Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Tuesday, November 30, 2010

Bila Melayu Jadi Kurang Adab

Inilah akibatnya bila hidup dibesarkan tanpa adab kesetiaan dan menghargai pengorbanan orang lain. Yang penting dalam hidup mereka ialah kepentingan diri sendiri. Baca luahan hati Ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor di Berita Harian:

Sultan/Raja sesuatu negeri adalah penyatu rakyat yang bercakaran pada satu masa dahulu. Kehadirannya menyebabkan negeri tersebut aman dan makmur sehingga kita pada hari ini menikmatinya. Baginda-baginda tuanku telah menjadi lambang perpaduan rakyat. Jadi, beginikah balasannya dengan mengikis KETUANAN MELAYU itu oleh orang Melayu itu sendiri? Jenis orang yang tidak mengenang budi inikah yang ingin kita jadikan pemimpin? Dan, apakah mereka akan mengenang budi kita menyanjung dan meletakkan mereka ditempat yang sewajarnya?


Bagi orang-orang Melayu di Pulau Pinang dan Melaka seharusnya merasa rendah diri kerana hidup tanpa payung negeri seperti negeri-negeri lain. Mungkin kerana dibesarkan tanpa Raja/Sultan membuatkan ADA DI KALANGAN mereka ini merasakan bahawa keadaan di tempat mereka telah selamat dan aman kerana selama ini mereka tidak pernah didedahkan kepada ADAB DAN KESOPANAN seorang rakyat yang bertuan. Mungkin ada yang merasakan bahawa merekalah tuan kepada diri mereka sedangkan sebuah kapal hanya perlukan seorang nakhoda.

Bagi orang-orang Melayu yang tidak ingin menjadi Melayu lagi adalah lebih baik memohon penarikan pengiktirafan mereka sebagai orang Melayu daripada hidup bagaikan musang berbulu ayam dan bolehlah berGAH dengan status NON-MALAY BUMIPUTRA daripada memalukan orang Melayu yang lain. Selepas itu tidak ada lagi keturunannya yang MALU menjadi orang Melayu yang munafik.

Sebab itu aku syorkan supaya ditabalkan semula raja/sultan di Melaka dan Pulau Pinang. Bagi Melaka boleh memohon keturunan dari Melaka yang berada di Negeri Perak untuk ditabalkan sementara untuk Pulau Pinang pula boleh memohon keturunan Sultan Kedah kerana sememangnya PP berasal dari Negeri Kedah sebelum terpaksa diserahkan kepada Francis Light.

Hanya luahan hati si Bingai

Thursday, November 18, 2010

Ubat Tidur: Penggunaan yang menggerikan. 18SG

Adakah anda salah seorang pengguna pil untuk melenakan mata anda? Sekiranya benar atau anda ingin mencubanya, CUBA lihat gambar-gambar ini dahulu sebelum anda tidur selama-lamanya. Gambar-gambar ini aku perolehi dari emel yang dihantarkan kepada aku.






Apa macam? ADA BERANI?

Friday, November 12, 2010

Zaid Kene Kencing Tikus?

Dah beberapa hari aku nak sempoa ahli PKR tapi takde masa. Ntah macam mana aku terbaca N3 Agenda Daily dan rasa ini memudahkan sedikit cerita yang nak aku sampaikan.

Bila dengar cerita Zaid nak buat parti baru kalau dipecat dari PKR aku rasa itu adalah satu tindakan yang terburu-buru (atau memang dia seorang yang terburu-buru) bagi seorang peguam terkemuka dan berpengalaman. Sekiranya beliau merasakan dirinya seorang pejuang politik yang berprinsip dan seorang peguam, beliau seharusnya menentang arus yang menghalang perjalanannya. Cuba nilai sendiri apa yang Agenda Daily huraikan:

Katanya mengikut laman web rasmi PKR jumlah undi pusingan minggu ketiga yakni hujung minggu lalu Azmin Ali dapat 6,467 undi,Datuk Zaid Ibrahim 3,988 manakala Mustafa Kamil Ayub 1,215.

Dia pun campur undi yang Azmin,Zaid dan Mustafa dapat.Jawabnya 11,600.

Setakat minggu ketiga baharu 87 cabang (atau kalau parti UMNO sebut bahagian) yang sudah buat pemilihan.
Maka dia pun kira lagi 11,600 undi bahagi 87 cabang….dapat 134.

Kata kawan tu jadi purata 134 orang sahaja di satu cabang PKR yang buang undi.

Yang buat kawan kita gelak tu katanya bukankah PKR dakwa ahlinya 400,000 dan beri kuasa satu orang satu undi untuk tunjuk parti itu cukup demokratik sekali.

Kalau ambil angka purata maka 400,000 ahli bahagi 222 cabang PKR di seluruh negara…dapat 1,800.

Jadi sepatutnya ikut purata 1,800 orang di setiap bahagian yang keluar mengundi.Ni 134 orang saja.

Juga sepatutnya 156,660 orang yang keluar undi di semua 87 cabang tu…bukannya ciput 11,600 orang saja.

“Patutnya paling koman sekalipun purata 500 ke 600 orang ke keluar undi di satu cabang PKR…boleh tahan juga le…ini 134 saja.First time aku tengok satu pemilihan parti yang carca marba dan karut marut macam ni,”katanya.

Sebenarnya apa yang kawan kita kira tu selari dengan pengakuan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution bahawa takat ni hanya 8 peratus saja ahli PKR yang keluar undi untuk pemilihan jawatan utama parti.
 
Jom kita letakkan angka tersebut dalam bentuk Jadual
PeneranganJumlah CabangJumlah AhliPurata 1 Cabang%
Cabang222400,0001,800100%
Yang sudah mengundi (sepatutnya)87156,6001,800100%
Yang sudah mengundi (berdasarkan jumlah yang diterima oleh Zaid, Azmin dan Mustapha)8711,6001347.145%

Jikalau trend seperti ini berterusan adakah keputusan ini merupakan keputusan mutlak ahli? Apakah pemimpin yang dipilih mempunyai mandat? Dan dengan penarikan diri Zaid kemungkinan jumlah yang keluar mengundi akan semakin berkurangan. Pengundian yang tidak dijalankan serentak juga boleh mempengaruhi ahli dan jumlah ahli yang akan datang mengundi kerana perkembangan keputusan diketahui dari masa ke semasa. (Mungkin pihak pentadbiran perlu mengambil perhatian sekiranya ingin memperkemaskan sistem Satu Undi Satu Ahli.)

Zaid sebagai seorang peguam yang berpengalaman sudah pasti tahu apa yang dimahukan oleh Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Society). Ahli Jawatankuasa Pusat (office bearer) seharusnya dipilih oleh sekurang-kurangnya 50% daripada ahli kerana perubahan baru tersebut melibatkan mandat mengubah perlembagaan pertubuhan itu sendiri. Apakah nanti, Pendaftar Pertubuhan akan bersemuka dengan pemimpin-pemimpin yang tidak mempunyai mandat? Kalau mengikut perkiraan aku yang Bingai @ Bangang ini, dalam keadaan apa sekali pun keputusan yang akan berlaku tetap TIDAK SAH!

Berbanding dengan kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO. Walaupun beliau menang dengan undi minoriti (jika dicampurkan undi KT dan MM melebihi undi yang diperolehi oleh KJ) tetapi jumlah perwakilan yang mengundi (jika dicampurkan undi KT, MM dan KJ) melebihi 50% jumlah perwakilan. Ini bermakna kemenangan KJ adalah SAH.

Apa yang aku nampak di sini, walaupun Zaid menang sekalipun, kemenangan beliau masih boleh dipertikaikan dan dibatalkan. Ini bermakna pemilihan semula TETAP AKAN DIADAKAN kecuali tiada bantahan yang dibuat ke Pendaftar Pertubuhan.

Dan sekiranya Zaid benar-benar ingin menubuhkan parti baru, beliau seharusnya membawa perkara ini ke Pendaftar Pertubuhan. Dengan cara ini kedudukan parti PKR mungkin akan digantung atau dibatalkan bagi membolehkan beliau memperolehi lebih ramai BAKAL BEKAS ahli untuk menyertai beliau. Satu strategi yang mudah tetapi KEJAM! (Mungkin Zaid boleh menjadikan peristiwa perpecahan UMNO/46 sebagai bahan rujukan.)

Hanya satu cadangan bodoh dari Si Bingai @ Bangang

Thursday, November 11, 2010

Satu Ahli Satu Undi?

Sistem pengundian Satu Ahli Satu Undi untuk pemimpin tertinggi memang kelihatan begitu ideal bagi sesebuah pertubuhan yang mempunyai banyak cawangan. Ini bermakna sesiapa yang dilantik dalam sesuatu pertubuhan itu adalah pilihan ahli akar umbi. Hebat bukan? Dengan cara ini, ahli bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kelangsungan pertubuhan itu sendiri samada parti politik, NGO, Kesatuan Sekerja dan sebagainya. Ini juga bermakna ahli perlu mempunyai pengetahuan tentang perjalanan pertubuhan dan siapa yang sesuai untuk dipilih. Sekiranya pemimpin yang dipilih itu gagal menjalankan tugas maka ianya adalah kegagalan ahli 100% dalam membuat pilihan (begitu mudah ahli dipersalahkan?)

Mengapa sistem ini digunakan?

Ramai yang memikirkan bahawa sistem ini mampu membanteras gejala rasuah seperti pembelian undi atau pengundi hantu kerana kaitan yang bertanding dengan yang mengundi terlalu jauh. Di samping itu, jumlah pengundi yang banyak juga dikatakan menyukarkan mereka yang bertanding untuk mengeluarkan modal. Benarkah?

Parti Keadilan Rakyat mungkin satu-satunya pertubuhan politik yang mengamalkannya sekarang tetapi bukan pertubuhan yang pertama (kalau tak silap aku MIC pernah mengamalkannya sebelum ditukar kepada pengundian perwakilan). Bagi aku yang pernah bergiat dengan Kesatuan Sekerja dan menggunakan sistem Satu Ahli Satu Undi sejak berpuluh tahun telah melalui pahit manisnya. Kalau dikatakan rasuah, apa saja sistem yang digunakan masih boleh disalahgunakan dengan rasuah. Ianya tidak mustahil!

Apa yang diperlukan untuk sistem ini?
  1. Sistem pengundian yang teratur. Sekiranya jumlah yang mengundi kurang daripada 50% ahli sesuatu cawangan bermakna keputusan cawangan tersebut terbatal kerana ianya tidak mencerminkan mandat sebenar.
  2. Kertas-kertas undi yang bernombor siri dengan ciri keselamatan yang tidak boleh ditiru. Adalah lebih baik sekiranya pengendalian kertas-kertas undi ini dilakukan oleh satu badan di luar pertubuhan seperti firma-firma juruaudit bebas.
  3. Keselamatan dan kesahihan keputusan undi selepas pengiraan juga perlu diambil kira. Kertas undi yang dikira perlu disaksikan oleh wakil mereka yang bertanding. Keputusannya juga perlu disahkan oleh setiap wakil tersebut dengan menandatangani borang khas keputusan undi dan menyimpan satu salinan setiap seorang.
Setelah melihat beberapa keperluan asas untuk melaksanakan sistem ini mari kita lihat pula kepada kemampuan dan keperluan pertubuhan. Mampukah ianya dilaksanakan? Perlukah ianya digunapakai?

Untuk mengundi, kita perlukan pengundi. Sedangkan mesyuarat agung sesuatu cawangan/ranting/cabang itu sendiri menghadapi masaalah kehadiran, bagaimana pula dengan pengundian? Mungkin sistem pencalonan perlu diubah supaya tidak perlu dilakukan mesyuarat dua kali iaitu mesyuarat pencalonan dan hari mengundi yang berasingan. Dan berbalik kita semula kepada persoalan berapa ramaikah ahli yang akan datang pada mesyuarat tersebut?

Di dalam Kesatuan Sekerja sistem ini tidak menghadapi banyak masaalah dari segi kehadiran pengundi kerana pengundian dijalankan di tempat-tempat kerja yang mampu mengumpulkan antara 90% hingga 100% pengundi. Di dalam pertubuhan-pertubuhan sosial seperti politik dan NGO pula ahlinya bertaburan malah ada yang menetap di luar kawasan. Bukankah ini lebih menyulitkan ahli-ahli itu sendiri? Ini tidak termasuk dengan ahli yang tidak berminat untuk bergiat tetapi hanya mendaftar sebagai ahli atas sebab-sebab tersendiri. Apakah sistem proksi pula diperlukan di sini? Sekiranya dibenarkan sistem proksi maka lebih mudahlah proksi itu dibeli. Undi hantu juga mudah berlaku.

Membanteras rasuah? Pemimpin-pemimpin cawangan masih boleh dirasuah untuk mempengaruhi pengundi samada secara baik ataupun secara ugutan (by hook or by crook). Calon-calon juga boleh menabur janji untuk sesuatu cawangan dengan pakej-pakej menarik. Selagi ada penerima rasuah selagi itulah akan berlaku rasuah seperti slogan orang-orang lama "bagi salah tak bagi kalah." Jadi, sejauh manakah usaha untuk mendidik ahli membezakan antara kepentingan, keuntungan dan kebertanggungjawaban di dalam pertubuhan?

Sistem Undi Perwakilan
Sistem ini dilihat lebih sesuai (practical) dan mudah digunapakai oleh pertubuhan-pertubuhan di Malaysia yang mempunyai banyak cawangan walaupun ianya bukan sistem yang terbaik. Ini kerana ahli-ahli hanya perlu melantik perwakilan yang dirasakan mampu membuat pilihan bagi pihak mereka dalam memilih pemimpin yang lebih tinggi. Ini bermakna ahli hanya perlu melantik seseorang yang mereka anggap bijak (wise) dalam membuat pilihan demi menjaga kebajikan mereka. Mereka seharusnya lebih kenal dengan wakil mereka berbanding dengan pemimpin yang lebih tinggi. Sekiranya memilih berdasarkan hubungan persahabatan atau kerana dirasuah maka itu adalah salah mereka sendiri.

Mesyuarat agung, pencalonan dan pemilihan calon perwakilan boleh dilakukan serentak dan memudahkan ahli untuk melaksanakan tanggungjawab mereka (walaupun masih ramai yang menyalak di luar tetapi tidak hadir mesyuarat). Untuk memastikan mesyuarat tersebut sah dan mencukupi korum, adalah menjadi tanggungjawab AJK cawangan/ranting/cabang tersebut mengusahakannya. Ada juga cawangan-cawangan yang melakukan beberapa program khas untuk menarik kedatangan ahli seperti Cabutan Nombor Bertuah, pemberian bantuan, sijil dan sebagainya. (rasuah juga mungkin berlaku di sini)

Sebaik-baiknya pengundian tidak dilakukan secara sulit melalui kertas undi untuk mengelakkan lebih banyak berlaku hipokrasi. Ada yang beria-ia mengaku sokong tetapi mengundi orang lain dalam kertas undi. Kerana itu kebanyakkan pertubuhan menggunakan undi angkat tangan di peringkat cawangan/ranting/cabang untuk mengelakkan berlakunya hipokrasi tadi. Selain itu sistem ini mampu mengelakkan undi hantu di mana kertas undi yang dipangkah oleh orang lain sedangkan pengundi tersebut sedang nazak di hospital. Ianya juga menjadi iktibar kepada calon-calon siapa sebenar kawan dan siapa sebenarnya kaki kipas.

Seperti sistem Satu Ahli Satu Undi di mana pemimpin cawangan/ranting/cabang mungkin dirasuah, sistem Undi Perwakilan ini juga tidak terlepas dari gejala tersebut. Namun, amat mudah untuk mengesan siapa yang menerima rasuah diperingkat ini. Sekiranya ahli masih lagi mahu ini menjadi wakil mereka di masa akan datang maka LU JAWABLAH SENDIRI!

Tuesday, November 9, 2010

Politik: Antara Zaid, Pak Lah, Tun Ghafar dan Ku Li

 Satu percaturan politik yang menyonsang prinsip. Kadangkala kita terpaksa akur kepada suara ramai tetapi sebagai seorang yang berprinsip maka pemimpin itu yang seharusnya memimpin pengikut. Bukannya pengikut yang memimpin pemimpin. Sekiranya ini berlaku maka bolehlah diibaratkan si buta memimpin si celik di hari yang terang benderang.

Aku melihat senario politik semasa semakin bercelaru. Pemimpin semakin hilang fungsi. Ahli pula terbiar membuat tindakan. Maka dalam keadaan seperti ini orang seperti Zaid Ibrahim muncul dengan model politik yang dikatakannya progresif yang ingin diperkenalkan.

Zaid sememangnya seorang yang berprinsip dalam kepimpinannya tetapi mampukan kita menjadi pemimpin tanpa pengikut? Sepertimana beliau meninggalkan UMNO kerana merasakan tidak diperlukan oleh ahli di bahagiannya sendiri dan menyertai PKR selepas merasakan telah membuat pertimbangan yang wajar.

Mungkin sebagai seorang peguam, Zaid seorang yang hebat menelah undang-undang tetapi di dalam politik Zaid kurang berhati-hati di dalam menelah ahli dan pertubuhan yang disertai. Bolehlah diibaratkan seperti Zaid berdansa di pentas ronggeng. Menari rumba dengan lagu joget. Walaupun geraklangkah cha-cha dan zapin boleh disatukan namun tempo dan lenggoknya berlainan.

Cuba kita lihat Pak Lah selepas berlakunya perpecahan UMNO dan tertubuhnya Semangat 46. Walaupun terpinggir tetapi prinsipnya sebagai seorang aktivis UMNO ternyata kukuh. Beliau bukan sahaja tidak menyertai Semangat 46 atau mana-mana parti politik lain malahan mengambil masa bertenang. Sedangkan sekiranya beliau mahu, beliau boleh menjadi ahli Gerakan untuk terus bersama dengan BN atau menyertai PAS untuk menjadi pembangkang. Apabila diterima semula, beliau mengukuhkan kedudukkannya dengan sokongan ahli-ahli sehingga berjaya ke jawatan Presiden UMNO dan menjadi Perdana Menteri.

Apakah Tun M begitu dangkal untuk memilih Pak Lah sebagai pengganti? Pemilihan Pak Lah adalah berdasarkan sokongan yang diterimanya dari perwakilan walaupun ketika itu DSN dilihat lebih berpotensi. Ini menunjukkan Tun M membuat pertimbangan berdasar kepentingan parti ketika itu. (Pemecatan DSAI pula berdasarkan kegagalan beliau menjaga peribadi sehingga mampu diheret ke mahkamah). Dan apabila diasak oleh perwakilan dan ahli akar umbi, Pak Lah meletakkan jawatan sebagai seorang pemimpin yang bermaruah. Samada gaya kepimpinannya tidak dapat diterima atau kepincangan pentadbirannya, beliau akur kepada kehendak ahli kerana yang penting bagi beliau ialah memastikan perjuangan parti tidak tergugat kerana beliau. Bukankah ini satu pengorbanan prinsip seorang pemimpin?

Mari kita lihat pula arwah Tun Ghafar. Seorang veteran politik UMNO yang semakin dilupakan tetapi TERPAKSA mengharungi semula ranjau demi memenuhi permintaan Tun M untuk menyelamatkan UMNO dan Malaysia. Suatu tindakan yang mengejutkan oleh Tun M untuk mengambil seorang Ahli Majlis Tertinggi menjadi orang kanannya sedangkan ketika itu UMNO masih mempunyai 2 Naib Presiden yang dipilih dan 2 Naib Presiden yang dilantik. Ternyata Tun M ingin memberikan masa untuk ahli membuat penilaian semula terhadap ke empat-empat Naib Presiden ketika itu sebelum menyerahkan PENTADBIRAN negara yang tercinta ini. Dan akhirnya arwah Tun Ghafar kecundang dengan permainan politik DSAI dan kerabunan ahli ketika itu.

Mungkinkah kita dapat melihat lagi seorang menteri "recond" yang sentiasa taat dan setia terhadap UMNO? (Tertanya-tanya juga aku bagaimana dengan Mike Tyson?)

Mungkin Zaid boleh menggunakan Ku Li sebagai model perjuangannya. Seorang yang juga orang Kelantan, berdarah raja malahan layak menaiki singgahsana sekiranya dipilih oleh Majlis Perajaan Negeri tetapi terus berbakti kepada rakyat. Mungkin untuk menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri bukan lagi motifnya tetapi menggunakan UMNO sebagai wadah perjuangan politiknya untuk membela nasib rakyat. Walaupun pernah berpatah arang berkerat rotan tetapi kadangkala kita perlu mengorbankan prinsip demi membela nasib rakyat. Bukankah itu tujuan kita menyertai politik? Aku tetap tabik kepada Ku Li dan rakan-rakan seperjuangannya seperti Musa Hitam, Shahrir Samad dan Rais Yatim. Walaupun aku tidak pernah berada di dalam Semangat 46 aku masih menghargai perjuangan yang tidak pernah mereka lalaikan demi menyatupadukan orang Melayu dan memberi kekuatan kepada negara tercinta ini supaya dapat melindungi rakyatnya yang berbilang kaum.

Oleh itu aku mengesyorkan supaya Zaid kembali kepada UMNO. Aku tidak rasa pintunya sudah tertutup. Sekiranya dia seorang pejuang yang ingin memperkenalkan politik progresif caranya masih boleh dilakukan di dalam UMNO tanpa perlu memegang jawatan penting. Jawatan hanyalah satu panggilan dan boleh hilang pada bila-bila masa tetapi semangat perjuangan boleh dikembangkan kepada generasi yang akan datang. Mungkin Zaid boleh mencontohi Lee Lam Thye!!!! Seorang aktivis masyarakat yang terus berjuang walaupun di luar politik.

Percayalah bahawa setiap orang hidup dengan prinsip termasuk mereka yang menggelarkan diri mereka tiada prinsip kerana HIDUP TANPA PRINSIP itulah prinsip hidup mereka.

Wednesday, November 3, 2010

Cerai Sebab Takut Bini? 18SX

Sketsa:
Lokasi: Warung Bingai
Waktu: Malam
Peringatan: Watak-watak dalam sketsa ini MEMANG ada kena mengena dengan yang hidup  atau yang dah mati walaupun nama yang disebutkan BUKAN NAMA SEBENAR. Cuma mungkin lebih ramai yang masih hidup lagi daripada yang dah mati.

"Ngai! Mano poei eh bebudak ni? Sonyap yo."

"Ntahlah, Dal. Lepas malam Kelantan menang Piala Malaysia ari tu, sampai ari ni aku tak nampak seko." Bingai menerangkan pada si Bedal. "Si Awe tu aku taulah. Dia balik Galas sebab ada pilihanraya kat sana."

"Dio ngundi kek sano ko?"

"Haah. Katanya ada orang nak bagi RM250.00 sorang untuk balik mengundi."

"Mak aii.. Banyak eee.. Dio balik sorang ko?"

"Taklah.  Balik berlima. Dengan bini tiga anak. Semua mengundi kat sana."

"Waahhhhh.. Kayo tu. RM250 x 5 =RM1250.00? Kayo tuuuu..." Bedal tersengih

Bingai pun tersengih. Dia memandang keliling. Hanya ada dua meja sahaja yang diduduki pelanggan berbanding pada malam perlawanan. Ramai yang minum air sambil berdiri pada malam itu kerana kekurangan kerusi sambil bersorak.

Kemudian dia menoleh ke arah seorang perempuan separuh umur yang baru memasuki gerainya dan duduk berhampiran dengan kaunter. Bingai menganggukkan kepala dan tersenyum apabila isterinya datang melayani perempuan itu.

Bedal meneguk Kopi-O. Kemudian dia menyuap semula Nasi Kukus Ayam Berempah di depannya.

"Dal. Aku nak tanya sikit."

"Apo bondo ee?" Jawab si Bedal dengan mulut yang penuh nasi.

"Apa hal kau dengan janda si JakPau tu? Gaduh ke?"

Menyembur nasi di dalam mulut si Bedal. "Eh. Takdo laa."

"Aku tengok muka dia masam saja tengok kau masa lalu kat sini tadi."

"Takdo lah. Salah paham yo sikit."

"Ceritalah kat aku."

"Ari tu den jumpo dio kek umah oghang kenduri. Masa tu den tongah basuh pinggan." Bedal berhenti sambil meneguk semula Kopi-O. "Bebudak kek situ dok ngusik den sobab den kawin lagi soghang."

Bingai mendiamkan diri dan menanti.

"Dio pun tanyo kek den 'Bilo nak kawin lagi sorang'. Den tanyo dio balik 'Ado ko anak sedaro yang nak jadi bini den nombo tigo ko'.  Tetibo dio marah lak kek den."

"Abis tu?"

"Ado lak bebudak kek situ nyakat suroh den kawin dengan dio. Den kato nak buek apo? Bini mudo den samo umo dongan anak daro dio. Lopeh tu dio kato den oghang tuo tak soda diri."

"Apa kau jawab?"

"Sobab soda diri lah den kawin duo. Bukan macam JakPau tu. Ceraikan bini sobab nak kawin lain. Kalau takuit kek bini jangan nak menggata." Bedal tersenyum.

"Oh ya. Aku dengar JakPau kena tangkap basah. Betul ke?"

"Pasal tu lah dio bercerai. Bini ee dapek tau."

"Dia kan nak bertanding jadi Ketua Persatuan Penduduk?"

"Ontahlah. Oghang takuit bini camtu nak jadi pemimpin masyarakat. Buto mato yang ngundi."

"Bukan buta mata tapi buta hati. Dari pilih si JakPau tu lebih baik pilih kau."

"Den ni nak buek apo. Nak pilih jadi menantu buleh laaa... Ado duo kosong lagi."

Kah kah kah.....

Moral of the story:
Jangan ingat sindiran kita tajam. Mungkin kita tidak mampu menerima sindiran balas dari orang yang disindir. Oleh itu berbaik sangkalah kita sesama kita. 
Orang Galas! Jom balik mengundi sambil kutip duit RAYA HAJI!. hehehe

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Blog Bukan Politik

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun