jika kenyataan sedemikian itu dianggap terlalu subjektif untuk dijadikan ukuran Melayu atau tidak, gunakanlah perisian "HB Melayu - Sejauh Mana Anda Melayu" yang dihasilkan oleh Profesor Hashim Musa dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Rakyat Selangor memang intelektual, canggih, dan makmur. Orang Melayu Selangor amat perlu sedarkan diri secepat mungkin. Jangan masih leka dibuai kemakmuran dan kesenangan kerana kenyataannya jika dicabut bangunan-bangunan tinggi milik kaum lain di Selangor, hampir tidak ada yang tinggal milik Melayu kecuali beberapa termasuklah bangunan Syabas yang megah di tepi lebuh raya berhampiran Stadium Shah Alam. Itu pun sedang digoncang hebat oleh kerajaan negeri sendiri!

Panjang lebar Cuit Saudara Zaini Hassan dalam Utusan Malaysia semalam. Masihkah Melayu Selangor rela terus diludah-ludah? Waadat purba itu menyatakan jika tuanku berlaku zalim, rakyat boleh menderhaka. Tetapi tanyalah diri sendiri, adakah mana-mana rakyat Selangor diperlakukan sedemikian?

Zaman telah berubah. Kuasa Tuanku hanya bersifat eksekutif. Jika benar ada rakyat yang terzalim, itu adalah akibat perbuatan pembesar-pembesar yang cuba 'beraja di mata dan bersultan di hati' seperti Shuhaimi Shafiei. Anak Selangorkah beliau?

Rakyat Selangor bertuah memiliki Sultan yang amat luas pengalaman, malah dengan hebatnya pernah menguji diri dicabar gelombang dan gelora samudera lautan yang luas.

Dengan penuh tawaduk, Tuanku masih mampu menahan kesabaran dan bertindak dengan sungguh bijaksana. Jika tidak, sudah lama kurniaan yang dianugerahkan kepada penderhaka-penderhaka itu dilucutkan kalaupun tidak dihukum sula, dibongkar tapak rumah dan dibuang ke laut, atau seringan-ringannya diharamkan memijak tanah Selangor.

Sungguh tidak malu segelintir rakyat itu 'membuang najis dipinggan'! Barangkali mereka tidak faham dengan sindiran Allah, "kalau tak malu, buatlah."

Bagi kalangan juak-juak penderhaka Melayu itu juga sedarlah segera bahawa 'di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung'. Saudara Zaini telah mencatatkan bahawa perkara yang sama telah dilakukan di Republik Rakyat China, India dan Yahudi Israel. Janganlah tunggu sehingga ketika 'cacing akan berpatah balik melawan naga apabila sampai di hujung lubang' (memetik perumpamaan Cina).

Sabar Melayu ada batasnya, dan percayalah 'Melayu itu hebat amuknya'!
Tidak bolehkah pembesar-pembesar Selangor yang berpelajaran tinggi, kaya-raya, dan berminda rakyat negeri maju itu bersikap sporting dalam urusan mentadbir negeri.
Janganlah merendahkan mentaliti setaraf dengan rakyat yang emosi semasa memilih tuan-tuan dahulu. Jadikanlah sempadan. Tadbirlah lubuk emas ini dengan berhemah. Janganlah terikut-ikut dengan emosi rakyat sehinggakan tuan-tuan dilihat seperti 'tidak guna satu sen pun'!

Sudah dinasihatkan tentang tertib masuk surau dan masjid, tetapi masih tidak faham dan tidak sensitif. Perbuatan sedemikian itu pun menderhaka juga namanya. Tidakkah teringin untuk terus bergelar Yang Berhormat (YB) pada pilihan raya akan datang?

Rakyat Selangor faham sangat-sangat bahawa keadaan 'berebut harta rampasan perang' sedang berlaku. Masing-masing mengambil kesempatan sehingga ada yang 'mabuk kuasa' dan melatah hendak meminda Undang-undang Tubuh Negeri. 'Tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongkit'.

Mahukah Melayu Selangor nanti dilihat sepertui 'Pak Kaduk, menang sorak kampung tergadai'? Di mana kelas Melayu Selangor, negeri termaju di Malaysia?

Datuk Mohammed Khusrin, bacalah "Wal 'Asri" banyak-banyak kerana hanya masa yang sebenarnya akan menentukan 'siapa benar, siapa salah'. Jadilah setiausaha yang 'setia dan terus berusaha'.

Jangan pedulikan sepak terajang mereka. Rakyat Selangor yakin tuan mampu melakukannya seperti yang telah dibuktikan semasa menjawat Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dahulu.

Ampun Tuanku! Semoga Allah memberkati kesabaran dan hikmah Tuanku.

Sekiranya ada limpah kurnia Tuanku, patik bersedia menyinsing lengan menghalau penderhaka dari bumi Selangor yang bertuah ini walau dengan tenaga tua ini. Hanya titah tuanku yang patik tunggu. Tiada apa lagi yang ingin patik lakukan di hujung usia selain daripada berbakti kepada ini dan ke bawah duli. Ampun Tuanku!

Jom baca seloka Melayu di SINI

Wednesday, January 5, 2011

Politik: Apa yang ko merepek ni MB oiiii!!!


Kenyataan Akhbar Istana Selangor
(dipetik dari blog: Melayu Pasir Gudang)


     Kenyataan akhbar ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar yang timbul berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.
Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang akan diadakan pada hari Khamis, 6 Januari 2011, di Istana Bukit Kayangan akan tetap diteruskan. Ini adalah kerana sepengetahuan D.Y.M.M. Sultan Selangor, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Dato’ Haji Mohamed Khusrin bin Haji Munawi telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Pada Majlis tersebut akan diadakan upacara Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor kepada D.Y.T.M. Raja Muda Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 D.Y.M.M. Sultan Selangor kerana ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada penerima-penerima sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 65 D.Y.M.M. Sultan Selangor yang berlangsung pada 11 haribulan Disember 2010, D.Y.T.M. Raja Muda Selangor berada di luar negara.
Selain daripada itu, pada Majlis tersebut juga akan diadakan upacara Angkat Sumpah Taat Setia Penjawat Jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Jaksa Pendamai Selangor, pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan Pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor. Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan.
Majlis tersebut bukanlah merupakan majlis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi merupakan Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada Negeri Selangor.
Berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar.
Berkenaan dengan tulisan Ahli Dewan Negeri Seri Muda, Y.B. Shuhaimi bin Haji Shafiei pada 30 haribulan Disember 2010 yang disiarkan di dalam laman blog beliau. Dimaklumkan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau, kerana Baginda hanya memberikan perkenan dan tidak menjalankan fungsi dan kuasa Baginda di bawah Undang-Undang Tubuh. Perkenan Baginda tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 55(1)(1A). Oleh itu, sindiran beliau yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor seolah-olah sebagai “beraja di mata, bersultan di hati” adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat. Kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci Baginda.
Mengulas mengenai artikel pada 29 haribulan Disember 2010 di dalam akhbar Sinar Harian mengenai “Pelantikan SUK Tidak Semestinya Dibuat SPA” oleh Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Y.B. Lau Weng San, yang menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan boleh dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN). Walaupun terdapat SPAN di negeri-negeri lain yang boleh melantik Setiausaha Kerajaan, tetapi di Negeri Selangor kuasa pelantikan tersebut adalah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan (SPA) selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Mengulas mengenai kenyataan akhbar Y.A.B. Dato’ Menteri Besar pada 3 Januari 2011 yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat. Apa yang sebenarnya berlaku, nama-nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada Baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor. Baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan. Selepas itu, calon tersebut telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Perkara ini telah menjadi amalan (convention) di Negeri Selangor.
Mengenai cadangan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dengan JPA atau SPA, D.Y.M.M. Sultan Selangor sebenarnya telah menitahkan sepatutnya Y.A.B. Dato’ Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon ini sebelum calon-calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada Baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh Baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan. Tindakan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam Negeri Selangor.
Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dikatakan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor, Baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapat perkenan Baginda terlebih dahulu.
(DATO HAJI MOHAMAD MUNIR BIN BANI)
Tarikh : 4 Januari 2011
Komen Bingai:
Memang Bingai (MB) mereka-mereka yang mengaku bijak dalam undang-undang. Ternyata Paduka Tuanku lebih bijaksana dalam melaksanakan tugas baginda. Sepatutnya MB yang menasihati Tuanku tetapi nampaknya sekarang Tuanku yang TERPAKSA bagi kelas tambahan pada MB dan ADUN. Aku rasa speaker dewan yang dia orang lantik lagi bijak dalam soal ni.

SIAPA SEBENARNYA YANG BERAJA DI MATA BERSULTAN DI HATI?

Jangan jadi kaduk naik junjung. Jawatan yang dipegang tu untuk 5 tahun saja dan sepatutnya berbakti kepada Paduka Tuanku untuk kesejahteraan rakyat. SUK tu penjawat awam yang dibayar gaji. Walau kominis, sosialis, ulama, kukubesi atau sesesiapa sahaja yang dipilih untuk MENTADBIR negeri, SUK tetap akan ada di situ untuk melaksanakan tugas dan dasar PENTADBIR! Kalau bahasa kasar, penjawat awam ni macam mesin. Sapa ON suis maka kepada orang tersebutlah mereka berkhidmat. Jadi, apa masaalahnya?
Kepada mereka-mereka yang tak sesuai dengan cara pemerintahan Tuanku, bawa-bawalah diri ke tempat lain. Banyak lagi orang Cina, Melayu, India, Indon, Myamar, Pakistan, Bangla yang sedia taat setia di negeri bertuah ini.

Saturday, January 1, 2011

Bolasepak - Kontrak Rajagopal bagai telur di hujung tanduk?

Alhamdulillah,
Walaupun cerita bola dah habis 2-3 hari yang lalu, baru hari ni aku dapat update blog ni. Ntah macam mana teringin lak nak cerita pasal bola.

Apa yang membanggakan aku semenjak dua menjak ni adik-adik ipar aku yang lebih minat tengoh English Football sekarang dah beralih channel. Jersey MU pun dah duduk dalam bakul. Sana sini dok pakai jersi Malaysia. Aku pun rasa bangga.

Cuma yang menjadi dilema aku ialah apakah pisang akan berbuah berulang-kali? Bila pasukan negara mula menempah nama saja, adalah tangan-tangan gatal selok menyelok dalam kain FAM. Dan bertepek-tepek ler muka-muka tebal menunjukkan muka. Lepas tu, Jurulatih mulalah miang dibuatnya. Panas punggung. Baru cakap nak dapat lebih sikit kuasa dalam pasukan dan mula dikatakan NAIK TOCANG. Kesudahannya ada yang kotrak tak disambung atau ditamatkan sebelum tempohnya.

Yang aku ingat, Karathu dan Abdul Rahman pernah menjadi isu panas satu ketika dahulu. Lepas tu, mereka sendiri terbenam sebab mungkin dilihat sebagai jurulatih banyak demand. Ada pula yang bagi alasan perlu impot jurulatih luarnegara untuk meningkatkan prestasi pemain yang semakin hebat yang sebenarnya mula digilap oleh jurulatih tempatan. Kerana nak tinggikan status dan teknologi, tersingkir juga jurulatih tersebut.

Aku harap Tengku Abdullah yang pernah keluar dari FAM dapat melihat keadaan sebenar ketika berada di luar FAM dahulu. Kepulangan Tengku ke pangkuan FAM diharap memberi kesedaran baru kepada sesiapa yang gatal tangan dan tebal muka kat situ.

Jurulatih tempatan seperti K Rajagopal mempunyai ciri jurulatih tempatan. Jiwa tempatan. ANGAN-ANGAN tempatan yang sebenarnya menggunung. Dia juga ingin mencipta nama sebagai jurulatih yang mampu membawa pasukannya ke persada antarabangsa. Oleh itu, sudah pasti dia mempunyai perancangan jangka panjang yang tidak akan diberitahu kepada sesiapa supaya tak ada baghal-baghal yang nak tunjuk pandai tu mencuri idea dia. Bagilah dia peluang untuk membuktikan, anak tempatan juga mampu menjadi jurulatih bertaraf dunia seperti yang diidamkan oleh jurulatih-jurulatih tempatan yang tersekat sebelum ini.

Memang pada aku corak permainan Malaysia lebih kekampungan seperti zaman Arwah Supermokh tetapi kalau setakat ada gaya antarabangsa tapi gagal sepanjang masa pun buat apa. Bukan gaya yang jadi ukuran markah tetapi KEMENANGAN!

Salute dan tahniah kepada pemain-pemain negara dan SYABAS kepada K. Rajagopal!

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun