Pages

Tuesday, June 21, 2011

Kek Lapis ada DNA babi? Tolong sebarkan!

Gempar! Aku baru dapat emel dari kawan yang memberikan maklumat tentang "mentega" dari New Zealand. Mengikut daripada Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor, terdapat DNA Babi dalam mentega yang diimpot dari negara tersebut!

Lebih hebat lagi mentega ini banyak digunakan di dalam Kek Lapis Sarawak (bukan kek lapis dari Sarawak). Sila rujuk isi kandungan/ramuan yang ditulis pada kek-kek tersebut kerana kebanyakan resipi kek lapis ini merujuk kepada mentega berjenama yang dinyatakan.

Kemaskini: Sila baca komen fatlady, seorang pengusaha kek lapis dari Sarawak!


Nota: Kehebatan anak tempatan dan Jabatan Agama Islam Johor menyelidiki DNA telah terbukti! Ilmu yang diizinkan Allah ini adakah diharamkan untuk digunapakai sebagai mencari bukti dalam sesuatu kes?

4 comments:

  1. Salam Bro. Beli je yang buatan orang Islam, tu pun kalau ada la.

    ReplyDelete
  2. salam saudara,

    saya ni salah seorang pengusaha kek lapis dari sarawak. terus terang saya katakan ayatsaudara ni mungkin akan mengelirukan sesetengah pihak. sebenarnya. kalau saudara dtg ke sini, majoriti pengusaha adalah orang Islam (termasuk saya sendiri). mentega jenama di atas, harganya mahal, jadi untuk cut cost, kami menukarkan penggunaan mentega dengan marjerin. bukan nya saya ni melatah cepat2 bila membaca artikel saudara ni, tapi jangan sampai org ramai tak nak beli kek lapis dari pengusaha2 ni yang ratanya bumiputra islam. jangan bagi artikel yg mengelirukan ye. saya bagi opinion saje...

    ReplyDelete
  3. aniesandyou,
    Laaaa.... bukan kata semua kek lapis itu guna brand yang sama. apa kata beli dari pengusaha terus dari sarawak kerana pengakuannya tidak menggunakan mentega tersebut.

    Wake Up!
    Sememangnya majoriti pengusaha adalah berugama Islam cuma mentega yang digunakan itu sahaja bukan buatan orang Islam.

    Fatlady,
    Kerana itu saya rujukan terus (bukan dari Sarawak) kerana ramai dari negeri lain dah pandai meniru. Walau bagaimanapun, terima kasih atas info anda. Saya telah kemaskinikan supaya pembaca merujuk kepada komen anda!

    ReplyDelete

Harap jangan berselindung di sebalik nama ANONYMOUS. Bertanggungjawablah dengan komen yang anda berikan di samping memudahkan aku memberikan sambutan kepada blog anda juga (sekiranya ada).
Komen mencarut akan dipadamkan kerana blog ini dibaca oleh anak-anak juga.