Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Saturday, June 12, 2010

Mimpi 26 tahun?

Dah lama aku tak update blog ini kerana sibuk walaupun aku tertarik dengan topik MTUC mohon tempoh umur persaraan dilanjutkan sehingga 60 tahun. Rujuk Berita Harian, Kosmos, Sinar Harian
dan Utusan Online.

Aku bukan bermaksud untuk menuduh sesiapa yang khusus tetapi isu ini telah aku bangkitkan pada tahun 1984 ketika zaman ekonomi meleset. Ketika itu aku menghadiri Persidangan Pekerja-Pekerja Perusahaan Makanan di Roskilde, Denmark anjuran IUF (International Union of Food) yang beribu pejabat di Geneva.

Beberapa usul telah diluluskan. Di antaranya ialah seperti berikut:
  1. Kempen memboikot mesen-mesen otomatik
  2. Kenaikan gaji untuk menampung kos ketika ekonomi merosot.
  3. Pengurangan tempoh umur persaraan sebanyak 5 tahun daripada yang sedia ada.
Walaupun pada dasarnya kelihatan baik tetapi risiko dari usul tersebut tidak berpihak kepada pekerja di Malaysia. Dan kerana penentangan aku itulah menyebabkan aku disingkirkan dari kesatuan dan dianggap sebagai petualang kerana tidak menyokong keputusan bersama.

Pertikaian yang aku kemukakan adalah seperti berikut:
  1. Memboikot mesen otomatik tidak dapat menyelesaikan masaalah. Di Malaysia yang masih mempunyai mesen ortodok ketika itu tidak mungkin mampu menampung keperluan terutamanya pasaran eksport ke negara jiran. Akhirnya, bekalan-bekalan tersebut akan dihantar oleh syarikat melalui kilang-kilang luarnegara yang mampu mengeluarkan produk mengikut permintaan. Secara tak langsung, pendapatan negara akan merosot dari pengaliran wang asing ke dalam negara. Ini menunjukkan bahawa Malaysia memerlukan mesen-mesen otomatik untuk setanding dengan negara-negara maju walaupun kadar pengangguran ketika itu agak tinggi. Apabila teknologi di Malaysia sudah setara maka ketika itulah baru kempen memboikot mesen baru boleh dilaksanakan bersama.
  2. Ketika sidang itu berlangsung, negara sedang dalam proses mengurangkan gaji kakitangan kerajaan dengan menteri-menteri menjadi perintisnya ketika itu. Kenaikan gaji kakitangan swasta hanya akan melemahkan semangat kakitangan kerajaan di samping pekerja-pekerja swasta yang tidak mampu mendapat kenaikan. Ianya juga akan menyebabkan kenaikan harga barang dan menambah beban kepada pekerja yang bergaji rendah. Kenaikan gaji juga mengurangkan keupayaan syarikat untuk mengajikan lebih ramai pekerja kerana beban tanggungan.
  3. Pengurangan had umur persaraan yang dimaksudkan adalah untuk membuka ruang pekerjaan yang lebih awal kepada rakyat dan dilihat begitu praktikal ketika itu. Tetapi, terdapat perbezaan di antara negara Eropah dan Malaysia. Had umur persaraan sedia ada di sana ialah 65 tahun sedangkan di Malaysia pula 55 tahun.
Ketika Mesyuarat Agung NUDMIW 1984 aku telah melampirkan lapuran persidangan di Roskilde tersebut. Ketika menghuraikannya aku mencadangkan supaya had umur persaraan dinaikan kepada 60 tahun secara persaraan pilihan atas sebab-sebab berikut:
  1. Menambah tempoh pekerjaan kepada pekerja sedia ada terutama yang telah mencapai gaji maksima.
  2. Memastikan bahawa jawatan-jawatan tersebut tidak dibekukan atau dihapuskan setelah pekerja bersara ketika berumur 55 tahun.
  3. Memastikan pekerja-pekerja yang berumur 55-60 tahun terus mendapat faedah rawatan perubatan yang ditanggung oleh pihak syarikat.
  4. Mengelakkan penggunaan tabungan KWSP digunakan untuk membayar hutang sedangkan wang tersebut adalah untuk perbelanjaan dalam persaraan nanti.
Namun, kerana kegilaan merebut jawatan dan usaha-usaha untuk menyingkirkan EXCO yang ada ketika itu, usul dan lapuran aku tidak diambil peduli sedangkan penjawat baru kesatuan juga merupakan perwakilan MTUC secara otomatik. Usul tersebut terus berkubur tanpa sokongan sedangkan dari masa ke semasa aku terus melaungkannya walaupun tanpa jawatan. Alasan yang diberikan ialah pekerja pasti tidak bersetuju kerana mereka ingin mengeluarkan caruman KWSP mereka ketika berusia 55 tahun. Sadis bukan?

Kini, selepas 26 tahun berlalu, tiba-tiba usul tersebut timbul kembali. Tetapi, atas dasar apakah MTUC membuat cadangan tersebut sedangkan ketika ini lebih ramai pekerja yang ingin bersara awal mungkin kerana ingin berehat atau berniaga sendiri. Apakah garis panduan perlanjutan tempoh persaraan yang dicadangkan tersebut?

Apa yang boleh aku usulkan di sini ialah:
  1. Umur persaraan dinaikan sehingga 60 tahun.
  2. Penyambungan tugas selepas 55 tahun dibuat secara tetap tanpa mengurangkan faedah sedia ada kecuali telah mencapai maksima.
  3. Tambahan faedah selain daripada yang terdapat di dalam polisi/syarat Perjanjian Bersama Syarikat dengan Kesatuan Sekerja.
  4. Skim Insuran Kesihatan ditanggung 100% oleh pihak syarikat.
  5. Pengurangan tenaga kerja (sekiranya berlaku) tidak melibatkan pekerja-pekerja di dalam kategori ini.
  6. Kelayakan pengeluaran caruman KWSP 33% kekal pada umur 50 tahun
  7. Kelayakan pengeluaran baki caruman KWSP 50% pada umur 55 tahun (pencarum dibenarkan membuat pengeluaran sekaligus atau bulanan)
  8. Kelayakan pengeluaran baki caruman KWSP 100% pada umur 60 tahun (pencarum dibenarkan membuat pengeluaran sekaligus atau bulanan)
Semoga golongan pekerja tidak bermimpi lagi!

Monday, June 7, 2010

Siapa yang lebih bingai?


Ari ni aku nak cerita hal dengan cara lain lak:

Dulu ada kawan cerita kat aku. Cara mak bapak dia didik dia tak sesuai. Mak bapak dia selalu memukul dia bila buat salah (betullah tu kan?) tetapi tak tau macam mana nak didik dia supaya tak melakukan kesalahan itu.

Aku pun tanya dengan dia, mak bapak dia belajar kat universiti mana (sebab kawan aku ni pun lulusan IPTA - Ijazah lagi.) Dia kata mak bapak dia belajar setakat sekolah kampung je.

hehehe.... betul lah tu. Dia tau benda yang salah tetapi dia tak tau camna nak ajar. Jadi dengan menyalahkan kita itulah kemampuan cara dia mengajar anak-anak dia. Dah kepandaian mak bapak dia setakat itu jer.

Kawan aku tu terasa bengang la pulak. Dia bukannya kata mak bapa dia bodoh cuma cara didikan yang ortodok (fuyoooo)

Lalu aku katakan bahawa aku juga tak anggap makbapak dia bodoh tetapi kepandaiannya terbatas. Jadi bagi dia yang lebih pandai seharusnya tidak mengulangi cara yang dikatakan ortodok tu ketika mendidik anak-anaknya pula (memang dia suka pukul anak sebab katanya masa kecik dulu diapun selalu kene pukul dengan makbapak dia - nak mengajar, katanya). Sekiranya kita ikut juga maka kita lebih bodoh dari makbapak kita kerana masih melakukan kesilapan yang sama (kalau cara ortodok itu dianggap sebagai satu kesilapan) sedangkan kita telah tahu bahawa cara itu adalah cara yang salah.

Samalah juga (nak masuk cerita politik sket) dengan cara memerintah negeri (kawan aku ni anti-BN hehehe...). Kalau masa BN perintah bagi lesen judi, rumah urut, arak dan sebagainya kenapa PR tak nak hapuskan sebaliknya menyalahkan BN kerana buat semua itu. Kalau dah tau benda tu tak elok, batalkan saja. Kenapa sambung, perbaharui atau tambah lagi sedangkan dah tau (dan selalu menyalahkan BN) benda tu tak elok. Rakyat dah bagi kuasa untuk perintah di beberapa negeri. Lesen pendaftaran syarikat dan permit diberikan oleh SSM/kerajaan pusat tetapi kebenaran untuk beroperasi pula adalah hak PBT/negeri masing-masing.

Jadi? siapa yang lebih bingai?
1. Orang yang buat kerja bodoh? atau
2. Orang yang menyambung kerja bodoh walaupun dah tau kerja tu kerja bodoh dan selalu mencanangkan kebodohan orang yang sebelum mereka?

Walau macam manapun "aku tetap yang bingai"!

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun