Makin hari makin buat kemarahan orang je aku ni. Aku harap Pena Minang tak ban blog aku lepas ni. heheheIsu ni dah lama aku dengar malah sering diperkatakan terutama apabila menghampiri pilihanraya. Pihak-pihak pembangkang akan mula memainkan isu ini di IPT-IPT untuk membangkitkan semangat remaja yang sedang bergelora pada ketika itu untuk mendapatkan sokongan (bukannya undi).
Bagi mereka yang pernah melihat kebangkitan reformasi yang diterajui oleh DSAI akan melihat penglibatan siswazah-siswazah dan remaja-remaja di dalam demontrasi-demontrasi mereka. Tuntutan mereka ialah mahu usia mengundi dibenarkan bermula dari 18 tahun.
Aku mengakui ramai siswa/siswi yang mampu membuat pertimbangan yang wajar dalam membuat keputusan yang begitu besar. Walaupun tugasnya hanyalah menconteng di atas sekeping kertas dan menghumbannya ke dalam peti (kaca sekarang ini) tetapi natijah daripada keputusan itu adalah berpanjangan dan aku yakin kebanyakan siswa/siswi mampu melakukannya. Hanya terdapat segelintir sahaja yang hilang pertimbangan akal tetapi ini tidak mencerminkan jumlah sebenar mewakili warga IPT.
TETAPI, perlu diingatkan bahawa apabila usia mengundi diturunkan kepada 18 tahun ia melibatkan jumlah yang begitu besar selain daripada siswa/siswi di menara gading. Bayangkan jumlah remaja yang berusia 18 hingga 20 tahun yang tidak berada di IPT dan akan mendapat kelayakan ini berbanding dengan yang berada di IPT? Dan berapa ramai yang akan membuat keputusan yang silap ketika menjalankan tugas tersebut sedangkan mereka yang mereka yang berada di IPT atau baru bergelar graduan sendiri pun pernah melakukan kesilapan ini.
Kita ambil contoh Saudara Ezam sendiri. Aku begitu terharu mendengar penjelasan-penjelasan beliau yang mula cergas ketika DSAI pertama kali menemui beliau ketika berada di UIAM (aku tidak pasti samada ketika itu beliau masih menuntut atau bekerja di sana). Semangat dan prinsip KEADILAN yang dihayatinya begitu tinggi tetapi sayang telah dimanupulasikan oleh mereka yang berkepentingan. Lihatlah pengorbanan yang telah beliau lakukan demi satu perjuangan yang beliau yakini sehingga sekarang iaitu memperjuangkan KEADILAN dan HAK-HAK orang Melayu. Akhirnya beliau TERPAKSA memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tersilap LALUAN dalam satu perjuangan yang BENAR dan JUJUR.
Sekiranya seseorang seperti Saudara Ezam sendiri boleh terpedaya, bayangkanlah berapa ramai lagi remaja-remaja yang akan mengikuti jejak langkah beliau?
Bukan niat aku menidakkan kemampuan siswa/siswi membuat keputusan tetapi lesen yang diberikan nanti bukan HANYA untuk kumpulan mahasiswa sahaja tetapi melibatkan SELURUH warga remaja berusia 18-20 tahun. Apakah kumpulan mereka lebih kecil dari kumpulan siswa/siswi?
Mungkin ramai yang terlepas pandang dalam isu umur ini. Sekiranya usia mengundi di mulakan daripada usia 18 tahun bermakna mereka telah ditakrifkan sebagai seorang dewasa yang dipercayai mampu membuat keputusan yang matang dan wajar. Ini bermakna beberapa perkara di dalam undang-undang lain juga perlu dipinda seperti Kanun Acara Jenayah kerana mereka tidak lagi dilindungi sebagai kanak-kanak dan remaja lagi.
- Berapa ramaikah di antara mereka yang akan menghadapi hukuman gantung sampai mati sekirannya di dapati bersalah kerana membunuh?
- Had umur memasuki premis hiburan 21 satu tahun ke atas juga akan turun kepada 18 tahun ke atas
- Had umur 18 tahun ke atas akan turun ke 15 tahun ke atas?
Bagi aku, umur di antara 18 tahun hingga 21 tahun merupakan umur peralihan dari zaman remaja ke arah dewasa. Dalam tempoh peralihan inilah banyak berlaku "Trial and Error" dan mereka-mereka yang membuat kesalahan di dalam tempoh peralihan ini perlu diberikan peluang kedua untuk memperbaiki diri. Mereka-mereka yang di dalam zaman peralihan ini perlu diberikan perhatian, tunjuk ajar dan denda. BUKANNYA HUKUMAN seperti yang dilalui oleh orang dewasa.
Oleh itu, aku berharap kepada warga-warga menara gading yang intelek dan lebih matang dalam masyarakat remaja ini bersabar dahulu demi melindungi kumpulan yang lebih besar yang tidak berpeluang ke menara gading, menganggur, mencari pekerjaan, sudah mula bekerja atau sedang bertukar-tukar pekerjaan. Cabaran yang mereka hadapi lebih besar dalam menghadapi kehidupan yang sebenar. Anda tidak perlu menunggu hingga tamat pengajian untuk mengundi. Anda hanya perlu mencapai usia 21 tahun sahaja untuk layak ditakrifkan sebagai SEORANG DEWASA!
Masih banyak lagi isu-isu yang boleh diperjuangkan oleh Persatuan-Persatuan Mahasiswa bukan sahaja untuk kepentingan siswa/siswi tetapi untuk remaja-remaja yang berada di luar kampus. Kedudukan anda di menara gading memberikan anda kelebihan untuk menembusi pintu-pintu menteri, Perdana Menteri malahan Istana Negara sekalipun. Idea dan bakti anda akan lebih tersanjung dalam satu pengorbanan yang begitu kecil.
Sila baca posting aku di bawah ini yang mungkin dijadikan panduan:
Buruh Intelek Bergaji Murah










