Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Friday, April 30, 2010

PESANAN PENTING DARI IBU KEPADA ADIK AMINULRASHID


Dipetik dari blog Gerakan Anti PKR
PERTAMA

TOLONG HENTIKAN SEBARANG TULISAN YANG MELABELKAN ALLAYARHAM ADIK AMIN SEBAGAI PESALAH/PENYAMUN/PENJENAYAH. HENTIKAN SEGALA BRANDING YANG TIDAK ADIL INI KEPADA ALLAHYARHAM ADIK AMIN.

KEDUA

PIHAK KELUARGA MENGHARGAI SIMPATI YANG DATANG.BAIK DARIPADA INDIVIDU MAHUPUN DARI PIHAK PARTI POLITIK. PESAN IBU NORSIAH,DIA MEMOHON AGAR KES INI TIDAK DIJADIKAN BAHAN UNTUK SEBARANG KEGIATAN POLITIK. BAIK DARI PENTAS CERAMAH,CETAKAN AKHBAR,TULISAN INTERNET DAN BLOG DLL..

Baca keseluruhan artikel ini di sini!

Thursday, April 29, 2010

Dah terasa sangat nak ditarbiahkan oleh PAS

Sesambil mengemas blog dan emel aku terbaca satu topik lama tahun 2009 kat blog monier mat din

Betul-betul aku terleka terleka dengan gaya penulisan dan logik yang disampaikan. Seperti yang diakuinya sendiri bahawa dia berpendidikan sekular tetapi telah ditarbiahkan oleh PAS "sebab terpengaruh dengan ceramah-ceramah penuh ilmiah TG Hj Hadi, dan diperkuatkan lagi tekad saya utk isi borang PAS selepas berkesempatan bersalam dengan TGNA, seorang Ulamak ulung yang penuh aura tu;"

Perbandingan alam yang diberikan sememangnya tepat kerana dalam kehidupan kita ini sendiri sememangnya banyak persamaan. Apa yang dijadikan oleh Allah swt di atas bumi ini adalah untuk kita pelajari supaya dapat kita memandu peradaban di dalam kehidupan kita.

Satu persatu ayat yang digubah dalam kesederhanaan itu aku teliti sehingga ke akhirnya. Tanpa aku sedar aku semakin tertarik untuk mengenali PAS dengan lebih lanjut.

CUMA apabila aku membaca komen dari pembaca membuat aku tersentak dan bertanya sendiri "Inikah wajah PAS selepas ketiadaan TG-TG yang ada sekarang ini?"

(dah lama duduk dalam bilik sebab tak da tempurung lagi nak berlindung)

MCA, MIC & Gerakan Liabiliti UMNO?


Ari ni aku nak cerita pasal politik. Sebenarnya aku tertarik dengan ulasan Aris Awang dan Cenangau yang mengulang-ulas ulasan Aris Awang sambil merujuk kepada lapuran The Edge. Cuma ulasannya lebih tertumpu kepada prestasi parti-parti dalam PR. Aku nak ulas pula parti-parti yang ada dalam BN seulas, dua-ulas, tiga-ulas dan opppsss.... cukup aa tu.

Tersentak juga aku tengok angka-angka tu. Macam nak pecaya je (memang pecaya pun. hihihi). Apa sebenarnya keje parti komponen BN yang lain selama ini? Dok gayut jer ke seluar orang UMNO? Padanlah asik terlondeh je sampai nak ditelanjangkan.

Mana tak terkejut? Kalau dicampurkan kutipan pendaftaran pengundi baru ketiga-tiga parti tersebut (1467+355+322=2144) tak mampu untuk menandingi parti PKR (3331) yang merupakan parti paling pemalas mencari undi baru di kalangan PR. Apa dah jadi? Tak kan masaalah pemimpin-pemimpin besar membuatkan pemimpin-pemimpin kecil tak reti nak jalan tugas. Semua nak dapat approve orang atas ke? PKR juga mempunyai masaalah kepemimpinan juga.

Kalau digabungkan MCA, MIC dan Gerakan sepatutnya setanding dengan DAP yang berbilang kaum tetapi, fuhh!! Jauh panggang dari api. Sekurang-kurangnya hanya satu parti yang menjadi liabiliti di dalam PR bukannya 3 parti yang dianggap besar di dalam BN (tidak termasuk parti-parti kecil yang lain). Janganlah asik sibuk berpolitik di dalam parti. Sibuk menuntut kerusi. Sibuk mengugut. Sibuk merajuk. Sibukkan sikit dengan bende-bende berpekdah. Tak menang PRU pun boleh lantik jadi Senator/Timbalan Menteri/Menteri. Tak payah nak berebut-rebut kerana memang selama ini UMNO bersedia berkongsi kuasa untuk kemajuan semua.

Cuba bayangkan kalau UMNO dan PAS menubuhkan satu PAKATAN Ketuanan Melayu. Apa akan jadi? Bagaimana MIC ingin memperjuangkan nasib orang-orang berketurunan India? Bagaimana MCA ingin memperjuangkan kaum Cina sedangkan DAP (walaupun parti berbilang kaum) berada di pihak pembangkang? Dan siapa pula akan memperjuangkan hak kaum-kaum yang lebih kecil?

Kepada pemimpin-pemimpin besar di dalam BN tu tolonglah nasihat sikit yang lain-lain tu. Aku hanya boleh bagi pandangan seperti berikut:

MCA - Dengan kepimpinan yang baru dilantik perlu buat kerja lebih keras bukan setakat nak bagi keras.

MIC - DS Samy kalau dah kata nak letak jawatan tu letaklah cepat supaya senang penggantinya mengorak langkah untuk bersedia dalam PRU13. Mungkin dengan ketiadaan beliau akan menyatukan semula kaum India yang berpecah kepada parti-parti serpihan di dalam satu parti. MIC boleh melantik beliau sebagai penasihat macam Mursidul Am. Maksud aku betul-betul jadi sami. Mungkin dengan cara ini masyarakat India akan lebih menghormati beliau.

Gerakan - Kejatuhan PPinang bukan tanda dunia nak kiamat. Orang UMNO di sana masih bersedia membantu untuk menubuhkan kerajaan negeri BN semula. Pengalaman pentadbiran yang dimiliki oleh Dr Koh masih boleh memberikan munafaat kepada rakyat setempat.

PRK Hulu Selangor membuktikan bahawa BN hanya mampu meraih undi dari penggundi yang merajuk (undi protes) dalam PRU12 ditambah dengan sedikit undi baru tetapi undi PR masih bertambah walau sedikit. Ini bermakna PR masih menerima sokongan yang diterima sebelum ini.

Oleh itu UMNO tak boleh leka dengan kemenangan tersebut. Masih banyak yang perlu dilakukan walaupun yang lain tu tak boleh diharapkan sangat. YB Kamal yang baru tu rasanya boleh bawa banyak perubahan dan mampu memuaskan semua pihak.

Mungkin dalam PRU akan datang YB Kamal dapat bertanding di DUN supaya dia boleh berkhidmat terus dengan masyarakat setempat. MP tak menjamin seseorang itu boleh menjadi menteri. Kalau memang berkemampuan sesiapa saja boleh dilantik menjadi menteri melalui tiket senator. Tak payah nak rebut-rebut kerusi macam pegi parti harijadi. (hehehe.... seronok gak kalau rebut kerusi dengan pompuan.)

Bingai @ Bangang (betul ke apa yang aku tulih ni? aku ni kan bingai?)

Tuesday, April 27, 2010

Siapa Tertindas Siapa Menindas 3


Di warong yang sama.....

Aku duduk di kerusi plastik sambil mencuit peha Si Paroh. "Pehal si Bus tu ari nie? Moyok jer."

"Kau tak tau ke, Ngai?"

"Kalau tau takkan aku tanye."

"Ya tak ya jugak." Si Paroh menggaru kepala sambil tersengih sambil menunjukkan giginya yang yang tinggal empat batang.

Cis! Menang juga dia. Aku punya tinggal sebatang jer.
"Kau nak cerita panjang ke atau dipendekkan cerita?"

"Janji aku paham," jawabku sambil menoleh ke arah Busung yang masih lagi menung dengan muka masam.

"Kalau camtu kene cerita panjang la. Kalau yang dipendekan nanti kau tak paham." Paroh menyindir aku.

"Tak kisah lah."

"Ceritanya camni." Paroh memulakan hikayat. "Setahun dulu si Busung mintak bos dia pasangkan kipas kat tempat kerja dia. Bos dia pasangkanlah." Paroh berhenti sambil meneguk air teh yang dah mula berkepala.

Aku masih menunggu sambungan cerita. Si Busung masih dengan muka masam mencukanya.

"Lepas tiga bulan dia komplen dengan bos dia. Dia kata walaupun ada kipas angin tetapi angin yang dikipas tu masih angin panas dalam tempat dia bekerja. Jadi, hawa di situ tetap panas juga la."

"Tak kan nak mintak ekon kat setor tu. Tak kan bos dia bagi pun."

"Ini yang hebat ni, Ngai." Si Paroh tersengih balik. "Dua minggu kontraktor siap buat dinding cermin dan pasang ekon. Hebat tak?"

"Fuyoooo... Hebat tu.." Aku membeliakan mata dan terlopong sekejap. "Kerja kuli stor pun dapat bilik ekon. Dah baguslah tu. Apa masaalah lagi?"

"Di sinilah bermulanya kisah kemoncongan si Busung tu."

"Ha. Kau sambung."

"Minggu sudah budak-budak kerja stor bilik beku tu dapat jaket. Pegi keje, balik keje pun pakai jeket tu. Lawa lak jaket yang kompeni beli. Aku pun berkenan."

"Apa kene mengena dengan si Busung lak? Bebudak tu memang patutlah dapat jaket. Masuk stor bilik beku tu tak merokok pun berasap mulut."

"Ni yang best ni, Ngai." Paroh meneguk lagi air tehnya. "Busung mintak jaket gak kat bos dia. Alasannya, bila malam sejuk. Badan dah makin tua."

"Bos dia bagi gak ke? Aku rasa dia bagi. Bos dia tu kan baik." Aku mencelah.

"Mana ada. Bos dia kata kalau sejuk masa malam tu tutuplah ekon tu. Kalau ekon tu yang jadi masaalah, nanti dia bukak kan. Tak payah pakai ekon tak adalah masaalah."

Aku dan Paroh ketawa.

Si Busung menghentak meja dengan tangannya dan berdiri. Dia berlalu tanpa mengucapkan sepatah kata.

Aku tercengang-cengang. "Marah betul si Busung tu. Tak kan sikit punya hal nak mengamuk."

"Ceritanya tak abis lagi."

"Ha? Ada lagi?"

"Ada."

"Ceritalah."

Paroh memandang keliling. "Dia balik kerja tadi terus duduk kat sejadah. Lepas maghrib dia wirid panjang sampai Isyak. Nak tegangkan fikiran."

"Alhamdulillah. Baguslah tu."

"Lepas je makan malam tadi dia terus je ke rumah aku ajak aku ke sini."

"Tu yang aku heran tu. Selalunya dia tak ke sini sebab wirid panjang di rumah kalau malam Jumaat. "

"Nak wirid apa ke benda?"

"Kenapa lak?"

"Lepas makan malam tadi dia duduk kat pintu. Hisap rokok sambil tunggu bini dia mengemas dapur."

Aku menunggu. Makin suspen cerita si Paroh.

"Dia tengok tiga helai telekong bini dia bersidai kat laman."

Laaaaaaaaaa......... hehehehehe

Sunday, April 18, 2010

Ulasan tajuk Di mana Bumi Di Pijak


Lanjutan dari laman Satu Sekolah Untuk Semua

Asalamualaikum kepada pengulas-pengulas yang berwibawa di sini,

Aku ni hanya seorang tua berpelajaran menengah sekolah kampung tahun 70an. Jadi, aku hanya nak ulas berdasarkan pengalaman, bukannya secara ilmuan kerana aku sedar di mana taraf aku di sini. Olih itu, tiada rujukan kepada mana-mana makalah untuk kesahihannya.

Sememangnya topik ini menarik dan aku amat menghargai usaha SSS dan menyokongnya 100%.

Sebenarnya kempen seperti ini telah bermula sejak tahun 60an lagi. Contoh paling mudah ialah di dalam lagu Malaysia Berjaya dan betapa kuatnya kempen ketika itu:

**MALAYSIA BERJAYA**

Malaysia kita sudah berjaya,
Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya, <-
Berjaya dan berjaya!

Berbagai kaum sudah berikrar <-
Menjunjung cita-cita <-
Satu bangsa satu negara <-
Malaysia berjaya!

Dari Perlis sampailah ke Sabah <-
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah <-
Kita sudah berjaya!

Dengar semboyan kita berjaya
Gemuruh di angkasa
Satu bangsa satu bahasa <-
Malaysia berjaya!

Jika dilihat dari senikata lagu di atas, terdapat dua perkataan menarik iaitu BANGSA dan KAUM. Kaum merujuk kepada kumpulan etnik dan bangsa meliputi setiap rakyat. Tetapi, setelah berlaku pertelingkahan pada tahun 70an, perkataan KAUM telah menjadi momokan sehingga ianya menjadi begitu sensitif apabila disebut terutama perkataan PERKAUMAN. Maka, kita mula dirujuk sebagai Orang Melayu, Orang India, Orang Cina, Orang Iban. Rujukan ini juga boleh digunakan untuk Orang Utan (bukan Kaum Utan) dan Orang Gila (bukan Kaum Gila). Lihatlah betapa peralihan itu tanpa disedari membawa kita ke tahap yang lebih rendah sedangkan perkataan KAUM itu sendiri memberi makna satu entiti yang ISTIMEWA. Dan kita masih berbangga untuk dirujuk sebagai ORANG MALAYSIA, bukannya BANGSA MALAYSIA!

Bagi mereka yang celik mata dari lahir memandang lampu neon mungkin tidak mengalami apa yang kami rasakan belajar dengan lampu pelita minyak tanah sehingga tingkatan tiga. Bagi mereka yang bersantai di tengah jalan pada malam hari mungkin tidak merasakan betapa kami mengibas andang kelapa kering ketika berjalan.

Di Lenggeng, kami tak bercakap pada Ah Kow "Apek! Apa pasat lu tatak niaga ini hali? Lu sakit ka?" tetapi kami bercakap begini "Akau! Kenapo lak ekau tak niago ari ni? Domam ko?" Dan dia akan menjawab, "Tak do lah. Eden ko sekolah pagi tadi. Jumpo cikgu bosa."

Sudah terlalu banyak pengorbanan kita di dalam memartabatkan negara ini. Dari Semenanjung Keemasan kepada Semenanjung Tanah Melayu kemudian ke Persekutuan Tanah Melayu lalu beralih kepada Malaya dan akhirnya menjadi MALAYSIA.

Aku sendiri sudah keliru kerana mulanya aku belajar Bahasa Melayu yang ditukar kepada Bahasa Kebangsaan lalu beralih kepada Bahasa Nasional lalu menjadi Bahasa Malaysia dan akhirnya kembali kepada Bahasa Melayu. Siapa yang lebih menanggung azab? Siapa yang lebih terpilu dengan cemuhan kaum lain terhadap ketidakpastian ini?

Lihatlah betapa bertolak ansurnya kaum Melayu untuk mencari kedamaian sejagat tetapi ada yang cuba menjadi juara untuk kaum lain sedangkan selepas merdeka, perjuangan BANGSA adalah lebih utama daripada perjuangan KAUM dan bahasa Melayu mampu melakukannya.

Kita bukan seperti INDONESIA yang mampu menJAWAkan rakyat mereka di zaman Presiden Sukarno. Di zaman NASA dan KOM yang kemudiannya menjadi NASAKOM. Kita perlu bertoleransi bukannya tanpa kompromi.

Di tahun-tahun 60an/70an terdapat usaha-usaha meNUSANTARAkan Bahasa Melayu tetapi sehingga hari ini ianya masih lagi diperingkat pertikaian. Ada di kalangan cerdik pandai yang menjadi gusar kerana kalau berdasarkan penggunaan, Bahasa Melayu Malaysia akan ditelan oleh Bahasa Melayu Indonesia berdasarkan jumlah penduduknya. Sekiranya Bahasa Melayu sendiri tidak digunapakai di sini, bagaimana kita mampu memperkasakan diri untuk berkompromi dengan Bahasa Melayu Indonesia? Sedangkan Kaum Melayu sendiri terseliuh lidah berbahasa ibunda berbanding semburan airludah ketika berbahasa OMPUTEH?

Penyatuan Bahasa Melayu NUSANTARA masih boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat. Sekiranya 30 tahun dahulu beberapa perkataan di dalam kamus dapat diselarikan maknanya, sekarang jarak perbedaan akan menjadi lebih tirus.

Mulakan dengan perkataan-perkataan sensitif seperti carutan di satu pihak tetapi bukan di satu pihak yang lain dapat diterima sebagai satu perkataan carutan atau dibuang terus dari kamus, generasi akan datang akan lebih selesa berhubungan.

Contoh perkataan:
p*nt**t -> Indonesia -> punggung
p*nt**t -> Malaysia -> kemaluan wanita

p*kik -> Bahasa Etnik Jawa -> Kemaluan wanita
p*kik -> Malaysia -> jerit

salamat -> Filipina -> salam
selamat -> Malaysia -> alu-aluan

Kemudian, perkataan-perkataan yang diimpot dari bahasa lain digantikan dengan perkataan yang ada dalam salah satu kamus Bahasa Melayu Malaysia, Indonesia, Filipina dan lain-lain. Ini juga dapat membantu memperkasakan Bahasa Melayu seluruh dunia dan menjadikan kaum-kaum lain tertarik untuk menggunakannya.

Sekolah Jenis Kebangsaan di zaman aku begitu terhad kerana taburan penduduk kaum lain. Di sekolah Kebangsaan di adakah kelas-kelas khas untuk kaum lain supaya mereka tidak lupa kepada budaya dan asal usul mereka sendiri. Dan pergaulan kami tidak terhad kepada satu kaum sahaja. Kerana itu, penggunaan Bahasa Melayu begitu meluas ketika itu di antara kaum.

Di zaman aku hanya terdapat beberapa IPTA seperti UM, UKM, UPM dan UTM. Tiada IPTS ketika itu. IPTA-IPTA mempunyai sukatan pelajaran yang banyak mempengaruhi pelajar dengan budaya Malaysia. Aku tak tahu apa yang dibuat oleh IPTS atau mungkin hanya untuk mendapat Ijazah sahaja.

Oleh itu, selain dari pada memperkasakan BAHASA MELAYU di MALAYSIA dengan kempen Satu Sekolah Untuk Semua, usaha berterusan perlu juga dibuat untuk memperkasa BAHASA MELAYU SEJAGAT. Dengan cara ini dapat membantu mengINTERGRASIkan kaum malahan rakyat dari pelbagai negara. InsyaAllah!

Maaf dari orangtua nyanyok yang sudah tertinggal LRT sekiranya ada kata-kata yang menyinggung di sini. Kepada anak-anak muda, teruskan perjuangan anda dan aku akan memberikan sokongan yang termampu.

Tahniah sekali lagi kepada Admin SSS!

Tuesday, April 13, 2010

Liwat - Satu kupasan kulit bawang!


Sambil duduk sembang dengan kawan-kawan aku melihat dua pemuda jambu berjalan dengan dua teman lelaki yang nampak gagah. Dari topik-topik hangat tiba-tiba berderai ketawa teman-teman aku. Aku memasang telinga.

"Apa yang kau tengok tu, Bingai?"

Aku menoleh ke arah temanku dan kemudian kembali memandang ke arah empat pemuda tadi yang mengambil tempat di kedai makan yang bertentangan dengan kedai makan tempat kami berbual.

"Laaa... Orang cerita pasal masaalah negara, ke situ pula minat yang seko nih."

"Yang tu pun masaalah negara juga, Bus." Aku menjawab. "Bagaimana kalau puak-puak ini semakin ramai?"

"Kalau macam itu, kena buatlah Akta Perlindungan Spesis Jantan Jambu."

Berderai ketawa kawan-kawan aku yang lain.

"Cerita pasal benda-benda macam ini, aku ada satu teori." Si Paroh yang dari tadi mendiamkan diri bersuara dengan tiba-tiba.

"Macam biasalah kau, Roh. Tak habis dengan teori kau." Busung menempelak. "Apa dia?"

"Kau tau kenapa ada jantan yang suka jantan?" Paroh bertanya.

Senyap. Tiada siapa yang menjawab. Masing-masing menunggu Si Paroh meneruskan kata-katanya.

"Sebab yang pertama, Jabatan Agama Islam tak boleh ambil tindakan kalau mereka tidor sekatil sebab tak ada dalam Akta."

"Yang itu semua orang tau." Busung mencelah.

"Sebab yang kedua, jantan macam ini memang suka yang ketat. Maklumlah. Lubang kunyit kan kuat. Kepala najis pun boleh putus tau."

Terbarai ketawa kami semua.

"Tak kan tak ada pintu depan yang ketat, Roh. Orang Asia ni kan kecik-kecik aja. Lainlah kalau perempuan mat salleh tu. Keretapi pun boleh kona."

Bersambung lagi ketawa.

Paroh mengatur nafas yang termengah-mengah kerana ketawa tadi. "Memanglah orang Asia ni kecik-kecik tapi kemutnya tak sehebat pintu belakang."

"Atau galahnya yang kecik? Harap badan saja besar." Busung menyampuk.

"Itupun mungkin salah satu faktor. Cuma yang pasti galahnya mesti keras. Kalau tak, disorong pun tak boleh masuk."

Perut aku semakin senak menahan ketawa.

"Tapi ada di antara mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Macam mana pula tu?"

"Yang itu ada alasan yang mudah. Sekali beranak berapa banyak urat yang putus, Ngai?"

"Dan isteri dia buat tak tahu?"

"Yang itu paling mudah jawapannya." Paroh berhenti dan memandang keliling.

Masing-masing memasang telinga untuk mendengar hujah si Paroh.

Si Paroh tersenyum melihatkan ketidaksabaran kami. Dia berlagak tenang. "Kalau si isteri larang, nanti pintu belakang dia pula yang jadi mangsa. BERASAPPP!!!"

Busung memang ke arah aku dan berkata. "Memang kau tu Bingai!"

Kami ketawa lagi!

Tuesday, April 6, 2010

Siapa Tertindas Siapa Menindas 2



Kisah 2 - Pindah kilang

Seorang pekerja pengeluaran bertemu dengan aku dan menceritakan masaalahnya. Katanya dia sudah bekerja di sebuah kilang di Petaling Jaya selama 10 tahun. setahun yang lalu dia telah mengalami kemalangan jalanraya yang menyebabkan kakinya patah. Oleh kerana dia seorang duda, maka dia pun berpindah duduk dengan anaknya di Kajang. Rumahnya di Petaling Jaya disewakannya.

Selepas tiga bulan bercuti maka diapun terpaksa bekerja semula. Memandangkan kecederaan yang dialami dan dia menggunakan kederaan awam (bas), pihak syarikat telah memberikannya kerja ringan dan bekerja pada waktu pejabat berdasarkan rayuannya.

Setelah enam bulan melakukan benda yang sama pekerja ini mula rasa tertekan. Dia tidak dapat menikmati elaun-elaun shift yang pernah diperolehinya sebelum ini. Kos pengangkutan juga menambahkan tekanan dan kehadirannya yang selalu lewat dari masa kerja juga selalu ditegur.

Dia melahirkan rasa tidak puashatinya kepada aku. Dia bertanya bolehkan dia menuntut gantirugi kehilangan elaut shift di samping kos pengangkutan kerana katanya walaupun dia tidak sihat sepenuhnya tetapi dia sudah bekerja maka dia rasa dia layak menikmati kemudahan tersebut.

Ini jawapan aku:
  1. Elaun kerja shift adalah elaun gangguan untuk mereka yang bekerja shift seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Bersama.
  2. Cuti hospital yang dibayar ialah selama dua bulan. Selepas itu dia boleh terus bercuti tanpa gaji dan majikan tidak seharusnya memberhentikan beliau. Pemberian tugas yang lebih ringan tanpa menurunkan gaji atau pangkat pekerja adalah ehsan syarikat.
  3. Daripada minta kos pengangkutan mengapa tidak meminta syarikat memindahkan terus kilang berhampiran dengan rumahnya kerana untuk menghadirkan diri tepat pada waktunya adalah tanggungjawab pekerja. Di mana mereka tinggal bukan urusan syarikat. Elaun perjalanan adalah untuk pekerja yang melakukan urusan majikan dari tempat kerja ke tempat urusan itu berlaku sekiranya pekerja tersebut terlibat dengan kerja-kerja luar.

Monday, April 5, 2010

Siapa Tertindas Siapa Menindas 1


Kisah 1-Seorang pekerja bekerja di sebuah kilang membuat terompah(?)

Dia seorang yang sungguh taat dan mengikut peraturan. Mengikut kebiasaan, bagi seseorang yang telah menyiapkan kerjanya (10 pasang sehari), mereka pulang walaupun waktu kerja sebenar ialah dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Kerana kemahiran dan ketekunannya, beliau sering menyiapkan kerjanya pada jam 12.00 tengahari. Selepas makan beliau akan duduk di tempat kerjanya sehingga jam 4.00 petang sambil mengemas-ngemas sehingga mesin yang digunakan sentiasa berkilat dan tidak pernah memberikan masaalah.

Pada suatu hari, atas desakan kawan-kawan yang lain beliau pun pulang ke rumah ketika makan tengahari selepas semua kerjanya selesai. Ketika sampai di rumah didapati pintu hadapan rumahnya tidak berkunci. Beliau masuk dan cuma mencari isterinya di ruangtamu dan dapur tetapi gagal. Perlahan-lahan beliau menaiki tangga ke tingkat atas dan menuju ke pintu bilik tidornya. Dari celah pintu bilik yang renggang beliau dapat melihat isterinya sedang bercengkarama dengan seorang lelaki.

Dengan badan yang menggigil, beliau berlari semula ke tempat kerja dan duduk di sebelah mesinnya. Mesin itu dibersih dan digosok kembali.

Teman sebelahnya bertanya, "Mengapa kau balik sini? Bukankah kerja kau dah habis?"
Dia menjawab, "Nasib aku baik hari ini."

"Kenapa?" Temannya bertanya kembali.

"Hampir aku tertangkap oleh penyelia kerana pulang awal hari ini!"

Rupanya lelaki yang dilihat bercengkarama dengan isterinya ialah penyelianya sendiri! hehehehe

(akan disambung)

Saturday, April 3, 2010

Buruh Intelek Bergaji Murah

Pelik tetapi benar!

Apa yang ingin aku perkatakan ialah nasib mahasiswa-mahasiswi, pelajar-pelajar kelas kemahiran yang perlu menjalani sessi Latihan Praktikal di hujung kursus mereka yang merupakan satu kemestian/subjek wajib.

Terdapat beberapa kesukaran yang dilalui oleh individu-individu ini untuk menghadirkan diri mereka di dalam sessi praktikal ini seperti:
  • Mendapatkan tempat/syarikat untuk menjalani sessi
  • Mendapatkan penginapan yang berhampiran dengan tempat praktikal
  • Kos penginapan/saradiri/pengangkutan ke tempat praktikal
Tahukah kita status sebenar pelajar-pelajar ini?
Hampir semua institusi pengajian tinggi/kemahiran mengadakan sessi Latihan Praktikal/Latihan Industri di hujung kursus yang ditawarkan. Ini bermakna pelajar-pelajar tersebut telah 75%-90% bersedia untuk bekerja. Latihan Praktikal hanyalah sessi mengenalkan pelajar kepada dunia pekerjaan yang sebenar sebagai persediaan penyesuaian. Ini bermakna pelajar-pelajar tersebut sudah boleh dianggap profesional walaupun belum memperolehi sijil/ijazah masing-masing kerana biasanya sekembalinya mereka dari latihan praktikal, mereka hanya perlu menunggu tarikh graduasi sahaja.

Apakah nilai pelajar-pelajar ini?
Kalau seorang lepasan SPM yang terus bekerja dibayar antara RM600.00 ke RM1000.00 sebulan dengan faedah-faedah sampingan tetapi pelajar-pelajar ini menerima nasib yang begitu malang. Ada di antaranya yang dibayar antara RM300.00 ke RM500.00 sebulan tanpa faedah-faedah sampingan kerana mereka bekerja 3 bulan ke 6 bulan sahaja. Ada di antara mereka tidak menerima sebarang ganjaran langsung dengan alasan majikan "Kami telah menyediakan tempat untuk anda menjalani pembelajaran praktikal anda secara PERCUMA!" Ada juga di antara pelajar-pelajar ini diberikan tugas yang tidak bersangkut-paut dengan kursus yang mereka ambil. Pernah terjadi seorang pelajar universiti diberikan tugas sebagai pembancuh minuman atau menjaga mesin penyalin (photostat machine).

Aku pernah mengambil beberapa pelajar dari sebuah institusi kemahiran ketika melakukan kerja-kerja pendawaian dalam satu projek. Berbanding dengan pekerja-pekerja yang pernah aku latih dari KOSONG, pelajar-pelajar ini hanya perlu diberikan pengawasan dan penyeliaan sahaja kerana mereka sudah mempunyai pengetahuan dan separuh mahir. Pelajar-pelajar tersebut pernah bekerja dengan rakan kongsi aku dengan elaun RM10.00 sehari sebagai DUIT MAKAN SAHAJA sedangkan aku membayar pekerja aku yang tidak mahir sebanyak RM30.00 sehari. Bayangkanlah betapa murahnya tenaga mahir yang boleh dimanupulasikan untuk tempoh-tempoh terhad! Dan bayangkan berapa banyak syarikat yang mahu mengambil mereka (bukan menggajikan mereka sebagai pekerja sementara!) untuk membantu syarikat dengan alasan memberikan peluang untuk tempat praktikal!

Nilai sebenar!
Sekiranya kita menilai dari segi sijil/pengiktirafan, pelajar-pelajar ini boleh dianggap sebagai pekerja mahir tanpa sijil. Nilai mereka boleh mencapai tahap 75% daripada imbuhan sesuatu jawatan yang berpadanan jawatan kelayakan mereka. Atau, sekurang-kurangnya menganggap mereka pekerja separuh mahir yang memberikan nilai 50% dari nilai imbuhan jawatan yang berpadanan.

Contoh:
Jawatan Status Pelajar Imbuhan (RM-Anggaran) Nilai Elaun (RM-75%)
Pengurus Pentadbiran Ijazah 1,200.00 900.00
Pengaturcara Diploma 1,000.00 750.00
Pendawai Eletrik Sijil Kemahiran PW2 800.00 600.00


Cadangan:
  • Garis panduan pengambilan pelajar-pelajar untuk latihan praktikal/Industri untuk syarikat-syarikat
  • Insentif seperti pengecualian cukai untuk syarikat terhadap kos pembiayaan pelajar-pelajar yang menjalani latihan praktikal/industri
  • Insentif seperti Sijil Pengiktirafan kepada syarikat-syarikat yang mengambil pelajar-pelajar latihan praktikal/industri
  • Biro pengaduan pelajar-pelajar yang teraniya oleh syarikat-syarikat yang memanupulasi pelajar-pelajar berkenaan.
Oleh itu, kepada mereka-mereka yang berkenaan seperti institusi, dewan pelajar, NGO, ahli politik dan sebagainya perlulah mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki sistem ini.

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun