Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Friday, October 22, 2010

Tips untuk KJ?

Selepas mendengar ucapan merapu-rapu dari persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, aku benar-benar terpegun mendengar cebisan ucapan DSN pada upacara perasmian (Baca di SINI). Sebagai seorang yang pernah melihat saat perih UMNO dan melihat DSN dipapah turun dari pentas di tengah-tengah ucapannya di Padang TPCA Kg Bharu dulu, aku melihat DSN telah benar-benar bersedia menerajui negara ini. Anggapan beberapa orang bahawa DSN masih ingusan lagi adalah tersasar.

Tetapi apa yang ingin aku sentuh di sini ialah tentang Pergerakan Pemuda. Sebagai sayap terkanan dan seharusnya menjadi harapan parti, Pergerakan Pemuda ternyata masih tercari-cari tapak untuk memulakan langkah.

Mungkin telinga tua ini tersilap mentafsir ucapan KJ dalam Persidangan Pemuda terutama merujuk kepada meminta tanggungjawab dan peranan yang lebih diberikan. Ucapan ini ternyata membuat beberapa orang memberikan komen yang negatif.

Meminjam kata YB Zul: "Baiklah kita berbaik sangka" aku rasa permohonan tersebut adalah wajar. Cuma terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh KJ.

Sebagai seorang ketua yang terpilih dari kelompok minoriti (kalau dikira undi kemenangannya berbanding dengan jumlah perwakilan pemuda ketika itu) KJ sebaik mengesyorkan beberapa nama kepada DSN untuk diberikan jawatan yang sesuai terutama mereka-mereka yang pernah menyokong Dtk Khir Toyo dan Dtk Mukhriz Mahathir. Mungkin terdapat beberapa orang dari kelompok tersebut yang benar-benar berkemampuan.

Bagaimana dengan KJ pula? Ada di kalangan perwakilan pemuda yang menginginkan beliau diberikan jawatan menteri atau timbalan tetapi bagi aku masih belum sesuai. Bukannya kerana beliau tidak layak tetapi seperti yang aku katakan sebelum ini, sebagai pemimpin dari kelompok minoriti adalah lebih baik KJ  berkerja keras menyatupadu dan memperkukuhkan Pergerakan Pemuda terlebih dahulu. Tidak bermakna tanpa menjadi Menteri atau Timbalan maka tidak boleh berjuang dengan efektif. Chua Soi Lek telah membuktikan dengan berusaha menyatukan MCA walaupun tidak berjawatan menteri.

Seperti ucapan beliau sendiri "Pemuda bukan jenis yang mahukan jawatan" maka sikap tidak mementingkan diri sendiri adalah satu tindakan yang terhormat. Aku yakin di dalam pemilihan tahun hadapan beliau akan memperolehi sokongan yang lebih baik untuk beliau jadikannya sebagai senjata memperkuatkan UMNO itu sendiri. Sekiranya beliau gagal bermakna masih belum cukup usaha yang telah beliau lakukan.

p/s: Aku bukannya dalam PEMUDA kerana dah terbabas umur. Ini hanyalah pandangan dari seorang yang semakin rabun mata dan mendoakan kebaikan untuk semua pihak.

Tuesday, October 19, 2010

Dari Emelku: Bila lagi nak tunjuk kekuatan orang Islam?

Jom baca artikel ini. Aku dapat dalam emel aku.

Assalamualaikum..                                           
Denmark is Loosing                                                       
                                                                           
Please don't let this mail stop in your PC.         
Hope you all know about the Denmark newspaper who made fun of our holy Prophet PBUH and till now they do not regret.   Let us make them regret for good.  


The Danish Ambassador, Prime Minister an d Denmark National Channel, all are trying to do something just to stop the boycott by Muslims since last month through which their losses have reached 4 billion Euro.   If we continue to boycott Denmark products 7 months more it could 
reach around 80 billion Euro's loss. 


Believers do not let this message  stop in your PC. Please forward this text to as many Muslims as possible.   Can't u spare 15 minutes in order to spread this message among Muslims.                                                                 
REMEMBER THE PROPHET (SAW) MIGHT ASK YOU ON THE DAY OF JUDGMENT, " WHAT DID YOU DO WHEN THEY MADE FUN OF ME "? HOW DID YOU DEFEND ME "?


Any products with barcode no. starting with 57 are Danish made Products.Please convince all Muslims to circulate this to Muslim ummah to ban Danish made products.










Komen Si Bingai: Yang kaki memboncit perot dengan Carlsberg memang tak de kene mengene dengan kempen ni walaupun Carlsberg Beer tu datang dari Denmark. Sebab kalau nak boikot pun nanti dia orang tukar pada todi haram pula. Tapi mungkin ini adalah alasan terbaik untuk berhenti minum arak! Jangan pula ada yang tawarkan tanah lagi besar pindahkan dan besarkan kilang. hehehe

Bagi yang mempunyai anak, cuba-cuba bagi anak-anak tu main gasing, galah panjang, congkak dan sebagainya daripada permainan LEGO. Atau bermain sekali dengan anak-anak supaya dapat masa bernilai bersama keluarga (family quality time). Jangan asik terjerit terlolong tengok bola atau meleleh air mata tengok Hindustan.


Lebih banyak mereka rugi, lebih sedar diri mereka betapa kesenangan yang mereka miliki selama ini sebahagiannya adalah sumbangan dari umat Islam yang membeli produk mereka.

Saturday, October 16, 2010

Dari Emelku: Jeli Gelatin Babi?

Ari ni aku dapat emel dari ntah sesape ntah. Aku ni jenis malas mengemel orang atau forward emel kat orang. Member ni mintak supaya disebarkan maklumat kepada semua jadi aku rasa adalah lebih baik kalau aku letakkan di blog ni.

Mesej yang ingin disampaikannya mudah sahaja:

Memang banyak jual (tengok attachment ni betul2)...kat kedai runcit n pasar malam,.... pesan2 le pd anak2 kesian diorang...forward ye...jgn diabaikan bende2 ni Dah keluar dalam Harian Metro, tapi kot2 kita semua tak perasan atau tak baca. Jely nie banyak dijual secara sukat kat Airport, kedai2 jual gula2 dan dimana2 saja.
Mudah2an kita dapat mengambil perhatian





Aku ni pun bukan jenis suka sangat benda tu tapi cukup-cukuplah kalau nak bunuh anak. Banyak lagi benda lain yang boleh dimakan macam keropok lekor, keropok ubi, dan macam-macam lagi jajan yang dah dicipta oleh moyang kita. Bukannya ada khasiatpun jeli tu kecuali menambah gula dalam badan jer. Keturunan sambal belacan atau budu baik kita amalkan balik pemakanan sihat untuk anak-anak. jangan nanti kerana benda-benda tersebut dijual dipasaraya terkemuka atau di airport, kita pun beli. Kalau pada aku, ayam percik pasar malam lagi sedap dari ayam panggang restoran keluarga. Cuma tempatnya saja tak de air-cond. Bagi aku tak kisah sebab dah biasa berjemur pun. 

Negara bukan Islam mengharapkan kita jadi Hub Halal global, kita pulak nak makan bebenda haram? hehehehe

Thursday, October 7, 2010

PRK DUN Galas - Siapa Menghina Siapa Terhina

Panas!

Aku pun tak paham kenapa bila ada yang cadangkan Yang Mulia Tengku Razaleigh jadi calun DUN Galas maka ada suara-suara sumbang yang mengSUMBANGkan cadangan tersebut. Hina sangatkah jawatan ADUN tu? Tak sedarkah bahawa ini satu penghinaan kepada ADUN-ADUN yang lain di samping menghina tekad dan keperihatinan seorang berdarah bangsawan yang ingin berbakti terus kepada rakyat!

Tak baca sejarah ke? Sultan Alaudin pernah menyamar sebagai penyamun untuk memberkas pahlawan hebat Majapahit yang cuba memporakperandakan negeri Melaka? Mengapa tidak Ku Li menyertai ADUN di DUN Kelantan untuk memantau? Tahukah bahawa dahulu beberapa anak raja telah dilantik menjaga kawasan-kawasan kecil untuk memudahkan rakyat menyampaikan permasaalahan mereka terutama bagi kawasan yang berada jauh dari istana?

Sebagai seorang anak raja tidak semestinya menaiki takhta. Aku lagi suka malah mengesyorkan semua anak-anak raja yang tidak berpeluang menaiki takhta supaya berkecimpung dalam arena politik supaya dapat memberikan perhatian terus kepada rakyat setempat seperti Ku Li dan Al-Marhum Tengku Abdul Rahman.

Sebagai seorang ahli politik yang telah bekecimpung begitu lama termasuk dalam kerajaan, beliau sanggup mencemar darjat hanya untuk berbakti kepada rakyat. Dan sebagai seorang rakyat seharusnya merasa beruntung sekiranya dipimpin oleh seseorang seperti Ku Li. Malahan aku rasa adalah satu penghinaan kepada Ku Li sekiranya ada sesiapa yang bercadang untuk menentang beliau. Sekiranya parti politik lain ingin meletakkan calun maka sepatutnya meletakkan seorang calun yang sama darjatnya dengan Ku Li. Mungkin mereka boleh memujuk kerabat-kerabat yang lain untuk menyertai parti mereka dan menentang Ku Li. Barulah seimbang. Bukannya orang kebanyakan yang akan mendabik dada sekiranya berjaya menewaskan Ku Li.


Lebih ramai anak-anak raja berkecimpung dalam politik, lebih banyak peranan yang dapat diberikan kepada mereka. Dengan cara ini, lebih kurang pandangan serong terhadap tugas dan peranan mereka dalam PEMERINTAHAN dan PENTADBIRAN negeri/negara. Ini akan lebih menguntungkan rakyat kerana selain daripada mendapat seorang pemimpin dalam politik, rakyat juga akan dapat lebih mendekati istana yang merupakan PAYUNG negeri.


Janganlah kerana KONONnya ingin menjaga kemuliaan darjat Ku Li maka ada di antara kita yang menghina dengan cara halus! Sekiranya ini berlaku aku menganggap mereka ini sebagai duri dalam daging. Tetapi kalau tanpa menyedari hakikat ini dan melakukannya secara tak sengaja maka aku menganggap mereka-mereka ini sama seperti aku. BINGAI!!!!!!

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun