Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Friday, August 27, 2010

Indon Oh Indon! 18SX

Utusan Malaysia, Jumaat 27: Malaysia Terus Dihina
JAKARTA 26 Ogos – Penunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sini terus bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal di situ hari ini.


Sketsa
Lokasi: Masih di warong Si Bingai
Waktu: Malam

Dungu (watak terbaru diberikan oleh Wak Jengkol - terimakasih wak! hehehe) memerhati keliling. Kemudian, matanya tertumpu ke arah satu meja yang dihuni oleh Si JakPau.  Kerusi ditarik dan dia duduk bertentangan.

JakPau hanya tersengih.

"Ngai!" Dia melaung. "Teh Halia Tarik satu!"

Bingai datang dengan segelas air Teh Halia Tarik yang dipesan oleh di Dungu. Gelas tersebut diletakkan dan dia duduk di antara mereka. "Apa cerita?"

"Saja-saja." JakPau memberikan tindak balas.

Giliran Dungu pula yang tersengih. "Kalau jumpa JakPau ni apa lagi. Cerita pasal lubanglah."

"Seronok tu. Akupun nak tumpang dengar ni. Pasal lubang DangDut ke?" Si Bingai menerka.

"Lubang DangDut cerita lama, Ngai."

"Haah la, Ngai." Dungu mencelah. "Sekarang ni cerita lubang Indon."

"Laaa... Indon mana pulak ni? Kalau Si Dungu ni aku taulah. Bini dia memang orang Indon."

"Indon yang kerja kat rumah dialah, Ngai." Dungu menambah.

"Yang tu pun kau balun juga, JakPau? Macam mana kau ayat dia?"

"Dia sendiri yang bagi. Katanya 'boleh test dulu, Pak'. Aku pun testlah." JakPau tersengih bangga.

"Aku yang sial." Dungu mengeloh.

"Apahal pula?"

"Minggu sudah bini dia hilang tiga malam. Dungu jumpa kat rumah kongsi kawan bini dia." JakPau menerangkan.

"Apa dia buat kat situ?"

"Apa lagi? Hantar bekalanlah. Dungu tangkap bini dia dalam bilik dengan jantan Indon berdua. Bogel."

"Tak kena tangan ke?"

"Nak tangankan apa? Laki dia datang dari Indon minta duit belanja untuk anak-anak."

"Laki dia?" Bingai mengerutkan dahi.

"Ha-ah. Rupanya bini dia tu masih ada lagi laki yang sah di Indon. Nak cerai pun tak guna sebab nikah tu sendiri pun tak sah."

Bingai mengeleng-ngelengkan kepalanya. "Memanglah kau ni dungu."

Mereka ketawa berderai-derai.

Dungu menoleh ke arah Bingai. "Aku dengar kau dapat pembantu rumah baru, Ngai."

Bingai hanya mengangguk.

"Amacam. Yang dulu kau dah bagi kembung ke?"

"Aku dah kawinkan dengan anak sedara aku."

Kedua-duanya memandang ke arah Bingai.

"Pembantu rumah kau tu orang mana?" JakPau memusingkan badannya dan menghadap Bingai.

"Orang sini. Aku ambil dari rumah anak yatim. Mak ayah dah tak ada. Keluarga juga dah tak mengaku. SPM gagal pula." Bingai menjawab selamba. "Yang baru ni pun aku ambil dari sana. Siang tolong bini aku di rumah. Malam pula aku hantar dia belajar sebab dia kata nak ambil STPM. Kalau ada rezeki tahun depan mungkin dia dapat masuk universiti."

Dungu dan JakPau melopong.

"Anak-anak aku kecil lagi. Dialah yang tolong mengajar anak-anak aku di rumah." Bingai tersenyum sambil berdiri. "Nasib baik juga yang dulu tu mengajar anak aku yang sulung mengaji sampai katam Quran. Nak harapkan aku dan bini aku? Tak payah. Aku dan bini aku kan bingai."

Dungu dan JakPau masih melopong. Bingai beredar ke arah kaunter dan duduk di sebelah isterinya.

Moral:
Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang boleh mengisi jawatan dan memerlukan perlindungan.

Saturday, August 21, 2010

Cina Mulakan Perdagangan Dengan Yuan Berbanding Ringgit

Dagangan terus dengan Cina tanpa bersandarkan kepada Dollar Amerika. Tahukah anda apa maknanya?

Semua urusniaga di antara Negara Cina dan Malaysia bagaikan anda membeli terus dengan harga yang lebih murah. Jika selama ini Malaysia dan Cina perlu bergantung kepada nilai Dollar Amerika yang tidak menentu, sekarang tidak lagi.

Bayangkan jika anda membeli sesuatu barang itu hari ini sebanyak 1000 unit pada harga USD100.00/RM350.00 setiap satu dengan pembayarannya dalam tempoh 3 bulan dari tarikh inbois dihantar. Anda membayarnya pada bulan kedua di mana ketika itu nilai ringgit jatuh pada harga RM375.00 untuk setiap USD100.00 yang kian mengukuh. Ini bermakna anda kerugian ketika belian seperti berikut:
  • 1000 unit x USD100.00/RM350.00 = USD100,000.00/RM350,000.00
  • 1000 unit x USD100/00/RM375.00 = USD100,000.00/RM375,000.00
  • Kerugian berdasarkan susutnilai ringgit = RM25,000.00
Dengan kemudahan seperti ini anda akan lebih yakin pada harga bayaran kerana nilai ringgit akan berdasarkan terus kepada Yuan dengan pergerakan yang lebih kukuh dan meyakinkan. Nilai yang diberi pada ketika ini ialah 0.46204 Ringgit (46 sen) untuk setiap satu Yuan dan perubahan nilai tidak perlu menunggu turun naik Dollar berbanding Ringgit atau Yuan.

Bagaimanakah DINAR EMAS dinilaikan berbanding RINGGIT sekiranya Bank Negara Malaysia tidak mengiktirafkannya dan berapakah nilai pertukaran setiap 1 Dinar Emas berbanding Ringgit atau nilai RM1.00 berbanding Dinar Emas?

Berita selanjutnya DI SINI

The Channel News Asia
 SHANGHAI : China began trading the Malaysian ringgit against the Chinese yuan on the domestic foreign exchange market Thursday in the latest step towards making the yuan an international currency.

The People's Bank of China, the nation's central bank, set a central parity rate, to be published daily before trading starts, of 0.46204 ringgit per yuan, according to the website of the China Foreign Exchange Trading Centre (CFETC).

The yuan is allowed to move a maximum of five per cent up or down against the ringgit from the central parity rate.

The band is wider than the 0.5 per cent range set for the yuan and the dollar, and the three per cent band for four other major currencies currently traded on the onshore market.

The move is aimed to "promote bilateral trade between China and Malaysia and facilitate using the yuan to settle cross-border trade", the CFETC said in a statement late Wednesday.

Beijing has been taking steps including promoting the use of the yuan to settle international trade and forging currency swap agreements in a bid to make the yuan a major global currency.

The central bank said earlier this week it would allow foreign financial institutions that participate in the yuan settlement programme to invest their yuan proceeds in China's interbank bond market, giving those receiving yuan as payments an investment channel.

- AFP/wk

Thursday, August 19, 2010

Erti Sebuah Kasih Sayang



TAK MESTI BACA!
Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarakh ini aku ingin mengimbas kembali satu artikel yang aku tulis pada tahun 1999 di dalam laman sesawang peribadi aku untuk pedoman bersama.

Nama penuh: Siti Akbariah Binti Yusof (@ Molek)
Nama bapa: Yusof Bin Binu @ Haji Wahab
Nama ibu: Rasiah Binti Jatin
Carian Salasilah Keluarga:  http://www.salasilah.info



        Aku duduk tersepuk di tepi dinding berhampiran dengan tangga. Mataku memandang ke arah kolam ikan yang dibina oleh arwah datuk. Kolam ikan yang hanya berada di sebelah rumah kayu itu kelihatan tenang sahaja. Sebahagian daripada dapur rumah berada di atas kolam. Kata arwah datuk, biarlah senang anak cucu nak makan ikan. Buka lantai dapur, tabur umpan dan tangguk.
          Bunga teratai tetap berkembang. Ikan masih lagi berenang dan rakit tempat aku selalu bermain masih tertambat di tepi pelantar. Mahu rasanya aku menanggalkan semua pakaianku ketika itu dan terjun ke dalam kolam tersebut seperti yang sering aku lakukan setiap petang. Bogel dan bebas. Bagaikan anak yang baru lahir.

Tetapi petang ini aku terpaksa mengalah. Terlalu ramai orang di beranda rumah kayu di tepi sawah ini. Jiran-jiran masih lagi datang berkunjung. Yang pulang tetap pulang dan yang datang tetap datang.

        Aku memandang pula ke arah halaman rumah.
 
        Beberapa orang gadis remaja kelihatan menongkatkan basikal mereka di situ. Mereka melangkah ke arah tangga dan memandang ke arahku. Sambil memberikan senyuman, mereka mengambil air dari tempayan yang sememangnya tersedia di tepi tangga dan membasuh kaki yang terpalit lumpur halaman yang becak selepas hujan. Kemudian mereka menaiki rumah itu dan terus ke dalam.

        Kadangkala aku merasa hairan juga. Wajah-wajah itu bukanlah asing bagiku tetapi aku tidak pernah tahu nama-nama mereka. Anih bukan?

        Tidak sampai beberapa saat aku terdengar bunyi tangisan dari salah seorang gadis yang baru melewatiku tadi. Aku memasang telinga.

        "Maafkan aku, Molek!" Gadis itu merayu dalam tangisannya.

        Aku menoleh.

        Tak apa. Bukan salah kau. Memang sudah takdir aku begini. Sebenarnya luka ini dah lama. Hanya menanti masa sahaja." Kedengaran suara Kakak Molek yang tetap segar walaupun perlahan. Bibirnya yang semakin pucat itu mengukirkan senyuman. Tetap manis.

        "Tetapi...... kalau bukan kerana aku yang memukul kau, penyakit ini tak mungkin kau hidapi, Molek." Suara gadis itu tersekat-sekat.

        "Sudahlah. Jangan dikesalkan lagi. Kalau bukan terkena pukulan kau, mungkin ianya akan berlaku juga kalau aku terhantuk kepada barang-barang yang keras." Dia terus memujuk temannya itu.


        Mungkin inilah teman yang dikatakan secara tidak sengaja memukul pehanya dengan pukulan karate. Aku berbisik di dalam hati.

        Aku terkenangkan semula pada cerita abah. Kaki Kakak Molek terhempap kayu dari pohon yang ditebangnya. Selepas beberapa hari dari kejadian itu dan selepas diubati secara traditional, Kakak Molek boleh berjalan seperti biasa. Tidak ada tanda-tanda tulang patah. Kesan lebam di peha kananinya juga beransur hilang.
 
        Setelah beberapa bulan, kecederaan yang tersembunyi menjadi parah. Pukulan karate yang dilakukan secara gurauan hanya menjadi pemberitahu betapa kecederaan itu telah merebak. Peha kanannya bengkak semula. Setelah diperiksa, rupanya telah terjadi ketumbuhan di tempat tersebut. Doktor mengesahkan bahawa beliau menghidapi kaser tulang.

        Betapa hancur luluhnya hati abah. Dengan kelengkapan dan pengetahuan yang terhad ketika itu, abah diberikan pilihan yang begitu sukar. Akhirnya abah berserah kepada takdir daripada membiarkan kaki Kakak Molek dipotong sehingga ke pangkal peha. Abah lebih rela kehilangan anak kesayangannya daripada membiarkan hidup kakak menderita sebagai seorang yang cacat. Seorang gadis jelita berkaki sebelah. Abah tidak sanggup melihat Kakak Molek kecewa apabila melihat teman-temannya yang lain hidup bahagia sedangkan dia terpaksa mengheret kakinya dari satu tempat ke satu tempat dengan tongkat atau kerusi roda. Abah takut nanti selepas ketiadaan beliau, tiada siapa yang akan membela Kakak Molek dan membiarkannya terus terlantar.

        Dan Kakak Molek tidak membantah. Dia serahkan segala keputusan kepada abah. Baginya, kasihsayang yang dinikmati selama empatbelas tahun sudah lebih dari cukup daripada membiarkan abah menanggung bebanan memelihara beliau.


        Selama beberapa bulan kakak terpaksa berulang ke Hospital Besar Kuala Lumpur hanya untuk membiarkan daging pehanya dibakar oleh pancaran Sinaran X. Hanya itu sahaja rawatan yang tinggal untuknya. Bukan untuk memulihkan tetapi untuk mengurangkan kesakitan. Akhirnya daging itu masak dan tidak berfungsi lagi. Beliau terlantar di rumah pula. Rumah yang dibina oleh arwah datuk di Kampung Sungai Macang Ulu, Lenggeng, Negeri Sembilan. Sakit ketumbuhan yang dihidapinya terus merebak dan merosakkan usus-usus perutnya.
 
        "Adik........." Suaranya lemah memanggilku.

        "Saya, kak!" Suaranya mengejutkan aku dari lamunan. Aku bingkas bangun dan memandang ke arahnya.

    Teman-teman persekolahannya sudah lama pulang. Begitu juga dengan jiran-jiran. Hanya yang tinggal kini ialah saudara mara sahaja. Baru aku tersedar bahawa hari telah senja.

        Perlahan-lahan aku merapatinya dan duduk di sebelah. Bau busuk dari daging pehanya yang sudah reput itu menggigit hidungku. Daging yang sudah mati kerana sering dibakar oleh Sinaran X. Daging yang sudah tidak berfungsi lagi itu. Bau yang sering menemaniku setiap kali aku tidur berhampiran dengannya. Bau yang sudah tidak mampu untuk menghalang aku untuk menghampirinya.

        "Adik sayang Kak Molek tak?" Dia bertanya dengan suara yang tersekat-sekat sambil tangannya memegang tanganku.

        Aku sebak. "Sayang......" Aku menjawab dengan nada perlahan. Hanya itu sahaja yang mampu kuucapkan ketika itu. Melihat mutiara jernih bergenangan di matanya membuat aku sendiri tidak dapat menahan airmataku.

        "Kakak pun sayang adik. Kakak sayang adik sampai kakak mati, dik."


        Dadaku semakin sebak. Pipiku terasa panas. Mataku semakin kabur. Airmata yang pada mulanya hanya bergenangan di mata kini sudah mula mengalir di pipiku.

        "Kalau adik sayang orang, sayang sampai mati. Barulah sayang itu ada makna, dik. Kasih sayang yang sejati." Dia memberikan aku nasihat.

        Sungguh tidak kusangka bahawa perkataan sayang yang kuucapkan adalah perkataan yang terakhir yang kulafazkan untuk Kakak Molek. Keesokan harinya aku dikejutkan dengan berita kematiannya ketika aku masih berada di sekolah. Berita kematian yang terlalu lambat aku terima menyebabkan aku tidak dapat menemuinya buat kali terakhir. Jenazahnya telah dipindahkan ke Gombak tanpa menunggu kepulanganku. Aku kecewa ketika pulang dan hanya mampu melihat tempat tidurnya yang sudah kosong. Tempat tidur yang sering memberikan bau busuk tetapi masih tidak mampu menghalangku untuk tidur di sebelahnya hampir setiap malam.


        Setiap hari aku terkenangkan keayuan dan kelembutan wajahnya yang penuh dengan kasihsayang. Sering kuimbas kembali betapa dia begitu mengambil berat tentang diriku. Betapa dia sering mempertahankan aku setiap kali aku dimarahi kerana melakukan kesalahan. Betapa dia sering membawa aku ke mana sahaja malahan ketika bertemu dengan teman-temannya. Aku menjadi begitu rindu. Rindu pada kasihsayang dan perhatian yang diberikan. Rindu pada kehilangan yang pernah aku lupakan.
 
        Sejak aku mula mengenali cinta, aku terus mencari cinta yang suci dan sejati. Setiap kali gagal, aku akan menjerit di dalam hati, Kak Molek! Tak ada kak! Tak ada kasih sayang yang sejati dan memberikan makna! Semuanya bohong belaka. Semuanya hanya pentingkan diri mereka sahaja. Tolonglah, Kak Molek! Tolonglah IZAN, Kak Molek!

        Dan setelah tiga kali berturut-turut menghadapi kegagalan cinta aku menjadi bosan dan berputus asa. Rasa cinta telah mati di dalam hatiku semenjak 31hb Julai, 1978. Aku ditewaskan. Cinta dan cita-citaku telah musnah. Tidak ada lagi pencarian terhadap hidup yang lebih mencabar. Tiada lagi perjuangan untuk diriku. Aku hanya berjuang untuk insan lain.


        Aku hanya mengikut arus kehidupan dan berusaha untuk tidak terus tenggelam. Aku dipaksa menerima kenyataan itu. Tiada lagi rasa cinta dan semangat perjuangan di dalam hati ini. Hanya yang tinggal adalah rasa simpati, kasihan dan kemaafan sahaja. Aku tidak mahu dicemuh oleh roh Kakak Molek kerana membunuh semua perasaan yang pernah ditanamkan ke dalam hatiku. Satu pengajaran yang begitu bermakna daripada usiaku empat tahun sehingga aku berusia sepuloh tahun. 

        Dan semenjak daripada itu aku terlupa kepada Kakak Molek yang pernah ujud dalam kehidupanku. Seorang kakak tiri yang tidak pernah menganggapku seperti adik tiri. Seorang gadis yang mampu memberikan kemaafan kepada orang yang mempercepatkan kematiannya. Seorang insan yang mampu memberikan kasihsayang kepada aku dan dunia walaupun di saat-saat akhir. Seorang anak yang rela memberikan hak kepada seorang ayah untuk menentukan hidup dan matinya tanpa rasa kesal. Seorang gadis yang tidak pernah mahu mengaku kalah. Seorang gadis yang tidak pernah kalah.

        Entah mengapa pada 8hb Januari 1999, aku terkenang kembali kepada memori itu. Secara tidak sengaja aku telah menceritakan kepada salah seorang teman IRC. Dan airmataku mengalir mengenangkan betapa begitu lama aku melupakan kasihsayang yang pernah dibuktikannya kepadaku. Betapa begitu lama aku mengabaikannya.
 
        Kini, rumah kayu sudah usang. Sawah padi sudah menjadi padang lalang. Kolam ikan sudah kering dan dipenuhi dengan sampah sarap. Tiada lagi rakit yang tertambat di pengkalan. Tiada keindahan dan kedamaian di situ sejak kali terakhir aku ke sana. Enam tahun yang lalu. Namun, kenangan arwah Kak Molek tiba-tiba mengimbau hatiku. Kenangan yang tidak akan usang lagi.


        Kak Molek! Terimakasih kerana telah mengajar aku erti kasihsayang yang sebenar. Terimakasih kerana mampu membuktikan bahawa di dalam diriku ini masih mampu untuk merasakan cinta yang begitu tulus dan sejati. Sekiranya kakak masih hidup hingga kini Izan akan membela dan menjagamu. Izan akan dukung kakak ke mana sahaja yang Kakak mahu. Izan akan berikan sepenuh kasihsayang yang tidak pernah diberikan oleh orang lain terhadapmu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu dan menempatkan di kalangan ahli Syurga.

        Dan terimakasih kepada Sabrina yang membuat aku mengenang kembali suatu memori yang telah aku lupakan selama ini. Terimakasih juga kerana mencadangkan aku membina memorial ini. Dan mulai hari ini aku tidak akan lagi membiarkan arus menghanyutkan kehidupanku. Akan kutongkah arus dan kuempang badai. Akan kusongsong ribut dan kuredah taufan. Kini aku akan berjuang kembali. Perjuangan yang pernah kutinggalkan sebelum ini. Perjuangan yang belum selesai.
 
        Kepada mereka yang beragama Islam, bertafakurlah sebentar dan sedekahkanlah fatihah untuk seorang insan yang paling hebat pernah aku temui sepanjang hidup kanak-kanakku. Dan sekiranya ada di antara anda yang pernah mengenali beliau dan memiliki gambar-gambar beliau, sila kirimkan ke alamat email yang terdapat di lamanweb ini. Ceritakanlah serba sedikit pengalaman anda bersamanya. Semoga ianya akan menjadi pengajaran kepada kita semua.



Bersama salah seorang pesakit mata di Hospital Besar Kuala Lumpur untuk rawatan ulangan. Walaupun dengan kaki yang tidak teguh berdiri dan dengan rasa kesakitan beliau masih mampu menunjukan rasa prihatin dan kasih sayang. Di antara gambar yang ingin ditinggalkan untuk kenangan kami .
(Diambil pada 18/08/1968)

Tuesday, August 17, 2010

Dinar Emas - Bukan Idea Tun Mahathir?

Jangan babitkan Tun Dr Mahathir! Jika ingin menggunakan idea negarawan terulung itu maka merujuk terus kepada beliau. Jangan gunakan nama beliau sekiranya berhasrat untuk mengelirukan rakyat dan apabila menemui kegagalan maka Tun akan dipersalahkan.

Sebahagian daripada posting ini aku ambil semula daripada komen-komen yang aku berikan di blog House PK (Klik Di Sini). Terima kasih kepada House PK kerana menyiarkan komen aku. Oleh kerana komen itu dibuat dipentas terhad berkemungkinan berlaku salah faham. Oleh itu aku buat semula komen tersebut dalam posting yang ini dengan beberapa pembetulan.


Mengikut pemahaman aku:
Dinar emas yg dimaksudkan oleh Tun M dahulu sebenarnya bukanlah matawang baru untuk menggantikan ringgit tetapi nilai sandaran ringgit yang selama ini bersandarkan kepada Dollar Amerika. Sebab itu banyak negara tidak bersetuju kerana kebergantungan terhadap perdagangan dan pertukaran wang asing dengan Amerika.

Tun mengajak negara-negara lain terutama dari benua Arab/Timur Tengah untuk menjadikan Dinar Emas yang berasaskan harga emas di pasaran dunia sebagai nilai pertukaran matawang setiap negara. Ini disebabkan nilai emas tidak boleh dimanupulasi oleh penyangak ekonomi/matawang kerana naikturun nilai emas lebih kukuh berbanding Dolar, Euro ataupun Yen.

Apa yang Nik Aziz lakukan hanyalah menukar wajah matawang bukan nilai sandaran.
  • Apakah dinar emas itu benar-benar diperbuat daripada emas tulin? Mungkin tidak atau menggunakan emas terpakai.
  • Apakah penggunaan dinar emas/perak ini telah mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri?
  • Apakah penggunaan dinar emas/perak ini telah mendapat perkenan Ke Bawah Duli Paduka Sultan Kelantan?

Dan seperti terdapat unsur-unsur penghinaan kepada DYMM Yang Di Pertuan Agung yang memperkenankan penggunaan ringgit semenjak daripada almarhum DYMM Yang Di Pertuan Agung yang pertama.

Cuma aku tak faham bagaimana beliau memberikan nilai dinar emas/perak sedangkan setiap negara/negeri yang mempunyai matawang sendiri perlu mempunyai simpanan emas di Bank Dunia untuk menentukan nilainya. Sekiranya matawang tersebut hanya digunakan di dalam negeri maka Kelantan perlu mempunyai simpanan di BANK NEGARA untuk penentuan nilai berbanding ringgit. Sekiranya tiada maka dinar emas/perak yang diterima oleh kakitangan kerajaan sebagai gaji pun TIDAK BOLEH diperlakukan di negeri-negeri lain dalam Malaysia kerana matawang tersebut tidak diakui termasuk dari segi nilai. Siapakah yang akan menjadi mangsa? Adakah ADUN-ADUN di Negeri Kelantan juga dibayar elaun mereka menggunakan dinar termasuk Menteri Besar?

Ini macam ilmu buat duit pokok pisang zaman Jepun. Yang untung ialah:
  • Syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kerana menggunakan duit rakyat untuk membuat dinar!
  • Penggurup Wang tak bertauliah yang mungkin mengenakan caj berlebihan kerana mereka tidak dikawal oleh Bank Negara Malaysia
Sekiranya syarikat yang mengilangkan wang tersebut berdaftar dan beroperasi di dalam negara maka syarikat tersebut juga mungkin didakwa di bawah Akta Mesin Cetak.

Aku pernah dengar sebuah syarikat yang pernah mencuba memperkenalkan e-Dinar di zaman Tun M tetapi ditolak oleh kerajaan. Ini disebabkan cadangan syarikat tersebut untuk menggunakan ringgit Malaysia dan ditukar ke dalam jongkong emas yang disimpan di dalam bank persisir pantai seperti di Kepulauan Carribean (yang berkemungkinan adalah bank penjenayah). Bukannnya di Bank Dunia.  Sekiranya Kelantan menggunakan khidmat yang sama maka dapatkah dijamin keselamatan simpanan emas tersebut? (Atau adakah Negeri Kelantan telah dipengaruhi oleh syarikat yang sama?)

Apa yang aku risaukan ialah apabila pengeluaran dinar emas/perak ini tidak dibuat bersandarkan mana-mana simpanan maka pengeluarannya akan jadi berlebihan dan jatuh nilai. Di samping itu pihak kerajaan negeri boleh terus mengeluarkan matawang tersebut untuk membayar gaji kakitangan mereka walaupun matawang tersebut sudah susut nilai atau tidak laku kerana kemungkinan ketika itu pendapatan kerajaan negeri merosot.

Dapatkah anda bayangkan apakah nasib kakitangan kerajaan yang menerima gaji menggunakan dinar tetapi tidak boleh menggunakannya di negeri-negeri lain SELAIN dari KELANTAN sahaja? Dapatkah anda bayangkan nasib peniaga-peniaga yang menerima dinar tersebut dari urusan jualbeli tetapi tidak boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan atau bekalan perniagaan dari negeri-negeri lain?


Apakah anda yang menggunakan ringgit mahu mendapat tukaran dinar ketika berbelanja di Kelantan? Apa akan jadi dengan sektor perlancungan di sana? Bagaimana dengan orang Kelantan sendiri yang ingin mengirim wang perbelanjaan untuk anak-anak mereka yang belajar di luar Kelantan? Mahukan pejabat pos menerima sebagai kiriman wang? Mahukan Bank-Bank Perdagangan menerima untuk simpanan/pemindahan wang?

Sememangnya terdapat di negeri China yang mempunyai dua matawang. Satu matawang antarabangsa (Renminby) dan matawang dalam negeri (Yuan). Penggunaan dua matawang ini dilakukan untuk mengawal pengaliran keluar matawang negara. Tetapi kedua-dua matawang tersebut dikeluarkan dan dikawal oleh Bank of China. Nilai Yuan pula bersandar kepada matawang Renminby maka pertukarannya dengan Renminby adalah sah walaupun ianya tidak boleh ditukar dengan matawang antarabangsa yang lain.

Persoalan Pengurusan:
  1. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap nilai dinar?
  2. Apakah negeri Kelantan mempunyai Bank Negeri sendiri yang mempunyai Gabenor?
  3. Bolehkah matawang tersebut ditukar kepada ringgit/matawang asing di luar Kelantan sekiranya Bank Negara tidak memperakuinya seperti ketika membeli bekalan di Thailand?
  4. Bolehkah dinar digunakan untuk membuat pembelian keperluan import?
  5. Bolehkah dinar digunakan untuk membayar bil-bil semasa seperti TNB, Air, Cukai Jalan, Cukai Pendapatan dan sebagainya?
  6. Bolehkah dinar digunakan untuk membeli minyak petrol/tiket kapalterbang ke umrah?
  7. Bolehkah dinar digunakan di kedai/syarikat franchise?
Mangsa-mangsa yang terlibat:
  1. Kakitangan kerajaan negeri
  2. Peniaga-peniaga yang memerlukan bahan yang tidak diperolehi dari dalam negeri.
  3. Petani-petani yang perlu membeli baja dan racun serangga.
  4. Rakyat jelata.
Tidak terlintas di hati aku untuk mengatakan orang Kelantan itu bodoh kerana beberapa tokoh dari Kelantan sendiri pernah memegang jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan sedangkan aku hanya seorang bingai lulusan SPM sekolah kampung.

Ada 4 jenis kelemahan manusia dalam keilmuan:
1. Orang yang bodoh
2. Orang yang tak tahu
3. Orang yang tak mahu tahu
4. Orang yang leka.

TGNA bukanlah seorang pakar ekonomi lalu bolehlah kuanggap sebagai orang yang tak tahu. Bagi seorang pemimpin seperti ini dia sememangnya memerlukan 'ThinkTank'.

Dan terdapat dua jenis 'ThinkTank' yang perlu kita amati:
1. Berfikir untuk sejagat
2. Berfikir untuk diri sendiri.

Tun M juga pernah terleka dalam merealisasikan matawang dinar untuk dunia Islam. Kerana itu dia memerlukan 'ThinkTank' seperti Kakitangan Kementerian Kewangan, Penasihat Ekonomi dan Pasukan Bank Negara Malaysia untuk melakukan penyelidikan.

Jadi, sebagai rakyat yang perihatin terhadap masa depan rakyat DAN diri sendiri, sebaiknya anda cuba menjawab soalan bangang yang si Bingai ini utarakan di atas. Untuk mentafsirkan perkataan 'methodology' sendiri tak mampu aku huraikan. Persoalan yang lebih hebat bukan layak si Bingai ini untuk bertanya kerana terdapat pakar-pakar yang lain. Dari sudut perundangan adalah menjadi tanggungjawab pihak-pihak tertentu untuk memberikan penerangan. Mungkin beberapa akta perlu dirujuk seperti:

  1. Akta pengubahan wang haram
  2. Akta sistem pembayaran
  3. Akta Pertukaran Wang
  4. Akta mesin cetak
  5. Pengiriman Wang
  6. Penerimaan Deposit
  7. Penerbitan/pengedaran wang palsu
Jangan sampai dinar emas menjadi seperti matawang Saidina/Monopoly lalu kita menyalahkan kerajaan Pusat kerana tidak mengiktirafkannya. Semua rakyat harus memahami isu ini kerana sekiranya kita tidak memperdulikannya maka kita seolah-olah ingin membiarkan Rakyat Kelantan terperangkap.

Sekiranya kerajaan Kelantan mempunyai peruntukkan kewangan yang begitu banyak untuk dijadikan cagaran/sandaran terhadap dinar berbanding matawang asing, adalah lebih baik wang tersebut digunakan untuk membangunkan semula KOHILAL. Sebagai sebuah koperasi berdaftar (masih lagi berdaftarkah?) KOHILAL boleh menggunakannya sebagai modal untuk melaksanakan beberapa projek. Mungkin KOHILAL boleh dijadikan PEMBEKAL SETEMPAT untuk Negeri Kelantan dan mengeluarkan dinar seperti sistem baucer tunai (Cash Voucher). Dengan cara ini lebih mudah untuk kerajaan negeri menyalurkan bantuan kepada rakyat di samping membantu KOHILAL untuk mendapat keuntungan yang juga akan diagihkan kepada pelabur/ahli.

Rujuk:
  1. Another Brick in the Wall - Kelantan's Gold Dinar mere political hype
  2. The Blog of The Gold Dinar and Muamalat by Umar Vadillo - Statement On The Shariah Currency and Legal Tender
  3. Dinar Emas DotCom - Piawaian Persatuan Dinar Emas Sedunia
  4. The Unspinner - Dinar emas gimik sahaja...Ariffahmi ada share?
  5. Another Brick in wall - Umar Vadillo answers ABITW 
  6. Another Brick in wall - Kelantan's Gold Dinar mere political hype 
  7. On Da Street - Ringgit Malaysia vs Dinar & Dirham (Kelantan)? 
  8. OutSyed The Box : Part 1 Dinar Kelantan: Dah Silap Kira, 'Bang'
  9. OutSyed The Box:  Part 2 Dinar Kelantan: Dah Silap Kira 'Bang' 
  10. OutSyed The Box: Part 3 Dinar Kelantan: No Guarantee By Nik Aziz To Buy Back The Dinar! 
  11. House PK: Dinar Emas - Idea Siapakah Yang PAS Guna?
  12. Selangor Daily: Dinar dan Dirham Untuk Kepentingan Politik Husam
  13. Kijang Jantan: Dinar, Dirham - Pergeseran baru Kelantan dengan Pusat?
  14. Kijang Jantan: Nik Aziz Terpaksa 'Telan' Kata-Kata Dr. Mahathir
  15. Kijang Jantan: Kerajaan PAS Kelantan Akhirnya Akan Persalahkan Kerajaan Pusat
  16. Aspirasi Bangsa: "Pak Arab pun bagi respon Dinar Emas negeri Serambi Mekah!!!"
  17. Jutawan Emas: kenapa-dinar-emas-kelantan-susah-untuk-didapati 
  18. Malaysia Today: DAP diminta jelaskan isu perdangan dinar emas Kelantan 
  19. Wikipedia: Dinar Emas Kelantan 
  20. Utusan Malaysia: Duit emas, perak Kelantan boleh dianggap memalsukan matawang?

Monday, August 16, 2010

Menantu Hantu - Edisi Khas

Istimewa untuk CCZ - Sanggul Melayu yang setia mengunjungi blog aku. Oleh kerana dalam posting sebelum ini terdapat dialek-dialek Negeri Sembilan dan Minangkabau yang sukar untuk anda fahami, penulis buat sekali lagi posting tersebut tanpa dialek daerah.

Aku meletakkkan gelas teo-o panas di atas meja. Kerusi plastik berwarna merah itu aku tarik. Punggung kulabuhkan.

"Elok sangatlah kau ke mari." Bongok menoleh ke arah aku.

"Apa pula halnya, Ngok?"

"Kau cakapkan pada si Bebal ni," Rungut si Bongok.

"Bedal. Bukan Bebal." Aku membetulkan.

"Sama saja. Kalau orang kami sebutnya Bebal."

Aku menoleh ke arah Bedal. "Apa halnya, Dal?"

"Malas aku nak cerita. Panas!" Bedal merenyuk.

"Kau sajalah yang cerita, Ngok. Bunyi cakap korang berdua lebih kurang sama gak."

"Budak ni gaduh dengan mertua. Pasal anak."

"Laa.. Kan anak dia duduk dengan mak mertua dia."

"Memang laa. Tapi aku nak bela anak aku juga. Bini baru aku suruh ambil." Bedal bersuara.

"Takkan mak mertua kau tak bagi? Apa masaalah?"

"Takut cucunya didera maktiri."

Aku mengelengkan kepala.

"Itulah. Aku dah katakan dulu. Mertua hendaklah dijaga macam ibu. Degil! Bila dah macam ini mana mertua nak percaya."

"Kau tak tuntut mahkamah ke?"

"Dah undang-undang mengatakan hak nenek sebelah emak. Aku nak buat macam mana?"

Aku mengelengkan kepala. "Kau dulu macam mana, Ngok?"

"Aku sama saja. Bercerai mati. Tapi lepas tu mertuo kawinkan dengan waris arwah bini."

"Untunglah kau."

"Iyalah. Tu pasal aku suruh Si Bebal ni elok perangai." Bongok memandang ke arah Bedal. "Mak mertua macam ibu sendiri. Sama saja dosa kalau derhaka. Bila dah menikah dengan anak dia, putus tanggungjawab si perempuan. Tanggungan mertua terletak di kepala kita."

Aku termenung. Aku sendiri sering lalai menjalankan tanggungjawabku kepada mertuaku.

"Tu pasa kalau dekat tempat aku, selalu ganti tikar."

"Ganti Tikar?" Dahiku berkerut.

"Menikah dengan adik ipar." Bongok menerangkan. "Bila bini meninggal, mertua nikahkan dengan adik dia. Sayang pula nanti menantu dapat pada orang lain. Harta dituntut orang. Anak tak terjaga.  Tu pun kalau jadi menantu yang eloklah. Kalau nak menikah dua pun mertua tak marah. 'Memang handal menantu aku' kata nya."

"Kenapa kau tak kawin dengan adik ipar kau?"

"Nak menikah macam mana? Arwah bini aku dulu  anak bongsu. Kakak dia dah lisut." Bongok menyeringai.

Aku ketawa. Si Bedal yang tengah bengang hanya tersengih.

"Apa kau dah buat dengan mertua kau, Dal? Takkan sampai begitu sekali marah dia sampai kau nak bela anak kau sendiri pun dia tak bagi."

"Takdo apa-apa pun. Tu yang aku marah ni."

"Memanglah. Takda dosa kau pada mertua tapi dosa pada arwah bini macam mana?" Bongok menyampuk.

"Dosa kat arwah bini kau?"

Bedal mendiamkan diri. Aku menoleh ke arah Bongok untuk mencari pengertian.

"Masa arwah tu hidup lagi si Bebal ni asik mengurat janda lama beranak empat. Rumah dia tak jauh dari rumah mertua."

"Laaaa.. Kalau nak menggatal pun carilah jauh sikit. Yang sekampung dengan arwah tu gak yang kau cari."

Bedal bersuara perlahan sambil menundukkan kepalanya. "Nak buat macam mana? Cinta lama tak boleh lupa."

"Kau tu yang bebal." Bongok mengutuk.

Aku hanya sengih. "Memanglah kau ni menantu hantu!"

Moral:
Ibu mertua adalah mahram bagi kita. Tidak batal air sembahyang. Jadi, jagalah ibu mertua kerana sebagaimana kita berdosa kepada ibu sendiri begitulah kita berdosa kepada ibu mertua. Semoga hidup kita ini diberkati Allah SWT.

Sunday, August 15, 2010

Menantu Hantu


Aku meletakkkan gelas teo-o panas di atas meja. Kerusi plastik berwarna merah itu aku tarik. Punggung kulabuhkan.

"Elok bana la wak-ang ka ken  (ke mari)" Bongok menoleh ke arah aku.

"Apa pula halnya, Ngok?"

"Wak-ang koba an kek si Boba ni," Rungut si Bongok.

"Bedal. Bukan Bebal." Aku membetulkan.

"Samo yo. Kok urang awak kecek ee BOBA (Bebal)."

Aku menoleh ke arah Bedal. "Apa halnya, Dal?"

"Maleh den nak ceghito. Paneh!" Bedal merenyuk.

"Kau sajalah yang cerita, Ngok. Bunyi cakap korang berdua lebih kurang sama gak."

"Paja ko gaduh yo mentuo. Pasal anak."

"Laa.. Kan anak dia duduk dengan mak mertua dia."

"Memang laa. Tapi den nak bolo anak den yo. Bini baru den suruh amik." Bedal bersuara.

"Takkan mak mertua kau tak bagi? Apa masaalah?"

"Takuit cucu ee di doro maktiri."

Aku mengelengkan kepala.

"Tu teh. Wak-den dah koba an dulu. Mentuo nak dijago bak bundo. Daghie! Bilo dah camni mano mentuo nak pacayo."

"Kau tak tuntut mahkamah ke?"

"Dah undang-undang ngatokan hak nenek sebolah omak. Den nak buek camno?"

Aku mengelengkan kepala. "Kau dulu macam mana, Ngok?"

"Wak-den samo yo. Bacarai mati. Tapi lapeh tu mentuo kawinkanwak-den ngan warih arwah bini."

"Untunglah kau."

"Iyolah. Tu pasa wak-den suroh Si Boba ni elok laku." Bongok memandang ke arah Bedal. "Mak mentuo cando bundo sendiri. Samo yo doso kok dahako. Bilo dah menikah yo anak ee, putuih tanggungjawab si pidausi. Tanggungan mentuo talotak kek kepalo kito."

Aku termenung. Aku sendiri sering lalai menjalankan tanggungjawabku kepada mertuaku.

"Tu pasa kok kek tampek wak-den, selalu ganti tika."

"Ganti Tikar?" Dahiku berkerut.

"Menikah yo adik ipar." Bongok menerangkan. "Bilo bini meninggal, mentuo nikah an yo adik ee. Sayang lak nanti menantu dapek yo urang lain. Harto dituntuit urang. Anak tak terjago.  Tu pun kalau jadi menantu yang elok la. Kut nak menikah duo pun mentuo tak marah. 'Memang handa menantu den' kato nyo."

"Kenapa kau tak kawin dengan adik ipar kau?"

"Nak menikah camano? Arwah bini wak-den dulu  anak bungsu. Kakak ee dah lisuit." Bongok menyeringai.

Aku ketawa. Si Bedal yang tengah bengang hanya tersengih.

"Apa kau dah buat dengan mertua kau, Dal? Takkan sampai begitu sekali marah dia sampai kau nak bela anak kau sendiri pun dia tak bagi."

"Takdo apo-apo pun. Tu yang den marah ni."

"Memangla. Takdo doso wak-ang kek mentuo tapi doso kek arwah bini camno?" Bongok menyampuk.

"Dosa kat arwah bini kau?"

Bedal mendiamkan diri. Aku menoleh ke arah Bongok untuk mencari pengertian.

"Maso arwah tu idup laie si Boba ni dok ngendeng jando lamo beranak ampek. Ghumah ee tak jauh dari ghumah mentuo."

"Laaaa.. Kalau nak menggatal pun carilah jauh sikit. Yang sekampung dengan arwah tu gak yang kau cari."

Bedal bersuara perlahan sambil menundukkan kepalanya. "Nak buek camno? Cinto lamo tak buleh lupo."

"Wak-ang tu yang boba." Bongok mengutuk.

Aku hanya sengih. "Memanglah kau ni menantu hantu!"

Moral:
Ibu mertua adalah mahram bagi kita. Tidak batal air sembahyang. Jadi, jagalah ibu mertua kerana sebagaimana kita berdosa kepada ibu sendiri begitulah kita berdosa kepada ibu mertua. Semoga hidup kita ini diberkati Allah SWT.

Friday, August 13, 2010

Telco & Post - Program Tipu?

Terimakasih kepada Anon August 13, 2010 10:33 AM yang memberi komen dalam topik aku sebelum ini. Maklumat yang diberikan memang mengejutkan.

Sumber:
Forum Carigold Dot Com
Topik: Telco & Post Program Penipu Terbaru Daripada FaraTech!
 Faratech sepertimana yg korang kenal adalah syarikat Melayu penipu yg telah menipu ramai orang melayu melalui program2 ciptaannya sebelum ini seperti Program Khas Usahawan Telekomunikasi (PKUT), International Telecommunication Business Programme (ITBP), Telekm Malaysia Business Programme (TMBP), Techteleca & Inteleca.

Sekarang Faratech telah buat program baru dengan nama Telco & Post. Modus operandinya sama, pegi dengor taklimat kat Menara TM KL setiap sabtu pukul 10 pagi, wajib bayar RM500.00 lepas taklimat dan bayar RM53 ribu utk join Telco & Post. Lepas dapat duit RM53 ribu tu, Faratech dgn kepala penipunya bernama Azlan Rosmera pun lesap dan iklankan lagi di akhbar utk pengambilan mangsa tipu baru.

Maklumat pasal penipuan Faratech dgn Telco & Post ni dah terlalu banyak tapi masih ramai lagi melayu yg bo*oh tak reti2 bahasa dok join jugak program penipu macam ni.

Cuba rajin2 rujuk kat mana2 sumber, kongsi maklumat di internet. Jangan la tertutup sangat fikiran tu, buka minda tu!

http://ayares151.blogspot.com/2009/0...-and-post.html
http://ayares151.blogspot.com/2009/1...post-lagi.html

Maklumat terkini yg lain akan menyusul dan diminta sesapa yg ada maklumat kongsikan di sini.

Thursday, August 12, 2010

Telco & Post - Usahawan Melayu terhimpit

10/08/2010 - Aku ke Telco & Post Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Memang biasa aku ke sana untuk ambil stok ECPI kerana di situ jugalah Pusat Pengedaran ECPI.

Apa yang mengejutkan aku apabila diberitahu bahawa Poslaju tidak lagi membenarkan Telco & Post mengendalikan kutipan parcel postlaju bagi pihak mereka. Paling menyedihkan ialah berita tersebut diketahui hanya pada 09/10/2010. Itupun kerana kutipan harian tidak dilakukan pada hari itu. Pengusaha tersebut telah menghubungi PosLaju untuk bertanya dan diberitahu bahawa PosLaju tidak lagi mengutip bungkusan dari Telco & Post.

Kerana tidak berpuashati, pengusaha tersebut telah pergi menghantar sendiri bungkusan yang dikumpulkan untuk hari tersebut dan mendapatkan kepastian. Maklumat yang diterima bahawa kontrak tersebut telah dibatalkan!

Bayangkan sendiri. Telco & Post tersebut baru beroperasi sejak November 2009 dengan modal RM60,000.00 tidak termasuk modal mengubahsuai kedai yang melibatkan lebih daripada RM50,000.00. Ini juga tidak termasuk modal pusingan untuk gaji pekerja, sewa kedai, peralatan, letrik, air dan sebagainya.

Telco & Post ditubuhkan untuk membantu bumiputra memulakan perniagaan dan pengusaha tersebut adalah seorang pesara yang baru bersara tahun sudah.

Aku sendiri pernah menyertai FaraTech untuk cuba menjadi usahawan dengan dijanjikan pinjaman. Bermodalkan RM7,000.00 aku menunggu pinjaman yang dijanjikan untuk mencukupkan modal RM15,000.00 tetapi hampa. Sehingga hari ini, aku tak tau apa jadi dengan duit pelaburan aku kerana perniagaan tersebut telah diambil alih oleh Inteleca yang menguruskan Telco & Post (mungkinkah Inteleca juga sudah berkubur dan diambil alih oleh syarikat lain aku sendiri tidak pasti.)

Apa yang mengelirukan aku ketika bersama FaraTech ialah kami disyorkan mencari ejen bernaung dibawah kami tetapi FaraTech sendiri mendaftarkan  ejen terus dengan mereka. Pernah seorang yang mendapat penerangan daripada aku berhubung terus dengan FaraTech dan FaraTech bersedia mendaftarkan beliau sebagai ejen. Jadi di mana yang dikatakan untuk menolong bumiputra.

Sekarang ini pengusaha Telco & Post pula menjadi mangsa. Walaupun terdapat beberapa cabang perniagaan yang terdapat di dalam Telco & Post tetapi PosLaju merupakan teras perniagaan tersebut. Kerana  itu rekabentuk kedai lebih menjurus kepada PosLaju.

Wednesday, August 11, 2010

Sultan Ibrahim murka lagi?

 

Ini pun lagi kisah si bingai. Bukan yang jual sijil palsu tu tapi pembeli. Kalau tak ada permintaan tak kan si penjual sanggup menanggung risiko.

Atau si pembeli itu pun PEMBELIT nak tipu orang lain dengan menggunakan SIJIL PALSU?

Makin hari makin letih aku membingaikan diri memikirkan si bingai-bingai di luar sana.

Tuesday, August 10, 2010

Sultan Johor Murka Kerana Poster Bingai?

Sumber Gambar : Utusan Malaysia
Sumber Berita:
1. Utusan Malaysia
2. Sinar Harian

Bila aku cakap bingai nanti ramai yang marah kata aku ni macam pandai sangat. Tapi semakin hari semakin bingai malah lebih bingai daripada aku.

Baru semalam pagi aku buat posting pasal sindiran dan tauladan yang ditunjukkan oleh DYMM Sultan Johor. (Rujuk DI SINI) Malamnya pula aku dapat berita DYMM Sultan Johor murka sebab gambar baginda terpampang di dalam poster kempen politik siap dengan lambang lagi.

"Jui Meng mendakwa ‘kerja’ itu dilakukan UMNO negeri bagi mencetuskan kemurkaan Baginda Tuanku." (Sila rujuk Sinar Harian)

Kalau rasa ada orang lain yang buat "kerja" tu buatlah lapuran Polis tak kiralah samada ada UMNO ke atau sesape saja. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab menjaga kemuliaan institusi istana walaupun gelaran telah ditarik balik maka Jui Meng harus melakukan sesuatu. Di samping itu, insiden ini melibatkan parti yang beliau sendiri wakili maka adalah tanggungjawab beliau untuk menjaga nama parti daripada dituduh menghina Sultan. Jangan setakat menunding jari.

Kalau sekiranya memang ianya adalah perbuatan ahli parti sendiri aku mungkin boleh faham. Mungkin ianya tidak bermaksud untuk menghina DYMM tetapi hanya untuk memeriahkan poster seperti yang biasa kita lihat poster dengan bendera negeri masing-masing. Cuma perlu diingat bahawa adalah menjadi kesalahan untuk menggunakan lambang istana dan gambar Sultan untuk tujuan politik kerana INSTITUSI RAJA BERADA DI ATAS POLITIK.

Jadi, sekiranya memang kesilapan ini yang berlaku maka adalah tanggungjawab mereka yang berkenaan mohon mengadap untuk meminta maaf.

Kesimpulannya mudah:
  1. Kalau bukan sendiri yang buat tetapi tindakan orang lain - REPORT POLIS!
  2. Kalau memang kesilapan sendiri yang tidak disengajakan - MINTA MAAF!
Tak kan benda-benda macam tu pun orang bingai macam aku nak ajar?

YB - Yang Bingai @ Bangang

Monday, August 9, 2010

Bila Pemimpin Mula Berubah

Klik Di sini untuk berita lanjut - Sumber Utusan Malaysia!

Semakin hari aku tengok gelagak Paduka Tuanku Sultan Johor semakin banyak aku berfikir.

Bermula dari tindakan beliau memandu kepala lokomotif untuk melihat keadaan belakang rumah rakyat berbanding dengan melihat hadapan rumah yang sentiasa dihias kalau melintasinya dengan memandu kereta. Dan semalam baginda berkeringat memandu jentera menuai padi di dalam panas terik tengahari yang menggigit kulit untuk merasakan penat jerih rakyat jelata. Selepas itu baginda mencemar duli duduk bersila untuk menikmati jamuan yang dihidangkan oleh penduduk.

Aku tak peduli apa cerita orang mengenai baginda sebelum baginda bertakta kerana apa jua yang pernah beliau lakukan sebelum ini telah dinafikan oleh tingkahlaku baginda dalam Kembara Mahkota Johor.

Apa yang ingin aku perkatakan di sini ialah sikap yang baginda tunjukkan apabila menduduki takhta yang digelar sebagai Raja Berjiwa Rakyat. Berbanding dengan politik, aku lihat ramai yang apabila menang semakin lupa tugas dan tanggungjawab mereka terhadap rakyat walaupun mereka bukan raja kepada rakyat kerana mereka HANYA wakil rakyat. Ada di kalangan mereka ini berlagak seperti RAKYAT BERJIWA PEMERINTAH.

Jadi cukup-cukuplah disindir oleh Paduka Tuanku Sultan.

Sedarlah bahwa negeri diPERINTAH oleh Sultan/Raja (walaupun dengan kuasa terhad) dan parti politik pula adalah PENTADBIR negeri/negara untuk TEMPOH TERHAD. Sekiranya Paduka Tuanku Sultan boleh berubah sikap ke arah kebaikan untuk disayangi rakyat mengapakah ahli-ahli politik terus berubah untuk dibenci oleh pengundi?

Friday, August 6, 2010

Artis : Benci Tapi Tak Boleh Lupa!

Bercerita tentang artis ni selalunya glamour tapi apa yang aku ingin utarakan di sini bukan glamour yang positif tetapi glamour yang negatif.

Penglibatan artis dengan dadah sebenarnya bukan perkara baru tetapi ianya menjadi isu besar apabila artis yang terlibat itu mempunyai nama besar. Sebelum zaman Jamal Abdillah dahulu pun telah ada artis-artis picisan yang terlibat dengan dadah. Ketika itu RTM mempunyai garis panduan yang ketat begitu juga dengan FINAS, Penapis Filem dan berbagai-bagai lagi. Artis-artis tersebut akan diGAM menyertai sebarang program RTM. Penglibatan mereka dengan syarikat swasta juga menjadikan syarikat tersebut bermasaalah untuk memasarkan produk sehingga menjejaskan artis lain yang tidak berdosa tetapi terlibat di dalam sesuatu produksi bersama artis tersebut menjadi mangsa.

Bermula daripada zaman Jamal Abdillah, kumpulan rock dan sebagainya terdapat terlalu banyak rayuan yang dikemukakan sehingga pihak kerajaan memberikan kelonggaran. Alasan mereka hanya kerana seorang artis yang membawa masaalah mengapa kerajaan menghukum artis-artis lain? Filem, drama dan sebagainya di BAN dari penyiaran RTM menyebabkan masaalah promosi dan pemasaran.

Demi menjaga hati dan mata pencarian artis lain dan syarikat maka kelonggaran demi kelonggaran diberikan dan menganggap masaalah artis tersebut adalah masaalah peribadi. Akhirnya, apakah yang berlaku?

Lebih banyak syarikat-syarikat terlupa tanggungjawab mereka terhadap masyarakat. Ada di kalangan syarikat yang menganggap bahawa isu seseorang artis tersebut akan mempromosikan produk itu sendiri. Mereka tidak mengambil kira masaalah moral seseorang artis itu dengan alasan bahawa setiap artis mesti profesional dalam tugas dan kontrak mereka. Asalkan artis tersebut mampu memberikan produk yang diinginkan berdasarkan kontrak maka pihak syarikat sudah berpuashati. Isu-isu peribadi lebih merupakan bonus PROMOSI PERCUMA!

Pihak syarikat  banyak yang terlupa dengan etika seorang majikan hanya untuk mengaut keuntungan. Sebagai majikan seharusnya mereka mempertimbangkan perilaku dan moral seorang pekerja kerana sikap pekerja itu akan mempengaruhi pekerja-pekerja lain dan juga boleh melibatkan kredibiliti syarikat itu sendiri. Walaupun produk dunia hiburan berlainan dari produk-produk lain tetapi prinsip penggajian adalah sama.

Pernahkah kita terfikir bahawa golongan ini lebih merupakan biawak hidup yang tidak mahu berubah selagi hukuman yang lebih tegas dikenakan ke atas mereka? Lebih popular seseorang artis itu maka lebih banyak tawaran yang diberikan. Lebih banyak pendapatan yang mereka perolehi maka lebih ramai yang menjadikan mereka IKON. Lebih ramai pengikut maka lebih rancak barua-barua najis dadah akan mengelilingi mereka.

Apakah kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang hiburan hanya kerana sikap artis yang tidak mahu berubah dan syarikat yang tidak mahu ambil peduli?

  • Bagaimana kalau sekiranya produk-produk dari artis tersebut digantung dari penyiaran untuk sesuatu tempoh?
  • Bagaimana sekiranya peminat memboikot produk-produk artis tersebut untuk sesuatu tempoh?
Akibatnya:
  • Syarikat akan lebih berhati-hati ketika memilih artis untuk produk mereka.
  • Artis sendiri akan lebih berhati-hati di dalam memilih jalan hidup mereka
  • Artis akan TERPAKSA berubah untuk kesinambungan kerjaya mereka 
  • Artis-artis lain akan berhati-hati untuk koloborasi dengan artis-artis bermasaalah tersebut.
  • Peminat akan lebih berhati-hati dalam memberikan perhatian kepada artis kesayangan mereka
  • Malahan peminat sendiri akan merayu dan memberikan nasihat kepada artis-artis tersebut untuk berubah kerana mereka akan rindu.
Selagi kita terhibur dengan produksi artis dan terus memberikan sokongan, selagi itulah sikap artis dan syarikat tidak akan berubah. Dimulut berkata benci dan bertaubat tetapi masih meneruskan perkara yang sama.

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun